Sunday, April 1, 2012

Indie Mari



Secara jujurnya kedua-dua buku diatas belum aku khatam lagi walaupun salah satunya sudah hampir sebulan ditinggalkan di ruang bilik rumah sewa tak kala aku keluar bekerja di siang harinya dan terus masuk mati seketika di malam harinya. Maafkan aku wahai buku berdua, korang ternyata bukan pilihan aku tika ini (ya aku suka berterus-terang). Namun hari penghujung minggu ni terdetik untuk aku coret tentang korang berdua di ruangan syok sendiri ini, sekurang-kurangnya ada jugak inisiatif dari aku untuk kalian, ye dak?

Mari mulakan dengan buku bertema kegelapan ini, Kontrol Histeria namanya, terbitan Lejen Press. Terhasil dari berpuluh geng bloggers yang bersatu dalam sebuah blog ini. Merupakan himpunan cerita-cerita fiksyen yang tak perlu aku terang panjang-panjang, cukup korang faham istilah tajuknya itu 'kontrol histeria'. Sekali lagi aku tekankan, "Sila KONTROL HISTERIA anda!".

" Dengan bertemakan pembunuhan dan saikopat, buku ini adalah sebuah buku anti hero, anti kemanusiaan dan secara terus mengangkat kegelapan dalam diri itu sebagai watak utama", bak kata salah seorang penulis di ruangan belakang buku itu.

Namun perlu juga aku ingatkan, sila maximumkan daya imaginasi otak anda jika mahu meresap seluruh kandungannya, jika tidak anda hanya akan mendapati ianya sebuah hasil yang tiada langsung kesan, lantas terus dibuang, mungkin. Jangan kata aku tidak ingatkan.

************


Buku ini pula, IRise: The Chronologies vol 1: IFall menyajikan pembacaan yang lebih releks aku kira. Menyusun kisah kejatuhan seorang bernama insan biasa sehingga mampu berdiri utuh kembali. Ni baru vol. 1, lagi tiga volume untuk di semadikan geng-geng dari Kerat Studio ni. Oh lupa aku mention di sini, ianya bertemakan kisah cintun yang gagal. Mungkin tekanan ke arah isu ini membuatkan para penulis atau lebih tepat kepala geng penulis rasakan ia mampu menarik golongan muda untuk teroka isi kandungannya. Aku sendiri sebagai yang tergolong dari kalangan itu merasakan ianya cukup baik diolah, hatta untuk yang tidak pernah rasai pengalaman serupa. Perlu diingat bahawa, ianya bersandarkan kepada kisah benar atau hampir benar terjadi sebelum dihampar semuanya dalam buku setebal 178 mukasurat ini.

Akhir kata, fall aplenty, rise wholeheartedly!


* trimas sedare bloggers si Sebelah Gelap, Dark Half, Hanif Boey, Dex Morgan etc. untuk sumbangan tak terhingga kalian.

5 comments:

Ren said...

bagusnya suka membaca buku.....

~* chirpy_chummy *~ said...

bestest! :D

ada lagi buku2 baru keluaran Kerat Studio yg sangat menarik. Try la visit their page : http://keratstudio.blogspot.com/

Al said...

Janggel,
haha..ikut mood jgk
kbanyakan masa malas nk baca
klu ms btol2 free je bace..

Mar,
dah tgk sne
tp yg ni pon blom abis bace lg..huhu

ghost said...

bagi Al buku macam bagi dia skateboard utk daki gunung. haha.

peneroka rimba dan penjejak puncak mmg perlukan masa yang lapang lagi luas utk habiskan satu-satu buku. Al bukannya penggembara benua yang perlukan buku sebagai peneman. tapi supportnya terhadap kita perlu dihargai. ya kan, Al? hihi

Al said...

hehe..stakat yg tmampu.

Related Posts with Thumbnails