Saturday, November 27, 2010

Memori Lama


Aku ade satu memori. Tentang sebuah ingatan yang kuat masa aku kecil dulu. Ingatan yang aku rasa akan bawa sampai bila-bila. Memori kekal.

Masa tu aku masih budak-budak sangat. Umur dalam 4 atau 5 tahun. Sentiasa girang bermain di kawasan rumah. Belum lagi masuk tadika pun. Tidak tahu apa itu membaca, menulis mahupun mengira.

Kejadian bermula di atas pokok. Bila masa aku yang sedikit aktif ini telah
memanjat pokok manggis di sebelah rumahku. Dan di situ hanya ada aku. Emak pula di halaman rumah, sedang berborak dengan jiran sebelah. Aku di atas pokok ini hanya dibiarkan keseorangan.

Sedang aku asyik di atas pokok, entah macamana diri aku tiba-tiba meluncur deras. Aku tidak sempat berbuat apa-apa. Aku hanya ikut hukum alam bernama graviti.

Aku terjatuh ke bawah.

Bedebukkk! Bunyi yang agak kuat terhasil.
 
Satu tunggul menyambut badanku. Tunggul kayu yang anggota lainnya sudah lama ditebang. Yang tinggal hanya batang kayu berketinggian suku meter dari tanah.

Tulang belakangku bertembung dengan tunggul tersebut. Segala daya yang menarik aku ke bawah dari ketinggian tiga meter hanya ditampung tulang keras tersebut. Aku menahan sakit. Dan aku terkaku di situ.

Aku dapat lihat dari jauh emak datang ke arah aku, diiringi jiran tersebut. Aku jadi panik. Aku semacam tidak tahu apa yang aku patut lakukan pada masa tu.

Akibat tindakan reflect, aku bingkas bangun dan berlari ke belakang rumah. Aku tidak mahu keadaan aku diketahui.

Di belakang rumah, aku menyorok. Aku cuba bersembunyi dari emak yang cuba mencari aku. 

Pelikkan aku?

Dalam masa menyelinap di belakang rumah itulah satu lagi bala menimpa aku. Satu dawai besi tanpa segan silu menggores mukaku. Terasa sedikit pedih akibat penangan dawai tersebut. Apalagi, darah pun meleleh. Aku lagi panik. Terus tak bergerak.

Seketika kemudian emak datang. Dia bawa aku masuk rumah. Dan aku diberikan rawatan.

Akibat dua kejadian itu masih ada sampai kini. Belakang aku akan sakit bila duduk bersila lama. Mujur urat saraf aku tidak terjejas. Aku bersyukur.

Aku juga dicop  gengster. Bukan sebab aku suka gaduh. Tapi sebab parut di bawah mata aku. Aku pula bangga ada parut sebegitu. Mungkin aku rasa hebat. Ingat senang ke nak ade parut kat muka?

Itu kisah aku. Aku rasa semua orang pun ada memori silam masa kecil, betulkan?


p/s; Da seratus hari blog aku. Pencapaian selama 100 hari blogging ?? ntah

7 comments:

My Little Diary said...

salam,
memori oh memori... kadang2 buat saya tersenyum sendiri...

Al said...

wassalam,

memori lama klo diingat balik,
mmg boleh buat tersengih sendiri
nak2 pengalaman yg lucu-lucu

sungguh indah khidupan kan

suria lekatlekit said...

Ni la di katakan sudah jatuh tergores muka

Khairy said...

aku pun ada parut kat muke..geng la kita...nak tengok tak? hehe

Einaz Shah Rizal Thomas said...

bila baca kelakar pun ada hihi (:
tpi semua tu kenangan kan..

Al said...

@ Lekat Lekit

pribahasa ke ape tu?

@ Khairy

haha
mahal ape laki ade parut kat muka

@ Einaz

klakar ek
knangan mmg mcm2..

ayu toink2 said...

pernah jatuh basikal..hehe

Related Posts with Thumbnails