Hari ini aku percaya sebahagian besar warga Malaysia sedang enak bercuti, melepaskan tension setelah seminggu bekerja ataupun belajar. Tapi aku jugak percaya bahawasanya ada jugak yang dipaksa bekerja pada hari ni - termasuklah aku.
Kalau semalam aku dah seharian cuti (sbb jumaat ari cuti di Klate), jd tak dapatlah aku jenguk blog yang omor baru 3 hari dicipta ni.Tapi sepatutnya boleh je nak bukak sebab aku ade brokband kan? tapi tu lah masalahnya.
Wlaupon orang kata kalau dah ade brokban tu, nko gi mana2 pon boleh online, takde masalah. Tapi brokban aku ni masalahnya tak leh pakai masa kat umah aku sebab coverage 3G dia nyer operator tak sampai kat umah aku. Boleh dikatakan aku tak bernasib baik di situ. So walaupun aku terpaksa bekerja hari ni, tapi aku tetap gumbira sebab dapat gak nak online.
Kepada sape2 yang ingat aku dah dapat kerja tu, terimalah hakikat bahawa jangkaan anda itu salah sebenarnya. Sekarang ni aku hanya dok wat part time je, sementara dapat kerja yang stabil dan juga sementara menunggu hari raya menjelma. Secara mudahnya kerja yang aku sedang buat ni adalah 'menjaga kedai', atau dengan kata lain aku diamanahkan untuk menguruskan kedai. Alah, kedai jual kerepek je pun. Disebabkan tokey kedai yang jugak akak aku berada di Johor dan bermastautin di sana, aku disuruhnya untuk menguruskan kedai ni. Tugas aku adalah dikehendaki menunggu pagi2 buta kat tepi jalan besar untuk ambil bekalan kerepek yang dihantar oleh akak aku tu melalui bas. Lepas tu aku bawak ke kedai dan jual kepada orang ramai. So, ade sape2 yang nak order kerepek!? haha
Dikala aku duk layan blog2 orang semenjak dua ni, aku terpaut dekat satu blog seorang anak muda ni. Aku harap korang tak kisah aku bercerita sket. Blog tu pasal pemikiran dan idea sorang anak muda kat Malaysia ni yang berfahaman sosialis.Disebabkan sosialism dia yang sangat kuat dalam diri, maka dia sangat tidak berpuas hati dengan system kapitalis yang diaplikasi kat Malaysia ni. Maka dia pun keluarkan idea2 dia yang sejajar dengan fahaman dia tu (yang sangat radikal bagi aku) untuk diaplikasi kat Malaysia dengan diambil contoh dari negara2 lain kat dunia. Tapi mungkin dia lupa yang realitinya dia di Malaysia, yang systemnya berbeza dengan negara lain, yang dasarnya awal2 lagi ditentukan oleh pemerintah. Jadi walaupun idea2 dia tu sangat menarik bagi aku tapi tetap menjadi omong2 kosong. Okeh, korang paham tak ape yang aku ceritakan ni??
Berbalik kepada aku yang sedang bekerja ni, sedang aku menulis entry ni ada jugak la customer kadang2 masuk kedai. Jadi nak tak nak terpaksalah aku melayan depa, maka bila aku nak sambung menulis balik, dah bukan dalam mood masa awal2 tadi. Tu yang jadi tunggang langgang sket ayat aku, harap korang tak kisah..
Bila tengok masa, dah dekat 3 jam aku duk wat entry nih, haha nampak sangat aku takde bakat dalam penulisan kan.
Stakat ni je lah dulu aku tulis buat masa ni. Selepas ni banyak lagi yang aku akan kongsikan.
Chao...
4 comments:
boh, kepek pise supik...hahahaha
Bereh, kepek pise siap!
Nnt entri lps ni ak try ltk gambar
Pendek sgt ko entri ak hok ni eh?
panje dohh tuhh...=p
Panje doh?? ek? ok la kot
Tgk2 blk mcm tulisan budak skema keh?
Aih,xleh jd nih..
Post a Comment