Lokasi: Dabong, Kelantan
Pada ketika orang ramai meraikan kedatangan tahun baru 2011 dengan percikan bunga api yang berkilauan, aku bersama 5 orang kawan meraikan dalam kesejukan dan kebasahan air hujan di atas Gunung Stong, Kelantan. Sekitar 12.30 pagi hari pertama tahun 2011 itu hujan turun dengan lebatnya lalu memasuki khemah kami di kawasan Kem Baha itu. Tapi pengalaman tersebut makin memberikan aku semangat untuk kembali menakluki Gunung Stong beserta menghayati keindahan terjunnya yang merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.
Gunung Stong merupakan gunung yang paling popular di Taman Negeri Gunung Stong walaupun ade gunung lain yang lebih tinggi seperti Gunung Ayam, Gunung Baha dan Gunung Tera yang merupakan gunung paling tinggi di taman negeri tersebut. Selain keunikan pemandangan dari puncak gunung, keindahan tujuh peringkat Air Terjun Jelawang juga tidak akan dilupakan di kalangan pendaki Gunung Stong.
Kami pada asalnya ingin menggunakan khidmat keretapi dari KL ke Dabong namun tiket yang dicari tidak dapat dibeli akibat keretapi yang telah penuh. Makanya aku bersama 3 rakan hanya menaiki bas dari KL ke Gua Musang seterusnya menaiki keretapi pula ke Dabong. Di Dabong kami akan bertemu dengan 2 lagi rakan yang bertolak dari Kota Bharu.
Hari Pertama
Kami berlima yang menaiki bas dari KL pada 10 malam 30hb12, 2010 sampai di Bandar Baru Gua Musang sekitar pukul 3.30 pagi. Oleh kerana Stesen KTM terletak di Bandar Lama Gua Musang, maka kami terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira 1 km untuk ke stesen tersebut. Jam 5.00 pagi kami menaiki keretapi dan sampai di Stesen Dabong 1 jam 15 minit kemudian. Seterusnya kami bersembahyang subuh di Masjid Dabong yang terletak berdekatan stesen tersebut.
Seketika setelah mentari muncul, kami dijemput oleh kawan yang telah sampai pada malamnya kembali ke stesen keretapi untuk bersarapan di gerai bersebelahan. Kemudiannya kami terus diangkut dengan kereta beliau ke kaki Gunung Stong yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan.
Di resort yang terdapat di kaki gunung, kami bertemu dengan guide dari Baha Adventures yang akan membawa kami ke puncak gunung. Bayaran untuk guide pula adalah rm100 sehingga ke Kem Baha dan rm150 dari Kem Baha ke puncak untuk grup maksimum 12 orang.
Trek licin |
Di checkpoint pertama, terdapat denai yang akan membawa turun ke kaki air terjun yang mengambil masa dalam 20 minit. Namun kami teruskan pendakian kerana rancangan kami adalah untuk sampai di puncak pada hari ini juga. Pukul 11 pagi kami sampai di Kem Baha. Tedapat beberapa buah chalet yang disediakan untuk pengunjung dengan bayaran rm10 seorang untuk semalaman. Namun kami yang telah membawa khemah hanya mendirikan khemah dan bersiap untuk ke puncak pula.
11.30 pagi kami bergerak kembali dari Kem Baha. Perjalanan kali ini dengan melintasi sungai seterusnya melaui denai yang sempit serta laluan yang memerlukan kami tunduk.
Jam 12.45 tengahari kami berehat seketika di checkpoint Delta Balak. Dikatatakan kawasan ini merupakan tempat balak yang ditebang dikumpulkan pada suatu masa dahulu.
Gua Bogor |
Batu Sekumbar |
Pendakian kami dari Batu Sekumbar dalam suasana kedinginan ditambah dengan keadaan hujan renyai-renyai yang berterusan. Laluan ini sedikit mencongak dan diteruskan dengan melalui lopak-lopak air sehinggan ke puncak. Jam 3.45 petang kami sampai di puncak Gunung Stong dalam keletihan tapi sangat teruja. Suasana di puncak adalah sangat sejuk dan pemandangan pula sangat terbatas kerana keadaan kabus yang tebal. Sementelah menjamah makanan yang dibawa, kami didatangi sepasang tupai yang beria-ia untuk mendapatkan makanan dari kami dan ini adalah pengalaman pertama aku bersama haiwan lain di puncak gunung. Begitu teruja sekali.
Jam 4.30 petang kami mula bergerak turun dan sampai kembali di Kem Baha pada jam 7. 30 malam. Di Gua Bogor kami sempat sembahyang jamak zohor dan asar kira-kira pada jam 5 petang.
Pada malamnya pula kami mandi di sungai besebelahan tapak perkhemahan kami sebelum makan seterusnya tidur nyenyak sehinggalah hujan lebat mengejutkan kami pada tengah malam.
Hari Kedua
Selepas solat subuh, aku bersama seorang kawan ke kawasan puncak air terjun di kem tersebut untuk melihat matahari terbit yang dikatakan sebuah pemandangan yang sangat lawa.
Namun yang kami nampak hanyalah kabus-kabus yang tebal. Kami diberitahu oleh salah seorang guide bahawa musim sekarang tiada pemandangan matahari terbit, mungkin akan ade pada musim kemarau nanti sekitar bulan Mac. Walaupun kami sedikit kecewa tapi tetap mengambil gambar kenangan.
Selepas mandi-manda dan menjamah makanan. kami mula bergerak turun skitar jam 12.30 tengahari dan sampai di resort semula pada jam 2.00 petang. Selepas mandi dan solat, kami terus bergerak ke Stesen KTM Dabong kembali.
Di stesen KTM, kami sempat mengeluarkan wang dari ATM Bank Islam yang terletak bersebelahan pasar dan kemudian minum di kedai kopi berhampiran. Kami juga membeli t-shirt sebagai kenang-kenangan dan bergambar sebelum kami berpecah untuk pulang ke tempat masing-masing.
Secara keseluruhan, pendakian Gunung Stong yang berketinggian 1422 m ini sangat menganyikkan dan berbeza dari gunung-gunung yang pernah aku daki. Dengan rintangan yang pelbagai di sepanjang pendakian sehinggalah keadaan air terjunnya yang menarik, aku tidak teragak untuk datang kembali ke sini. Mungkin kami akan datang kembali sekitar bulan Mac nanti untuk melihat pemandangan matahari terbit dan juga turun ke kaki air terjun yang berketinggian 303 m dari aras laut itu yang tidak sempat kami rasai pada ekspedisi kali ini. Mungkin juga kami akan menjelajahi gua-gua di sekitar kawasan gunung ini juga. Tidak sabar rasanya menunggu saat itu.
Hayati gambar-gambar menarik di bawah yang diperoleh dari guide.
15 comments:
jinak pulak tupai kat gunung stong ni
gambar2 kat puncak gunung memang terbaiklah! teruskan ber-xpdc
mse ade mknn je tupai tu jinak
da dpt mknn trus lari lintang pukang
btw thanks for the header man
skrg br nk pkai
lme sgt rsenya duk peram..haha
tentu best...nampak pun best.
Tapi, pasti penat yer, dgn hujan lagii..huhu sejuk tu...
Gambar2 menarik lah, trm ksh kongsi sini.
Dah tengok xpdc kita ke TMN NEGARA TAHAN, melalui Jerantut??
wooo...cantiknyeee..mcm duk atas awan! ok,count me in on march, InsyaAllah. (hopefully bkn early march la ye..huhu)
Salam Ali....
Jumpa 4 ekor ke 2 ekor kat puncak Stong ari2??? Jinak bukan main dapat makanan kan! Salam perkenalan.
9W2URY,
penat xyah ckp la
ade sorg tu mengeluh je spjg pendakian..haha
seb bek sume smp
Best nmpk xpdc tmn negara tahan tu, dpt g rmai2
byk lak xtvt leh wat kt sne
satu hari nnt nk g jgk...
Chummy,
lawa kn tym sunrise
insyaAllah ak pegi mac nnt
MasMZ,
wassalam mas
jmp 2 ekor je mse tu
ade 4 sume ek?
tp asal ade mknn je msti duk usyar kite je
da dpt tau plak lari jauh2
haha..best
Salam..Sangat seronok membaca kisah anda!
salam..
jelessss sgt baca entri ni. sebab last december geng trekking kite ada naik gunung ayam tapi kite tak ikut.
yg paling jeles sebab boleh bergambar lebih tinggi dari awan. tak semua org boleh rasa tu. :)
wwOooahhh... tahun baru yang mencabar neh.. hehehehe..
Janggel,
kisah xtvt anda jg mnarik
keep it up
gadisBunga,
best tau rase bl duk atas awan
bl kite tgk awan kt bwh..huihhh
ptut try
ishiko,
permulaan 2011 yg mnarik
puas hati..hehe
Al, mingu depan aku nak ke stong...tak sabau rasanye heheh
owh yeke,
selamat mendaki,jgn lupe bwk mknn utk si tupai
12122011.....
teruja sgt aq tgk pengalaman u all kt Gunung Stong..teringat balik pengalaman aq ng member2 aq dl yg trkenal ng 'despath group'yg sampai skung ni masih 'kukuh'lg group tu.:)
mmg enjoy n hapening giller tw bila sampai kt puncak Gunung Stong..tuhan sj yg tw cmner perasaan aq..sglnya 'kenangan terindah kita bersama'.lOnG,aDy,wAdI,bOb.<3 u all.
wahh..bestnya korang dpt stick together smp skrg
hope group korg will last forever dan dpt rasai byk lg aktiviti bersama yg mendatang
ak sket jeless..:)
boleh share no telefon guide x?
Post a Comment