Friday, November 25, 2011

Misi 111111 Puncak Chamah: Day 2



sambungan dari SINI

Log pendakian pada hari kedua;

8.30am : Mula gerak dari Kem Tengah
9.40am : Sampai di Kem Tongkat Ali (last waterpoint), rest dan ambil bekalan air (30 minit)
12.00pm : Sampai pula Anak Chamah
4.00pm : Akhirnya sampai di puncak Gunung Chamah! (Geng shooter sampai paling awal dan yang terakhir sampai ialah pada 7.00pm)

***************

Masa mula-mula gerak dari Kem Tongkat Ali pagi-pagi tu muka semua ceria je, yelah dah nak sampai puncak kan. Tapi bila sampai Anak Chamah dan seterusnya, semua moyok sudah. Nak wat camana, dari Anak Chamah ke puncak tu paling laju pun 4 jam naik turun permatang dengan melalui 7 puncak tipu! Dan dengan bawa air minimum 3 botol besar setiap orang..bayangkan betapa seksanya...hehe. Awal-awal guide cakap 2 jam je boleh sampai, rupanya kena tipu hidup-hidup. Sebabnya dia tak nak nanti kita mental, kalau belum sampai puncak dah down, habislah. Dan hasilnya alhamdulillah semua selamat sampai walaupun jarak masa antara geng shooter dengan sweeper sampai 3 jam..kesian sweeper tu, balik je terus demam.

Kem Tongkat Ali
Anak Chamah
Sempat je lelap..
Puncak!!!

Bila sampai je di puncak, semua pun gembira tak sudah. Misi tercapai, hati pun riang. Dan ada bonus yang kami dapat; melihat matahari terbenam dari puncak manakala malamnya pula dapat tengok bulan mengambang cahayanya sangatlah terang. Memang menarik.






 

bersambung lagi.. :)

sumber gambar: Zaki, Wei, Abu, Dodot, Aie

2 comments:

Siti Noor Aminah said...

best la aktiviti hang ni. syok je aku tengok.

Al said...

haa apelagi,jom r

Related Posts with Thumbnails