Monday, August 15, 2011

Irau: The Mossy Mountain



sambungan dari SINI

Setelah menelefon sorang member bertanyakan starting point untuk ke Gunung Irau, kami pun berpatah balik dari Gunung Brinchang. Setelah kira-kira 1 km, barulah kami jumpa pondok yang sebelahnya terdapat tangga yang merupakan starting point tersebut. Masa tu hampir pukul 8 pagi dan kami ambik keputusan untuk bersarapan terlebih dulu. Dan menunya seperti biasa adalah menu pilihan ramai tidak lain tidak bukan iaitu meggi!





Lepas habis makan meggi 3 bungkus, kami pun mulakan pendakian. Selepas melepasi trek tangga kayu tersebut, barulah kami melalui trek hutan yang berlumut, berselut,berakar dan sungguh dingin dengan angin kuat yang menghembus kabus pagi tanpa henti.  Sekeliling tersangatlah sejuk..



Kira-kira pukul 9 pagi kami sampai di Anak Irau. Ketinggiannya adalah sama dengan Gunung Brinchang iaitu 6666 kaki namun tentulah lagi rendah dari Gunung Irau yang merupakan target kami. Dari sini masih separuh pendakian untuk sampai ke puncak Irau. 

Bermula dari sini juga trek semakin dipenuhi lumut yang tebal di sekeliling. Di suatu ketika, keadaan lumut yang disinari mentari adalah begitu mengujakan. Di suatu ketika yang lain pula, di tempat yang hutannya tidak terlalu tebal, kami juga dapat melihat pemandangan gunung-gunung lain di sekitar termasuklah Gunung Brinchang di belakang kami. Pemandangannya amatlah mengasyikkan.












Sekitar 10.00 pagi kami sampai di puncak Gunung Irau yang berketinggian 2110m itu . Walaupun matahari sedang terang memancar cahaya dan haba, namun kedinginan masih terasa di puncak tersebut. Dan lagi sekali bekalan maggi dimasak.





Hampir sejam di puncak, kami pun mula turun kembali dan sampai di pondok pukul 1.00 tengahari. Sebelum keluar semula ke bandar Brinchang, sempat juga kami bergambar di ladang teh. Dah memang tempat wajib pun setiap kali ke Cameron Highlands kan.




9 comments:

gadisBunga™ said...

banyaknya moss!!! patut pun namanya mossy mountain!

dah mcm scene dalam avatar pun ada. teringin nak panjat tapi...kalau naik helikopter boleh tak? ihihihi~

ghost said...

sama macam gadis bunga,bila tengok gambar2 nih,aku terfikir tentang LOTTR atau swamp thing.

maggi bukan saja ringan,tapi simple dan cepat untuk dibuat sekiranya kita perlu menghabiskan pendakian pada masa ditetapkan.

hebat kembara pendakian kau,AL.

Ainsha said...

lawonya pemandangan... teringin nak pergi...~_~

Ren said...

terbaikla mosy forest tu kan. AKu pernah gak sampai situ tapi setakat yang jambatan kayu tu je la sebab tak plan nak mendaki pon. Tapi serius memang lawa!

Al said...

gB,
ni gnung pling berlumut kt malaysia..hehe. Even Gunung Belumut pon xleh lawan

nek heli ek?apsal rmai sgt bg idea nek gunung pkai heli ek?haha

ghost,
gunung irau ni berkabus,berlumut dan berselut, nk lg tepat combination LOTR n The Chocolate Factory.

psl meggi tu, agree no more

Ainsha,
jom aje

Janggel,
Hoh klo ko nek gunung tu br ko tau btape amazingnya pemandangan dia..hehe

kemang~ said...

uish lawo ah kat tempat yg ade moss tuhhh..

rajin betol kamu mendaki yek

Al said...

ni sume sbb minat, sme la ngan ko..minat travel kan

jana said...

best gila...bila la jana ade peluang nk panjat2 gunung cani...:)

Al said...

klo btol2 nk join blh je bila2..hehe
bgtau je bl nk

Related Posts with Thumbnails