Wednesday, April 25, 2012
Tuesday, April 10, 2012
The Way Back [2010]
Satu cerita pengembaraan yang paling extreme penah aku tengok, dari sebuah buku bertajuk The Long Walk yang bersandarkan kisah benar. Menakjubkan cerita yang mengisahkan perjalanan banduan yang mahu melarikan diri dari tawanan pihak komunis Rusia di Kem Gulag, Siberia. Perjalanan sejauh 4000 batu yang memakan masa berbulan-bulan merentasi Rusia, Mongolia hingga ke Tibet kemudiannya sampai di India, pelbagai rintangan mereka hadapi. Bermula dengan 7 orang dan berakhir hanya 3 yang betul-betul sampai di India.
Ujian yang dihadapi pula bermacam-macam, dari kesejukan melampau bersalji, keperitan pergunungan Himalaya hinggalah melalui padang pasir yang kering kontang semua mereka tempuhi. Dari muka kemerahan menahan panahan mentari padang pasir, bibir merekah kerana kekurangan air hingga kaki melecet dan cedera kerana jauh berjalan, semuanya sangat memeritkan. Yang paling menarik minat aku adalah cara mereka survive selama berbulan-bulan itu. Macamana mereka hidup dengan makan ular berbisa, menggunakan simpanan air yang terhad, mengetahui arah berpandukan kedudukan matahari dan berlindung dari ribut salji serta ribut padang pasir.
Watak utama dan bertindak sebagai ketua pelarian adalah seorang askar Poland yang telah dikhianati isterinya sendiri. Sepanjang perjalanan mereka juga menghadapi persoalan setiakawan dan kemanusiaan dalam keadaan terdesak. Walau terselit kisah sedih dengan 3 orang berakhir dengan kematian, namun semangat mereka masih utuh untuk pastikan perjalanan mereka berjaya sampai ke destinasi yang selamat, dan mereka berjaya. Di pengakhiran cerita, watak utama kembali ke rumah setelah hampir setengah abad untuk berjumpa isterinya, dan dia memaafkannya atas apa yang telah dilakukannya dulu.
Sebuah pengisisan hujung minggu yang berbaloi bagi aku di sebalik kesibukan hari-hari kebiasaan!
Sebuah pengisisan hujung minggu yang berbaloi bagi aku di sebalik kesibukan hari-hari kebiasaan!
Sunday, April 1, 2012
Indie Mari
Secara jujurnya kedua-dua buku diatas belum aku khatam lagi walaupun salah satunya sudah hampir sebulan ditinggalkan di ruang bilik rumah sewa tak kala aku keluar bekerja di siang harinya dan terus masuk mati seketika di malam harinya. Maafkan aku wahai buku berdua, korang ternyata bukan pilihan aku tika ini (ya aku suka berterus-terang). Namun hari penghujung minggu ni terdetik untuk aku coret tentang korang berdua di ruangan syok sendiri ini, sekurang-kurangnya ada jugak inisiatif dari aku untuk kalian, ye dak?

Namun perlu juga aku ingatkan, sila maximumkan daya imaginasi otak anda jika mahu meresap seluruh kandungannya, jika tidak anda hanya akan mendapati ianya sebuah hasil yang tiada langsung kesan, lantas terus dibuang, mungkin. Jangan kata aku tidak ingatkan.
************

* trimas sedare bloggers si Sebelah Gelap, Dark Half, Hanif Boey, Dex Morgan etc. untuk sumbangan tak terhingga kalian.
Labels:
blogger,
blogosphere,
Contests and Gifts,
selitan
Subscribe to:
Posts (Atom)