Kelantan bertahta di puncak arena bola sepak tempatan setelah menjuarai Piala Malaysia 2010 dengan menumbangkan juara bertahan musim lalu, Negeri Sembilan. Kelantan yang juga naib juara musim lalu berjaya membalas dendam kepada Negeri Sembilan dengan kemenangan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelantan yang pernah 3 kali ke final Piala Malaysia iaitu pada 1955, 1970 dan 2009 akhirnya berjaya menggondol piala terunggul tersebut buat sekian kalinya pada final kali ini.
Tiupan wisel penamat pengadil Piala Dunia, Subkhiddin Mohd Salleh mengakhiri penantian Kelantan selama 89 tahun menjulang piala paling berprestij tersebut. Lebih manis, kejayaan muncul juara pertama kali itu merupakan hadiah istimewa sempena pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad Ke-V. Kejayaan tersebut membolehkan nama Kelantan terpahat dalam senarai pemenang buat kali pertama dalam perebutan Piala Malaysia itu sejak ianya dipertandingkan pada tahun 1921.
Tiupan wisel penamat pengadil Piala Dunia, Subkhiddin Mohd Salleh mengakhiri penantian Kelantan selama 89 tahun menjulang piala paling berprestij tersebut. Lebih manis, kejayaan muncul juara pertama kali itu merupakan hadiah istimewa sempena pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad Ke-V. Kejayaan tersebut membolehkan nama Kelantan terpahat dalam senarai pemenang buat kali pertama dalam perebutan Piala Malaysia itu sejak ianya dipertandingkan pada tahun 1921.
Kebangkitan Kelantan sebagai kuasa bola sepak di Malaysia bermula sekitar tahun 2008 apabila teraju kepimpinan diambil alih oleh Annuar Musa. Dengan membentuk semula skuad sedia ada, Kelantan mula menjadi perhatian penyokong dari segenap pelosok negeri setelah berjaya dinaik taraf dari Liga Perdana ke Liga Super pada musim berikutnya. Namun Kelantan ketika itu masih lagi dibayangi gergasi bola sepak yang lain seperti Selangor, Kedah, Negeri Sembilan serta Perlis.
Musim 2009 Kelantan meneruskan momentum dengan mara ke final Piala FA dan juga Piala Malaysia. Namun rentak mereka dimatikan oleh Selangor dan Negeri Sembilan di final. Dalam Liga Super pula, mereka bermula dengan amat baik namun setelah separuh musim, skuad Kelantan didenda bermain di stadium berkecuali disebabkan angkara penyokong mereka. Akibat hukuman tersebut, Kelantan jatuh merudum dalam kedudukan Liga Super.
Musim 2010 merupakan musim penuh gemilang dan bermakna bagi skuad Kelantan serta penyokong setia mereka. Setelah sah sebagai naib juara dalam Liga Super, mereka terus ke depan untuk memenangi piala terakhir dalam Liga Malaysia, iaitu Piala Malaysia pula. Langkah mereka tidak lagi mampu disekat dengan membenam cabaran Selangor di suku akhir dan Kedah di separuh akhir yang membawa mereka ke pentas final berturut-turut menentang lawan yang sama. Dan akhirnya mereka berjaya membalas dendam dalam final penuh gemilang tersebut.
Apabila disebut bola sepak Kelantan, perkara yang tidak akan terlepas pandang adalah celoteh penyokongnya yang fanatik. Akibat tindakan segelintir penyokong, bermacam denda telah dikenakan kepada skuad Kelantan FA. Namun kerana sokongan padu penyokong jugalah Kelantan mampu mara seperti hari ini. Bagi penyokong , fenomena bola sepak di Kelantan merupakan pencetus kepada kebangkitan mendadak mereka yang dahagakan kejuaraan dalam bidang sukan buat sekian lamanya.
Musim depan, mereka akan terus menggalas cabaran dengan merebut Piala Sumbangsih dengan Selangor. Selain itu, mereka juga akan berjuang di peringkat Asia dalam Piala AFC. Yang lebih penting, mereka mahu memastikan ketiga-tiga piala dalam Liga Malaysia musin 2011 menjadi milik mereka. Kepada The Red Warriors, teruskan mencipta sejarah dalam arena bola sepak.
Video ini didedikate kepada semua pencinta bola sepak tanah air khususnya peminat Kelantan.
video hasil tangan seorang peminat TRW
Gomo Kelate Gomo!
5 comments:
i like the red warrior..
salam,
tahniah buat kamu...hehe
entry terbaru "disana menanti disini menunggu"
kelate main memang best 2nd half
Tahniah tuk pejuang Kelantan!!
tahniah buat pasukan Kelantan :)
Post a Comment