Pada 11/11/11, new7wonders.com telah menetapkan 7 Keajaiban Dunia terbaru iaitu dalam kategori alam berdasarkan kiraan undi daripada keseluruhan 28 calon sebelumnya. Namun hasil itu masih berdasarkan perhitungan sementara. Pemenang sejati baru bakal diketahui pada awal tahun 2012. Pengiraan undi kini sedang diperiksa, disahkan, dan pemenang yang sah akan diumumkan bermula awal 2012 sewaktu upacara Perasmian Rasmi.
Berikut adalah tujuh senarai 7 keajaiban dunia sementara versi New7Wonders berdasarkan abjad:
1) Amazon (Bolivia, Brazil, Colombia, Perancis, Guiana, Guyana, Peru, Surinam, Venezuela)
Hutan hujan tropika dengan luas 1,7 juta hektar. Hutan ini terletak di sembilan negara, lokasi terbesar berada di Brazil. Amazon mewakili setengah dari seluruh hutan di dunia. Di dalamnya ada sungai terbesar di dunia yang kapasiti airnya mewakili seperlima dari aliran sungai di dunia.
2) Halong Bay (Vietnam)
Terletak di wilayah Quang Ninh, Vietnam. Teluk ini mempunyai ribuan pulau batu kapur dalam pelbagai ukuran dan bentuk. Terdapat 200 spesies ikan dan 450 moluska mendiami perairan ini.
3) Iguazu Falls (Argentina, Brazil)
Salah satu air terjun terbesar di dunia. Berada di sempadan Brazil dan Argentina, dikelilingi dua taman nasional yang kaya spesis flora dan fauna.
4) Jeju Island (Korea Selatan)
Pulau gunung berapi di semenanjung Korea, berdekatan dengan Jepun. Di pulau ini terdapat gunung berapi aktif tertinggi di Korea, iaitu Gunung Hallasan (1,950m dari aras laut)
5) Komodo (Indonesia)
Taman Nasional Komodo di Kabupaten Manggarai Barat, Flores, Indonesia meliputi tiga pulau besar , yaitu Pulau Komodo, Rinca dan Padar. Taman nasional ini juga memiliki banyak pulau-pulau kecil. Luas keseluruhan 1.817 kilometer persegi (603 kilometer persegi terdiri dari daratan). Taman nasional ini dirasmikan pada 1980 untuk melindungi komodo, juga spesies lain termasuk haiwan laut.
6) Puerto Princesa Underground River (Filipina)
Sungai bawah tanah terpanjang di dunia, terletak di Taman Nasional Filipina. Banyak ditemui gua, dimana terdapat laguna dengan pohon-pohon tua dan dihuni aneka fauna.
7) Table Mountain (Afrika Selatan)
Merupakan ikon Afrika Selatan dan satu-satunya ciptaan alam yang memiliki buruj bernama Setelah Mensa, yang bererti Gunung datar. Usianya sudah jutaan tahun.
sumber;
http://us.detiknews.com
2 comments:
Kene vote lagi kan sampai 121212? sebab nak pilih 1 je kan?
utk new7wondwers of nature ni dah habis masa voting smp 11/11/11 lepas je. skrang tengah disahkan dan final result akan tau awal tahun 2012. dan untuk final result dia nak pilih 7 daripada 28 finalist yang masih valid.
kalau yang lagi terbaru, New7Wonders Cities memang undian sedang dibuka sekarang ni
source: http://world.n7w.com/new7wonders-of-nature/faq/
Post a Comment