Saturday, February 2, 2013

Bukit Saga dan Air Terjunnya



Ke Bukit Saga ni dengan geng baru kenal, join dorang pun sebab nak kenal tempat ni yang belum pernah aku pergi walaupun hanya terletak di Ampang. Selain tu aku ke sini jugak untuk training ke Tahan pada CNY nanti kononnya.Namun yang paling menarik bagi aku untuk ke sini tentulah pakej yang disediakan iaitu air terjun yang kat gambar atas ni.

Kitorang jumpa di rumah seorang member dekat dengan Carrefour Ampang pada pagi Ahad 13 Jan. Sekitar pukul 10 sampai di kaki bukit dan kami mula mendaki sekitar jam 10.30am.


Lebih kurang 10 minit mendaki kami sampai di CP yang terdapat tokong budha dan kat sini ada 2 trek iaitu menghala ke puncak yang terdapat beirut dan satu lagi ke puncak lain.


Kami menghala ke puncak berbeirut yang juga laluan untuk ke air terjun. Lebih kurang setengan jam sahaja masa diambil untuk sampai di puncak dan setelah rehat 30 minit, kami terus ke air terjun pula yang melalui laluan menurun dan setelah 45 minit sampailah kami di air terjun.






Setelah puas mandi dan berborak bagai serta mengisi perut dengan juadah yang dibawa, kami pun mula bergerak pulang pada jam 1.45pm. Perjalanan pulang kami melalui trek lain yang melaui beberapa kem yang dibina penduduk sekitar. Macam meriah jugak tempat dorang buat tu.






Jam 3.15 petang sampailah kami semula di starting point. Sempat juga kami singgah di warung berdekatan Taman Saga untuk makan sebelum kitorang berpecah balik ke tempat masing-masing.

Friday, January 11, 2013

Menjengah Hutan Simpan Ayer Hitam



Ni trip pada sabtu lalu, 5 Jan yang juga trip pembuka tirai 2013 aku. Trip solo je sebab last minit punya plan. Kalau diikutkan dah lama aku nak pergi tempat ni sebab kata orang kat sini ada tempat cun. So banyak kali juga la aku cari kat internet pasal tempat ni. Memang cun, tambah-tambah kolam rahsianya. 

Lepas dapat info sikit-sikit, aku masuklah ke hutan simpan kat  Puchong ni buat kali pertama sekitar Julai tahun lepas. Nak tau apa jadi? 6 jam aku kat dalam tu, sesat. Tak jumpa langsung benda yang dicari dan dengan penatnya lagi,
memang kecewa masa tu. Padahal orang kawasan tu yang selalu masuk treking pon amik masa 2 jam je untuk keluar balik.

Then terasa nak pergi lagi. Dengan dapat info lebih sikit dan mungkin agak tepat, berpandukan peta sendiri aku pon kesana lagi sekali petang sabtu tu. Pukul 3 start trekking, 3.30 sampai CP, 4.05 sampai simpang air terjun. Lepastu aku start konfius balik dia punya trek. Tambahan dengan kedua-dua kasut yang tercabut tapak, lagi ternampak bekas tapak kaki haiwan liar, dan kedengaran anjing sedang menyalak dari jauh, aku pon berpatah ke trek yang satu lagi.

Dan 15 minit kemudian jumpalah ini.







Sebenarnya bukanlah kolam ni yang dicari. Sepatutnya kolam yang aku cari tu terdapat air terjun skali dan mungkin lagi dalam airnya. Tapi disebabkan matahari semakin tenggelam, aku port sini je. Dapat mandi-mandi sekejap pastu dalam 5.30 petang aku blah.

7.00 petang sampailah kembali kat starting point.


Tapi takpe, masih banyak masa untuk aku datang lagi ke sini. Mana tau percubaan kali ketiga baru membuahkan hasil kan.

Saturday, December 29, 2012

Gunung Nuang via Janda Baik



Tarikh: 16 Dis 2012 (Daypack)

7.45am: Start trekking
10.00am: Sampai Air Terjun Chemperoh dan rest
1.00pm: Sampai puncak!
3.00: Gerak turun
5.30: Sampai di starting point.


Lagi gambar2 menarik kami kat sini <link>

Tuesday, December 11, 2012

Bermalam di Tabur



Percubaan untuk kembali beraktiviti luar kali ini aku ke Bukit Tabur pada Sabtu dan Ahad minggu lepas. Sorang-sorang bermalam kat sana macam biasa saja, tak macam kat atas gunung yang boleh dengar macam-macam benda pelik. Kat sini hampir sepanjang masa kedengaran bunyi kenderaan di jalan-jalan raya di kaki bukit dan juga dari Lebuhraya Karak yang bersebelahan selain bunyi azan dari paling kurang 7 buah masjid berhampiran bila masuknya waktu solat.

Dan aku pun tidur dengan nyenyaknya sampai ke pagi...

Dan pagi Ahad tersebut, ramailah pendaki yang lalu nampak campsite aku dengan aku yang pura-pura tidur tak bergerak dalam hammock, saja malas tegur nanti panjang cerita pulak. Maka dikala aku senyap itu kedengaranlah suara-suara dorang yang komen pasal campsite aku malah tak kurang yang kutuk.

Antaranya "wah ade orang camping, bestnya..", "steady ar bro ni..." tapi ade jugak yang macam ni, "baru gaduh ngan bini kot", ape????

Ok dah, secara total misi solo aku ni berjalan dengan lancar. Kalu nak tengok gambar aku masa ekspedisi ni ada kat page fb blog ni [link]. Ada sikit gambar yang aku up kat sane.


p/s: kat atas tu gambar lame, takleh nak upload gambar baru dah kat blog ni katenya aku punya 1G volume free da penuh, kena beli kalu nak tambah lagi. Apeda blogspot, ingat free bebetol, upenya ade jugak udang di sebalik mee.
Related Posts with Thumbnails