Wednesday, August 17, 2011

Detik Memeluk Islam Yang Suci


Alhamdulillah dah lebih separuh Ramadhan kita lalui, besok Nuzul Quran. Sekarang masuk fasa kedua Ramadhan, fasa pengampunan..moleklah kiranya kalau klo kita minta keampunan serta bertaubat pada masa ni kan.

Ni nak cerita sket, masa aku gi berbuka kat sebuah surau di Shah Alam minggu lepas, lepas semayang Maghrib tu adela kuar satu pengumuman pasal seorang saudara baru datang bawak kawannya yang nak masuk Islam kat surau tu. So diorang akan adakan satu majlis ringkas pengislaman saudara baru. Aku yang tak penah tengok camane cara diorang buat pun teruja la jugak, tu yang siap ambik video kat bawah ni. Kalau tengok camtu je memang biase je, tapi sebenarnya satu detik peluang yang susah nak dapat tu. Betapa banyak pahala kawan dia yang ajak tu kan, dalam bulan Ramadhan ni.

Kat surau tu dorang siap dengan borang sume dah. Bila aku tanya jemaah kat situ, baru aku tau rupanya dorang dan biasa adakan majlis macam ni.

Okeh korang tengoklah sendiri video yang seberapa ni.

Monday, August 15, 2011

Irau: The Mossy Mountain



sambungan dari SINI

Setelah menelefon sorang member bertanyakan starting point untuk ke Gunung Irau, kami pun berpatah balik dari Gunung Brinchang. Setelah kira-kira 1 km, barulah kami jumpa pondok yang sebelahnya terdapat tangga yang merupakan starting point tersebut. Masa tu hampir pukul 8 pagi dan kami ambik keputusan untuk bersarapan terlebih dulu. Dan menunya seperti biasa adalah menu pilihan ramai tidak lain tidak bukan iaitu meggi!





Lepas habis makan meggi 3 bungkus, kami pun mulakan pendakian. Selepas melepasi trek tangga kayu tersebut, barulah kami melalui trek hutan yang berlumut, berselut,berakar dan sungguh dingin dengan angin kuat yang menghembus kabus pagi tanpa henti.  Sekeliling tersangatlah sejuk..



Kira-kira pukul 9 pagi kami sampai di Anak Irau. Ketinggiannya adalah sama dengan Gunung Brinchang iaitu 6666 kaki namun tentulah lagi rendah dari Gunung Irau yang merupakan target kami. Dari sini masih separuh pendakian untuk sampai ke puncak Irau. 

Bermula dari sini juga trek semakin dipenuhi lumut yang tebal di sekeliling. Di suatu ketika, keadaan lumut yang disinari mentari adalah begitu mengujakan. Di suatu ketika yang lain pula, di tempat yang hutannya tidak terlalu tebal, kami juga dapat melihat pemandangan gunung-gunung lain di sekitar termasuklah Gunung Brinchang di belakang kami. Pemandangannya amatlah mengasyikkan.












Sekitar 10.00 pagi kami sampai di puncak Gunung Irau yang berketinggian 2110m itu . Walaupun matahari sedang terang memancar cahaya dan haba, namun kedinginan masih terasa di puncak tersebut. Dan lagi sekali bekalan maggi dimasak.





Hampir sejam di puncak, kami pun mula turun kembali dan sampai di pondok pukul 1.00 tengahari. Sebelum keluar semula ke bandar Brinchang, sempat juga kami bergambar di ladang teh. Dah memang tempat wajib pun setiap kali ke Cameron Highlands kan.




Wednesday, August 10, 2011

Bila Islam Dihina, Maka...



Gempar tiba-tiba pada bulan Ramadhan ni pasal apa yang dikatakan sebagai aktiviti penghinaan terhadap agama Islam oleh seorang yang  menggunakan nama samaran Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, di laman blog miliknya https://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com/



Maklumat ini telah disampaikan dan didedahkan oleh GaySec (fanpage fb)- sebuah entiti yang berada di laman maya untuk mempertingkatkan keselamatan laman web di Malaysia.

Untuk lebih lanjut sila baca di sini;
Hajjah Sitt Al-wuzara2


Segalanya dibongkarkan pihak GaySec menerusi apa yang dinamakan sebagai #OpsRamadhan. Khabarnya beliau sudah memadam semua maklumat dan jejaknya, namun sempat di'traced' oleh GaySec. Dan untuk masa ni, blog wanita ini juga dah tak boleh diakses - mungkin salah satu ikhtiar untuk menutup jejaknya.

Namun begitu dalam kita ghairah memburu orang atas dasar menghina agama suci kita, perkara paling utama adalah perlunya untuk kita dapatkan bukti secukupnya. Jangan nanti apa yang kita ingatkan sebagai peroleh pahala hanya mendatang dosa kepada diri kita sendiri jika ia hanya FITNAH semata-mata. Ini kerana masih terdapat kesamaran berdasarkan sini.

Apa yang kita harapkan adalah kebenaran akan muncul, dan yang bersalah menemui balasannya.


Sumber;

http://andyhowtt.com
http://www.hasrulhassan.com
http://www.admiralhafiz.com


UPDATE!
Link ni akan lebih membantu anda memahami lebih mendalam pasal isu ni
Blog Arlene Tan
Makcik Mengamuk di Google+

Monday, August 8, 2011

Berbuka Sambil Berekreasi



Nah amik bulan-bulan pose pun nak juga main outdoor. Dah boleh agak dah geng-geng ni, kalau ade perjumpaan je mesti disusuli aktiviti yang berpeluh..haha.

Ni adalah iftar pertama aku dalam bulan Ramadhan ni dengan geng-geng aktiviti. Dorang ajak pulak buat kat Shah Alam Extreme Park kat Seksyen 13, sambil main wall climbing katanya. Ramai yang kata ok je,RSVP kat fesbuk berpuluh-puluh Attending tapi yang datangnya sekerat. Ada hal last-last minit kot (bersangka baik di bulan mulia).

Lepas membeli bekal makanan kat bazar Stadium Shah Alam, kami terus je berkumpul di sini. Masa tu dah pukul 6.30 petang. Semacam rasa masa masih lama untuk berbuka, kami pun apa lagi terus setup tali semua then sorang-sorang panjat. Dapatla sekali sorang rasa sebelum berbuka tu. Yang dah lama tak main atau tak pernah main langsung, sampai terketar-ketar kaki tuu..







Dan bila tiba masanya Maghrib, maka bersantaplah kami dengan bekal yang dibawa. Huihh.. rasa macam dah lama tak makan ramai-ramai atas tanah camni. Terubat hati. Lepastu kami lepak-lepak je kat situ, panjat sana panjat sini sebelum masing-masing beredar bila masuk Isyak, alasan nak terawih. Bagus betul budak-budak ni...







p/s: Cuba jeling-jeling sebelah kanan page ni, ada semacam satu gadget baru install, prasan tak??hehe. Sila-sila join nanti leh dapat update selalu. Alah bukan susah pun, tekan 'like' je..
Related Posts with Thumbnails