Wednesday, March 14, 2012

Puas di Perlus..Sensasi Seketika



Ok, minggu lepas aku balik kampung. Saje mahu merehatkan minda sejak dapat kerja yang kena kerja 6 hari seminggu ni. Nak dijadikan cerita pada pagi ahad tu, pergilah aku ke pekan untuk beli suratkhabar. Dah menjadi kebiasaan aku kalau duk kampung akan beli suratkhabar untuk dapat berita semasa, internet takde, tv tak best. Entah kenapa hari tu aku terbeli@nak beli@memang beli suratkhabar Harian Minggu. Bila balik rumah dan baca-baca, terjumpalah ini..



antara mereka-mereka itu, ada aku:)

Haa..ok la walau first time masuk kan. Ni pasal cerita yang aku up bulan 10 tahun lepas lagi, yang ni [link]. Btw, terima kasih kepada Faisal Samat untuk artikel ni.

Monday, February 13, 2012

Dunia Baru Aku



Dah dua minggu aku dekat sini jalani kehidupan serba baru. Dah dua minggu jugaklah aku berkira-kira sebagai seorang yang sibuk tahap gaban sampai tak pernah terlintas langsung nak update blog ni. Padahal bukan ada kerja sangat pun, saja wat-wat rajin depan bos, biasalah awal-awal ni kena ambil hati bos kaw-kaw dulu kan..haha.

Tapi aku jugak sedih, gara-gara benda ni aku tak boleh nak beraktiviti sangat dah. Dah hari sabtu pun kena kerja, camana tuh?pasrah je lah. Kalu nak wat aktiviti pun sekadar daypack hari ahad je la nampak gayanya. Tu pun bila entah nak mulanya. Aku rasa dah hampir tiga bulan aku langsung tak ada aktiviti luar yang selalu aku buat saban minggu sebelum ni. Sebab tu jugak  lah blog ni terbiar camni sekali. Aku ingat ni pun satu-satunya update untuk bulan ni :(

Takpelah, ikut saja takdir yang membawa aku. Tengok dulu macamana kerja ni boleh buat aku selesa ke tidak untuk jangka waktu panjang nanti. Apepun perlu selari dengan pelan hidup yang berlambak menunggu dalam masa terdekat ni..hehe.

Harap semunya berjalan dengan sempurna.


.

Monday, January 16, 2012

Meraikan Sebuah Kebebasan



12hb Jan, 2012 adalah tarikh keramat aku pada tahun ni. Setelah bertungkus lumus mengerah keringat fizikal dan mental dalam masa kurang lebih 365 hari ni, akhirnya sampai jugak di penghujung. Macam tak percaya pun ada, terlalu cepat masa setahun berlalu, padahal dalam masa tu pelbagai tekanan serta ketakwarasan mental melanda, semata-mata nak habiskan sesuatu yang dianggap keberuntungan mendapatkan ilmu dunia. Sehh.. aku bersyukur sekarang semua sudah selesai. Minda yang letih ni perlu di recharge, sebelum dikerah kembali untuk peringkat alam seterusnya yang sedang menunggu...

Hal sebenarnya bukan ada apa pun entri ni, cuma ingin berkongsi detik waktu senja meraikan kebebasan dari menuntut ilmu formal, bertempat di Pantai Jeram, Kuala Selangor. Kami ke sini bersama gerombolan geng dari identiti yang sama, yang setia bersama selama setahun ni.

Tujuan utama ke sini untuk tenangkan minda yang kurang teratur sejak setahun yang lalu dengan suasana matahari terbenam di tepian pantainya beserta menjamu selera dengan makanan lautnya, setelah diajak seorang geng. Tapi nasib kurang baik, hanya mendung yang menemani kami petang tu sampailah maghrib menjemput. Takpe, tujuan kedua harus juga dilaksanakan. Dan seperti diduga, nikmatnya masyuk sekali dapat meratah pelbagai sajian laut yang diadun pelbagai cara dan jenis masakan itu. Berbaloi-baloi..








Terima kasih rerakan seperjuangan untuk kesetiaan, pengorbanan dan penat lelah bersama menghabiskan satu tahun penuh berliku. Namun di akhirnya adalah nikmat tak terkata. Semoga ini bukan pertemuan terakhir kali wahai geng F-Track - Yus, Nidzam, Farid, Pokku, Daus, Arip, Cikun, Sudin, Baim, Zul, Best, Atok, Alau, Faiz serta Atong, Aple, Fana, Dyen, Sop, Aisyah, dan Azwa berkaca mata.

Thursday, January 12, 2012

Syukur..


Diberikan lagu ni oleh seseorang yang istimewa..tq awak.



Lirik Istikharah Cinta - Sigma

Bersaksi Cinta Diatas Cinta
Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a

Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman

Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata

Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu

Di Istikharah Cinta..
Related Posts with Thumbnails