Monday, September 26, 2011

Menahan Kedinginan Mendaki Irau



sambungan dari SINI..

Pagi Sabtu tu lepas semua dah bersiap, pukul 9.00 pagi barulah kami mula mendaki Gunung Irau. Seperti jugak masa aku mula-mula datang sini, suasana pagi dia sangatlah sejuk. Maklumlah kat puncak gunung kan. Kabus pon tak lekang ditiup angin dan jatuh ke bumi macam titisan air hujan..sejukkkk!


Setelah mendaki melalui kawasan berselut dan berlumut hampir 4 jam, barulah kami semua sampai di puncak Irau. Kat atas suasana sedikit panas sebab takde tempat berteduh. Kalau yang bernasib baik dapatlah berlindung kat tepi-tepi semak di sekitar puncak tu. Kat sini kami masak lunch dan lepas bergambar sedikit sebanyak, kami pon mula turun.





Aku yang mula-mula sampai di campsite dalam pukul 5 petang. Sementara tunggu yang lain sampai, sempat jugak aku sorang-sorang pergi ke puncak Gunung Brinchang yang jauhnya dalam 1.5 km je dari campsite. Walaupon persekitaran masih kuat berkabus, tapi sempatlah jugak bergambar di atas menara di puncak tu.




Kemudian kami dimaklumkan yang kami harus turun ke pekan Brinchang pada malam tu jugak. Dan setelah ditanya pendapat ramai, kami ambil keputusan untuk turun melalui jalan bertar saje yang jauhnya kira-kira 10 km tu. Sebabnya ramai budak-budak dah serik naik ikut trek malam sebelumnya. Jadi walaupon jauh, terpaksa jugak kami turun ikut jalan bertar melalui ladang teh tu. Perjalanan dalam 2 jam jugak sebelum sampai di jalan besar. Dan malam tu kami semua tidur di masjid Brinchang.Sebelum pukul 5 pagi semua dah bangun sebab orang datang untuk solat..

Pagi tu kami sempat bersiar-siar sekitar pekan Brinchang, ramai jugak yang membeli cenderahati, strawberi mesti beli, dan jugak jagung manis. Berbanding kunjungan aku sebelum ni, inilah kali pertama kawasan pekan dikelilingi kabus tebal dengan airnya yang kadangkala menitis, kalau pakai t-shirt je memang tak memadai..menggigil tahan sejuk nanti. Dahlah sampai tengahari camtu. Memang sesuai dicop tempat paling sejuk di Malaysia.


4 comments:

Ren said...

Bro, memang sejuk kat cameron highland terutama kalau subuh, kabus tu jangan cakap la memang tebal kan. Malam² turun ikot ladang the tu nampak tak ladang tehnya? Aku tak penah lagi pg ladang the malam² . Нεнεнεнεнε.

Lama dah tak pegi cameron highland walaupon rumah aku kat bawah tu je.

Al said...

Ak ni first time bkabus cmtu,yg ak g sblm ni cerah je mmanjang,tu yg truja sket

Ladang teh tu nmpk samar2 bcahayakan rembulan je la..hehe. Yg tu x ksh, sbb sblm ni da lalu siang hari ctu, da siap bergambar da pon kt tgh2 ladang teh..

Anonymous said...

takleh lupa mendaki anak irau..
masa nak teruskan ke paling atas, sorang member terkehel..besar bola golf buku lali dia

Al said...

huishh bahaye tuh
sian dier msti seksa nk trun blk..

Related Posts with Thumbnails