Wahh dah lama sangat aku takde kesempatan nak tengok fenomena jelapang padi kat kampung aku ni dituai. Yang terakhir aku tengok pon masa kecik-kecik dulu, masa tu memang heaven..ramai orang kampung keluar untuk tengok padi mereka dituai, ade yang saje nak tengok jentera penuai yang kitorang panggil 'mesin padi' je. Aku plak keluar sebab nak tangkap belalang yang biasanya tertuai sekali dengan padi, pastu goreng leh makan ranggup-ranggup...fuhhh.
Tapi sekarang dah tak macam dulu lagi dah, langsung takde kemeriahan. Pakcik-pakcik pemilik bendang je yang ade tolong temankan driver jentera penuai tu datang tuai padi milik dorang. Yang lain semua wat kerja masing-masing. Sedih je semua tu dah tinggal kenangan. Layan je lah gambar yang sempat aku snap masa balik kampung sempena raya haji aritu yek..
2 comments:
suka tengok saat padi mula menghijau nampak damai je.
eh,belalang boleh makan ke?
same jgk,padi menghijau amat mdamaikan kan..
knape belalang x blhkah? blh aje..hehe
Post a Comment