Thursday, August 4, 2011

Separuh Malam Mencari Brinchang



Dah beberapa hari puasa berlalu, harapnya semua dapat beribadah dengan sempurna. Tapi entri ni takde kaitan dengan bulan puasa pun. Ni kisah sehari sebelum puasa, kisah ekspedisi ke Cameron Highlands.

Tujuan utama kami adalah untuk takluki Gunung Irau - gunung yang paling sejuk, paling tinggi dan paling utama paling berlumut di Tanah Tinggi Cameron, sebab tu ia jugak dikenali sebagai mossy mountain. Tapi nak sampai ke Irau, terlebih dahulu kita akan lalui Gunung Brinchang.

Dari Shah Alam, kami sampai di Cameron pukul 2 pagi 31 hb 7. Sempat lagi singgah di kedai mamak di Tanah Rata untuk minum-minum, lepastu barulah kami gerak ke Gunung Brinchang di Brinchang. Sebenarnya ni adalah kali pertama kami ke gunung ni, dan dengan hanya berbekalkan bacaan di blog dan sebuah peta, kami dengan penuh yakin melangkah ke sini. Untuk ke puncak Gunung Brinchang ni ada dua cara, trekking dalam hutan selama dalam sejam atau naik kenderaan sejauh 9 km dari jalan utama di Brinchang. So kami ambik opsyen kedua sebab matlamat kami adalah untuk ke Irau.

Kami tiada masalah mencari simpang untuk ke sini dengan adanya peta di tangan. Tapi bila kami masuk simpang tu, kami terus sahaja melalui jalan tersebut tanpa sedari kami telah tersalah laluan. Dan akhirnya terdamparlah kami di kawasan ladang kobis, sebabnya jalan tersebut tidak lagi boleh dilalui oleh kenderaan kami. Kami tak putus asa, semua bersiap dengan pakaian mendaki, kami akan parkir saja kereta di situ, dan teruskan dengan berjalan kaki. Namun setelah setengah jam berjalan, hanya ladang kobis yang kami temui, dan laluan kami juga berakhir di jalan mati. Tahulah yang kami sudah sesat. Jam menunjukkan pukul 4 pagi.

Maka kami pun patah balik sehinggalah kami jumpa satu simpang yang jalannya lebih besar dan lagi ok dari yang telah kami lalui tadi. Kami pun cuba masuk ke simpang tersebut, dan akhirnya terdapat batu tanda jarak di tepi jalan yang menunjukkan jarak ke Gunung Brichang sejauh 5 km. Kami menarik nafas lega..

Tapi sehingga 2km terakhir, jalan yang sedikit berlubang menyebabkan kereta kami yang sedikit lowered tak lepas. Jadi kami pon teruskan je dengan berjalan kaki. Dan pukul 5 pagi sampailah kami di puncak Gunung Brinchang. Suasana takyah cakap, memang sejuk. Kami terus rebahkan diri di pondok yang terdapat di situ.

Sekitar 6.30 pagi mulalah datang segerombolan orang ke puncak tersebut. Katenya nak melihat matahari terbit di atas menara di situ. Tapi sekeliling dipenuhi kabus, sehigga jam 0730 masih tidak nampak apa-apa.

Kami pulak terpaksa menelefon sorang member untuk tau starting point ke Irau. Dan kami diberitahu supaya berpatah balik kira-kira 1km untuk ke starting point tersebut. Dan tanpa buang masa, kami terus bersiap. Tapi sempat jugak kami mendaki menara di puncak Brinchang tersebut untuk bergambar, walaupun pemandangan memang hampeh, ditambah lagi gambar yang teruk.

Setelah itu di pagi yang sejuk sambil dihujani titisan kabus itu bermulalah kembara kami ke puncak Gunung Irau pula.



akan bersambung..

Laluan untuk ke lokasi: Dari pekan Brinchang, hala ke Butterfly Garden. Masuk simpang kiri selepas sahaja Butterfly Garden tersebut. Selepas kira-kira 4km, perlu masuk simpang ke kiri dan teruskan sehingga sampai di puncak Gunung Brinchang. Tips: pastikan hanya lalu jalan bertar, jika jalan bersimen bermakna anda telahpun sesat.

Friday, July 29, 2011

Sebelum Munculnya Ramadhan



Minggu depan dah pose tau tak?hihi. So sementara Ramadhan belum menjelma ni, kita lepaskan gian bermain air dan berenang puas-puas. Lepasni da tak boleh dah nak berendam siang-siang hari. Tak dapat main air kat sungai, dapat kat swimming pool pun jadilah.

Okeh selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua!

Thursday, July 28, 2011

Sedikit Mengecewakan Di Puncak Berembun


sambungan dari SINI


Selepas semua peserta lalui CP kami, dari Lata Lansir aku sempat naik ke puncak Gunung Berembun. Aku yang tak pernah jejak kaki di puncak berketinggian 1108 meter ni ingatkan puncak dia boleh la dapat tengok view sket-sket. Ade jugak hajat nak meraung sepenuh hati kat puncak tu.

Tapi setelah 40 minit mendaki, kami akhirnya sampailah di tempat yang terdapatnya signboard tertulis 'Puncak Gunung Berembun'. Dan pemandangan sekitarnya pulak adalah dipenuhi pokok-pokok, takde view langsung. Dan juga sempit. Oh baru tau begini rupanya, kecewa la jugak. Tapi takpelah, hajat nak sampai puncak dah pun tercapai.

Setelah beberapa minit di puncak, kami pun turun semula ke Lata Lansir. Di sini sempat juga masak maggi dan mandi sebelum turun semula ke Basecamp.






Kami sampai semula di Basecamp dalam 6.30 petang. Sebelum malam menjelma, kami beramai-ramai ke kawasan Air Terjun Chemerong untuk mandi-manda. Sampai saje di port yang sesuai, kami terus mandi dan berenang tak hengat dunia sehinggalah Maghrib datang menjemput kami pulang.




Pagi besoknya barulah kami dengan berat hatinya tinggalkan Hutan Lipur Chemerong. Sebelum pulang, sempat jugak bergambar bersama geng-geng teknikal lain.



TAMMAT

Laluan untuk ke lokasi:
Dari KL, masuk Lebuhraya Karak, lepastu gunakan lebuh raya Pantai Timur. keluar di Plaza tol Jabur. Dari situ mengambil susur sebelah kiri dan masuk ke Jabur - Kuala Berang. Selepas kira-kira 1 jam,lebih kurang 99km, terdapat simpang di sebelah kiri untuk ke Chemerong ( sebelum simpang Bandar Muktafi Billah Shah). Perhatikan papan tanda coklat - Hutan Lipur Chemerong.

Belok kiri dan teruskan kira-kira 32km. Akhirnya akan jumpa satu lagi papan tanda - Hutan Lipur Chemerong. Belok kanan dan akan sampai ke Hutan Lipur Chemerong dalam masa yang singkat.

Monday, July 25, 2011

Indahnya Lata Lansir


sambungan dari SINI


Sekitar 6.40 pagi di Lata Lansir, sinar mentari mula kelihatan di ufuk timur. Suasananya sungguh dingin. Namun hujan malam tadi sudah lama berhenti. Aku ambil kesempatan ini untuk menangkap gambar matahari yang mula terbit. Begitu indah saat itu.








Setelah sekian lama, sekitar 8.00 pagi, dari walkie talkie kami terima makluman para peserta telahpun dilepaskan. Maka kami mula bersedia dengan keperluan kami untuk menyambut peserta nanti. Dan sekitar 9 pagi mulalah peserta seorang demi seorang sampai di CP kami. Ada yang berlalu tanpa kata, ada yang minta air untuk diminum, ada yang terus minum air sungai, yang berendam dalam sungai pun ada. Namun dalam masa itu kami sempat juga buat hal sendiri; bermain dengan keindahan alam.









Lepas semua peserta lalui CP kami, aku dan sorang member sempat ambil masa untuk daki ke puncak Gunung Berembun pulak. Rugi tu dah datang sini kalo tak sampai puncak kan. Nak jugak tengok puncak dia camane.


akan bersambung..
Related Posts with Thumbnails