Haihhh..semakin hujung taun semakin banyak lak kejenya. Saje je nak mencabar kesabaran aku. Dah dekat-dekat nak abih ni lah nak suh wat macam-macam. Apelah nasib seorang kuli kan..
Thursday, December 23, 2010
Tuesday, December 21, 2010
Mainan Budak-Budak Dulu Kala: Main Guli
Zaman main guli merupakan zaman paling terbaik aku ketika bergelar budak-budak. Tika itu aku seperti di puncak, mampu menggapai apa saje. Tapi sayang mainan ni hanya bertahan untuk satu season je. Lepas tu terus ilang bak debu-debu di awangan.
Tapi memori lama tu sungguh indah skali rasenya. Dengan suasana
lukisan masa kecik-kecik dulu |
Labels:
guli,
Kisah Masa Sekolah,
mainan traditional
Sunday, December 19, 2010
Siri Expedisi: Gunung Datuk #2
Masa: 13-15 Mac 2009
Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan.
Pendakian kali kedua ke Gunung Datuk ini adalah kerana mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kelab Eleta di fakulti aku. Perjalanan ke puncak berjalan lancar dengan semua peserta selamat sampai walaupon ade yang
Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan.
Pendakian kali kedua ke Gunung Datuk ini adalah kerana mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kelab Eleta di fakulti aku. Perjalanan ke puncak berjalan lancar dengan semua peserta selamat sampai walaupon ade yang
Thursday, December 16, 2010
Nak Sangat Mati?
Aku sket tertarik bile ade orang masuk blog ni dengan keyword alviss kong.Siapa alviss kong? Ape kena mengena dia dengan blog ni? Padehal aku x penah sentuh pon pasal tu, ni je baru nak tulis.
Kalo nak kira, rasenya ramai yang x pasan pasal tragedi tragis dia tu. Sebab x mendapat liputan pon dari berita atau akhbar perdana. Sekadar di akhbar berbahasa cina je. Tapi banyak yang menarik sbenarnya tentang kisah dia tu.
Kalo nak kira, rasenya ramai yang x pasan pasal tragedi tragis dia tu. Sebab x mendapat liputan pon dari berita atau akhbar perdana. Sekadar di akhbar berbahasa cina je. Tapi banyak yang menarik sbenarnya tentang kisah dia tu.
Wednesday, December 15, 2010
Pemergian-Mu Ditangisi
Pertama kali aku tengok video ni, aku tak rase ape-ape, macam video biase. Dengan grafiknya yang tidak seberape langsung tidak menarik perhatian aku pada masa itu. Dan aku terus saje klik pangkah di bucu.
Hari ini, video yang tidak seberape ini benar-benar menarik perhatian aku.
Monday, December 13, 2010
Kenapa Di Sini?
Ketika ini awan kelabu sedang berarak dengan lajunya. Angin pulak sedang membelai deras pokok-pokok yang sengaja ditanam sebagai hiasan. Dan aku pasti, sekejap lagi air-air beralkali akan turun mencurah bumi yang hangat sejak tengahari tadi. Seperti kebiasaannya.
Saturday, December 11, 2010
Siri Rekreasi: Kursus Rekreasi Tahap 2
Masa: 15-19 Jan 2007
Lokasi: Ayer Keroh, Melaka
Kursus ini dikelolakan oleh Persatuan Sukan Rekreasi Dan Mendaki Tembok Tiruan Negeri Melaka ( redtma ) yang juga di bawah naungan KBS. Keseluruhan kursus adalah sehingga ke tahap 4 dan pada tahap 2 ini anda
Friday, December 10, 2010
Hari Yang Suram
Semalam hari yang sket down bagi aku. Buat seketika aku bermuram durja.
Sume gara-gara satu panggilan telefon. Aaaahhhh suatu kabar yang tak menyenangkan tiba waktu tu. Suatu yang aku harapkan hanya tinggal harapan. Luluh berderai. Aku hampa. Bila tambah ngan sedih, aku jadi marah. Ya, amarah datang menguasai aku.
Wednesday, December 8, 2010
Mainan Budak-Budak Dulu Kala
Teringat aku pada zaman budak-budak dulu. Masa masih sekolah rendah.
Masa tu aku fully duk kampong. Sekolah pon depan rumah jek.
Jadi banyak la bergaul dengan budak-budak lain. Tak kira laki ke pompuan, sume macam satu kepala. Nak main, sume diajak sekali. Masa tu kecik lagi, so xde ape yang nak dikesahkan.
Masa tu memang best. Macam-macam kami main.
Monday, December 6, 2010
Salam Maal Hijrah
Terbenamnya fajar pada malam nanti maka tinggallah kita tahun 1431 H sebagai kenangan. Masuk pula ke tahun baru 1432 hijrah. Dan orang akan sibuk bertanya dah tercapai ke impian tahun lepas? Ape plak impian tahun baru? Sumenya soal impian termasuklah pencapaian materialistik.
Tapi bila kita sebut hijrah sangat mudah pengertian dia.
Tapi bila kita sebut hijrah sangat mudah pengertian dia.
Berubah kepada lebih baik
Sunday, December 5, 2010
Ada Apa Dengan Aku?
Pertama skali maaf kalau benda yang aku nak cite dalam entri ni membosankan sape-sape yang membaca. Tujuan aku tak laen tak bukan sebab nk jawab tag dari blogger yang telah mengetag aku je. Apahal aku jadi mood sedih nih?
Oppps hampir terlupa aku pasal award dari cik anis. Thanks lagi skali sudi bagi kat aku..
Seterusnya aku nak jawab tag dari fatin dan mungkin juga dari Dark Half.
Oppps hampir terlupa aku pasal award dari cik anis. Thanks lagi skali sudi bagi kat aku..
Seterusnya aku nak jawab tag dari fatin dan mungkin juga dari Dark Half.
Wednesday, December 1, 2010
Rogol Kau!
"Macammana ni?" tetiba Judin mulakan bicara.
Serentak dengan itu Maan terus menjawab,
Maan: Rogol je la.
"Ntah..main je la macamana pon", Ije pula mencelah.
Naim: Kalo xnak susah-susah main rogol je. Asalkan aku enjoy...
Aku: Apa-apa je lah..
Monday, November 29, 2010
Saturday, November 27, 2010
Memori Lama
Aku ade satu memori. Tentang sebuah ingatan yang kuat masa aku kecil dulu. Ingatan yang aku rasa akan bawa sampai bila-bila. Memori kekal.
Masa tu aku masih budak-budak sangat. Umur dalam 4 atau 5 tahun. Sentiasa girang bermain di kawasan rumah. Belum lagi masuk tadika pun. Tidak tahu apa itu membaca, menulis mahupun mengira.
Kejadian bermula di atas pokok. Bila masa aku yang sedikit aktif ini telah
Masa tu aku masih budak-budak sangat. Umur dalam 4 atau 5 tahun. Sentiasa girang bermain di kawasan rumah. Belum lagi masuk tadika pun. Tidak tahu apa itu membaca, menulis mahupun mengira.
Kejadian bermula di atas pokok. Bila masa aku yang sedikit aktif ini telah
Thursday, November 25, 2010
Aku Dan Blog
Masih lagi xpasti ape yang aku btol2 inginkan, trutama dengan blog nih.
Sebab tu masa lepas raya ni aku berlegar kat blog orang je. Tengok blogger2 lain tulis. Aku rase nak komen so aku komen. Yang aku
Tuesday, November 23, 2010
Siri Expedisi: Air Terjun Lepoh (#2)
Masa: 8 Ogos 2009
Lokasi: Ulu Langat, Selangor
Lokasi: Ulu Langat, Selangor
Expedisi kali kedua ke tempat ini adalah lebih menarik berbanding expedisi kali pertama yang pernah aku paparkan. Rata-rata orang yang aku bawak adalah first timer yang juga merupakan rakan-rakan sekuliah serta rakan serumah aku. Mereka hanya bersetuju apabila aku cadangkan tempat ni tanpa ketahui ape yang bakal mereka tempuhi terlebih dahulu sebelom sampai.
Namun yang pasti lebih banyak aksi yang pelbagai dapat dicipta pada kali ini.
Thursday, November 11, 2010
Raya Lagi!
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Sementelah aku balik kampong ni aku tinggalkan korang dengan koleksi lawak fesbuk ye.
Enjoy!
Tak cukup lagi?? Nah bace sampai pecah perot.
Masa untuk bergelak ketawa!
Masa untuk bergelak ketawa!
Wednesday, November 10, 2010
Lelaki vs Perempuan
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAH??
Tuesday, November 9, 2010
i-city Punya Kontes
Nah, aku join kontes lagi. Tak kisahlah, setakat suka-suka, bukannya salah pon kan.
Kontes ni dianjur blog Enna Banana. Sebab tamak sangat, aku masuk dua-dua kategori. Yeeeaaaha..
Kategori Individu
Monday, November 8, 2010
Cerita Hari Jumaat
Hasil dari keboringan tahap melampau pada hari Divali yang lalu, yang siangnya aku hanya terperap kat lab, lalu malamnya aku dengan selamba bergerak ke Jusco Bukit Raja. Buat ape? Ya, di kalangan budak-budak UiTM Shah Alam, sinilah tempat yang paling dekat dan sudah tentunya paling menjimatkan masa untuk berhibur dengan menonton wayang, selain shopping.
Sunday, November 7, 2010
Kalau Allah Itu Maha Baik, Kenapa Buat Neraka?
Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saturday, November 6, 2010
Si Cero Punye Epic!
Semenjak dua menjak ni mood nak update blog tak berape nak ade, so aku lepak kat blog orang je, salah satunya blog Cero. Ni sume si Dark punya pasal la rekomen kat aku haha
Last-last da banyak kali duk belek blog dia, aku masuk kontes yang dia wat. Kontes epic. Walaupun aku tak berape nak jadi kreatif time ni, tapi stil gatal nak masuk. Huhhh
Kepada Cero, sila trima penyertaan aku yang ntah pape ni.
Last-last da banyak kali duk belek blog dia, aku masuk kontes yang dia wat. Kontes epic. Walaupun aku tak berape nak jadi kreatif time ni, tapi stil gatal nak masuk. Huhhh
Kepada Cero, sila trima penyertaan aku yang ntah pape ni.
Wednesday, November 3, 2010
Siri Expedisi: Gunung Tebu (#2)
Masa: 19-20 Jan 2008
Lokasi: Besut, Terengganu
Pendakian kali ini adalah kesinambungan dari Siri Expedisi Gunung Tebu yang lalu. Expedisi ini dianggotai oleh hampir semua geng UV dengan kekuatan anggota seramai 12 orang.
Silalah nikmati pengembaraan kami yang penuh mendebarkan ini. Hehe
Tuesday, November 2, 2010
Solat, Penting Ke?
Video ni dah lame pun ade kat you tube, dan aku tau ramai yang da tengok pun. Baru-baru ni pun ade video yang lebih kurang macam ni keluar dekat Oh Islam.
Monday, November 1, 2010
Kelantan Di Puncak!
Kelantan bertahta di puncak arena bola sepak tempatan setelah menjuarai Piala Malaysia 2010 dengan menumbangkan juara bertahan musim lalu, Negeri Sembilan. Kelantan yang juga naib juara musim lalu berjaya membalas dendam kepada Negeri Sembilan dengan kemenangan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelantan yang pernah 3 kali ke final Piala Malaysia iaitu pada 1955, 1970 dan 2009 akhirnya berjaya menggondol piala terunggul tersebut buat sekian kalinya pada final kali ini.
Tiupan wisel penamat pengadil Piala Dunia, Subkhiddin Mohd
Tiupan wisel penamat pengadil Piala Dunia, Subkhiddin Mohd
Saturday, October 30, 2010
CUTEST BABY CONTEST " bersama Sinar Raudah...
Terasa nak join kontes lagi. Yang ni dari blog Sinar Raudah.
Saje-saje je masuk, kalah menang belakang cerita.
Lagi skali aku pertaruhkan gambar anak buah aku, tapi ni yang lain plak.
Friday, October 29, 2010
Takde Motif
Ape motif aku amik gambar jam kat atas tu ek? Rasanya sebab menarik pada aku kot. Menarik ke? Ape yang menariknya? Unik? atau pelik??
Kat bawah ni gambar dia macam nak sama tapi tak serupa. Lagi
Wednesday, October 27, 2010
Ada Apa Dengan Mualaf
Di sini aku ingin kongsikan kisah berkaitan mualaf yang diceritakan oleh sahabat aku. Kisah ni hanyalah secebis dari ujian2 yg pernah dialami seorang yg bergelar mualaf. Tengoklah betapa susahnya permulaan hidup seorang mualaf di malaysia yang hanya mahu mengamalkan cara hidup mengikut ajaran islam.
Mualaf Life
Pasti sume org tertanya2. kenapa tajuk ni .. Sekadar Berkongsi
Monday, October 25, 2010
Siri Expedisi: Air Terjun Lepoh
Masa: 14 Jun 2009
Tempat: Ulu Langat, Selangor.
Tempat: Ulu Langat, Selangor.
Air Terjun Lepoh ni terletak dekat dengan kawasan Sungai Congkak. Tempat ni juga sesuai untuk para peminat hiking sebabnya untuk sampai ke kawasan air terjun perlu berjalan melalui dusun dan seterusnya mendaki bukit yang mengambil masa kira-kira 1 jam. Bermandi peluh jugak la sebelom boleh sampai.
Tapi yang bestnya kat air terjun nanti anda boleh mencuba aktiviti
Sunday, October 24, 2010
Piala Malaysia 2010: Kelantan Ke Final
Akhirnya sampailah sudah Piala Malaysia 2010 ke peringkat akhir. Kedua-dua pasukan yang bakal bertembung pun sudah diketahui. Dan ianya kelihatan seperti ulangan Piala Malaysia 2009 yang lalu.
Malam tadi, Negeri Sembilan mara selepas membenam Johor Fc dengan agregat 2-1, manakala Kelantan pula tewaskan Kedah dengan agregat 1-0.
Malam tadi, Negeri Sembilan mara selepas membenam Johor Fc dengan agregat 2-1, manakala Kelantan pula tewaskan Kedah dengan agregat 1-0.
Setelah gempar sementara ketika suku akhir pertama akibat
Thursday, October 21, 2010
Lawak Oghe Klate
Kalo orang klate bace ni, konfem tergelak habis. Tapi bagi yang lain, mungkin susah sket nak masuk dalam kpale. Apapun, layan je..
Kantoi 1
Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru
baco sapa abis ni.baru demo pehe..buleh tehe nk suko selok..kawe guling bating do-de-do-de baco..hahaha..
Kantoi 1
Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru
Tuesday, October 19, 2010
Siri Expedisi: Gunung Angsi
Masa: 16-17 Oktober 2010
Lokasi: Ulu Bendul, Negeri Sembilan
Lokasi: Ulu Bendul, Negeri Sembilan
Waaaahhh..dah lame rasanya aku tak jenguk blog ni. Padahal baru 3 hari je pun haha.
Hal sebenarnya hujung minggu lepas aku join expedisi mendaki
Friday, October 15, 2010
Siri Expedisi: Gunung Nuang
Masa: 19-20 Julai 2008
Lokasi: Hulu Langat, Selangor
Lokasi: Hulu Langat, Selangor
Post kali ni adalah log pendakian aku ke puncak tertinggi di Selangor pula.
Pendakian kali ini disertai 4 orang geng UV iaitu Hilmi, Wan, Fizi dan juga aku. Tujuan kami adalah untuk reeky kerana nanti kami
Wednesday, October 13, 2010
Ragam Piala Malaysia: Selangor vs Kelantan
Ya, seperti yang kita semua sedia maklum, bola sepak di Malaysia bukan sekadar bola sepak saje, tetapi termasuk jugak segala macam peel para pemain ke-12 - penyokong.
Aku semalam sempat tengok perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Shah Alam. Dan seperti sebelom-sebelomnya, tak penah rasa aman bila tengok bola, ade saje mercun-mercun, provok-memprovok, baling botol, kerusi dan tidak dilupa gaduh-gaduh.
Tuesday, October 12, 2010
Siri Expedisi: Gunung Tebu
Masa: 3 Julai 2007
Lokasi: Besut, Terengganu
Lokasi: Besut, Terengganu
Ni first time aku gi Gunung Tebu untuk tujuan reeky sebab nanti nak bawak orang plak. Aku gi bertiga je dengan berkereta terus boleh masuk sampai di kaki gunung iaitu kawasan air terjun Lata Belatan.
Nak gi gunung ni kalo dari Kota Bharu ambik masa dalam 1 jam
Tempat parking dekat pintu masuk |
Nak gi gunung ni kalo dari Kota Bharu ambik masa dalam 1 jam
Monday, October 11, 2010
Perihal Di Rumah Sewa
Aku dulu penah duk rumah sewa. Ade dalam 2 tahun jugak la. Sebenarnye banyak cerita klau da duk rumah sewa ni.
Kalau sume satu kepala ok la. Tapi klau ade yang lain sket, apalagi, dikutuk habis-habis dan dipulaukan. Har har.
Rumah kitorang dulu ok la. Boleh terima keadaan serta pesen sorang-sorang tu. Walaupun kutuk mengutuk tu sentiasa je ade.
Biase la kalo camni kan, rumah orang bujang katekan.. |
Ok, ni nak story sket. Depan rumah aku tu pompuan yang
Sunday, October 10, 2010
Bw Award!!!
Tak sangka plak takde angin takde ribut tetiba dapat award. Thanks ya Cik Anis tagkan aku. Sungguh terharuu...
Dah lame jugak aku prasan pasal award ni, tapi tak ambil kisah la. Biar la orang lain je dapat. Tup tup aku pun dapat gak. So dah orang bagi, aku trima je lah kan.
Ok, masa ntok jawab soklan plak. Ni yang aku lemah ni, dapat
Wednesday, October 6, 2010
Siri Expedisi: Gunung Datuk
Masa: 26-27 Jan 2007
Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan
Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan
Ini merupakan post pertama aku mengenai aktiviti mendaki gunung yang aku pernah join. Gunung Datuk adalah gunung pertama yang aku daki, iaitu masa awal-awal aku masuk UiTM dulu, lepas tu aku teruskan minat aku ke beberapa buah gunung lain lagi.
Aktiviti ni diatur sendiri oleh team kami, iaitu team Ultimate Venture kami namakan. Perjalanan kami dari Shah Alam dimulakan dengan menaiki KTM ke Seremban.
Ya, kami hanya menaiki bas lompat sahaja dari Seremban ke
Tuesday, October 5, 2010
Pengemis Mewah
Layan video ni dulu...
Mula-mula skali aku tau, ni kisah orang barat, dan bukan islam. Tapi benda baik, ape salahnya diikut. Kiranya dia tetap usaha nak dapat duit walaupun sebagai pengemis, ikon yang dipandang hina di kalangan manusia.
Tapi tidak di Malaysia, kenapa?
Monday, October 4, 2010
........... Seorang Blogger
Haihh..dimana aku skarang? Adakah aku masih berpijak di bumi yang nyata? Suatu ketika dulu aku ade jugak perasan sensorang, nak jadi itu la, nak jadi ini lah, tapi...Oh jap, baru aku teringat, rupanya aku masih menganggur.
Tapi sebagai penganggur lah aku diperkenalkan dengan dunia blog, kalau tak XPDC Si Ali takkan wujud pun. Apakah nasib belog ni kalau aku da bz ngan kerja nanti ya?
Sekarang aku kerja part time pun blog trumbang ambing lagi. Nak wat genre ape pun aku tak tau lagi. Kejap pasal diri aku, kejap pasal isu semasa, pastu letak gambar, video, ntah ape-ape lagi lepas ni. Haih, nak tulis blog pun nak pikir macam-macam hal, lebih dari orang yang alami krisis pertengahan omor lagaknya. Apelah ko ni, blog je pun.'Ko tulis je ape yang ko nak'. Tu adalah ayat aku masa mula wat blog dulu.
Jadi, ade baiknya aku xpayah pikir pepanjang. Terasa nak update, update, klo tak nak, tak payah. Kan senang.Walaupun baru sebulan lebih aku join blog ni, tapi dah macam-macam benda baru sebenarnya aku jumpa. Nak-nak lagi pesen-pesen blogger, macam-macam.Ade serius, sengal, kutuk-kutuk, luahan hati...
Kawan pun makin ramai, ade yang datang pastu blah, datang terus datang, siap boleh nak gaduh-gaduh lagi. Aih!
Ok, cukup takat ni je kot. Ko ingat orang nak sangat ke bace bebelan ko. Ok sori.
Mungkin aku patut aktif mendaki gunung kembali..humm |
Sunday, October 3, 2010
Hidup Aku Pilihan Aku!
Aku jumpa video ni awalnya kat fesbuk, then aku cari kat you tube, ade gak. So aku donlod letak sini sebab pada aku video ni boleh bawa makna something kat semua orang.
Video ni ringkas je cerita dia, mudah nak faham dengan mesej dia pun jelas. Aku harap video ni sedikit sebanyak dapat buat anak2 muda zaman sekarang macam aku ni fikir dalam2 sepanjang hidup ni. Ajal maut di tangan tuhan..huhu
Layan je lah inisiatif aku yang tak seberapa ni.
Friday, October 1, 2010
Cute Little Muslim & Muslimah Contest
Hahahaaha (Awal-awal lagi da gelak, takde adab langsung) Maafkan daku ye, aku masih tak percaya akan join contest baby lagi, haha
Lagi skali anak sdara aku nak masuk contest (atau lebih tepat giveaway) ni...
Nama: Nur Alya Sabrina
Umur: 1 tahun 9 bulan
Tarikh Lahir: 15 Dis 2008
Kategori: 1B
Harapan: Pakcik nak tengok Alya jadi muslimah yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Juga jangan dilupa untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan buat kedua-dua orang tuamu.
Ok, contest yang ni dianjur oleh blog contest4anas dan asha's family.
Segala syarat berkaitan contest dan ape benda nak kena buat ade kat sane.
Segala syarat berkaitan contest dan ape benda nak kena buat ade kat sane.
Harap dapat menang, cute ape kan.hehe
Last skali, aku nak tag blogger berikut;
Thursday, September 30, 2010
Peraduan Dari OhPemandu.com
Dah kering idea nak update blog, contest je lah aku masuk, senang benda pun free.
Untuk second contest aku ni dari website OhPemandu.com milik brader Zool. Sebenarnya da lama dia start contest ni, dan yang paling menarik, hari ni last. Haha adakah aku peserta last? Harap ada tuah.
Untuk second contest aku ni dari website OhPemandu.com milik brader Zool. Sebenarnya da lama dia start contest ni, dan yang paling menarik, hari ni last. Haha adakah aku peserta last? Harap ada tuah.
Tengok header dia pun da tau camane |
Ape yang nak kena buat??
1)Tulis sebab kenapa suka nyibuk kat website OhPemandu.com
2)Buat mak. 3 cadangan tagline untuk website OhPemandu.com
Nampak macam senang tapi kena pikir jugak la sket-sket. Hadiah pun lumayan jugak.
So alasan aku bagi soklan pertama tu sebabya adalah aku ni memang menjadi tabiat sejak kecik sangat suka tengok bende-bende pelik kat dunia ni. Dan di OhPemandu.com sudah tersedia semua ragam pelik bin ajaib para pemandu, termasuklah ragam kenderaan mereka, macam-macam ada. Yang paling penting, bila masuk je sane, kena pastikan perut aku mampu dikawal sebab benda yang kat dalam tu mampu buat korang pecah perut, nak nangis pun ade. Tak caye?? try korang pegi sane aku nak tengok..hehe
Untok soklan kedua plak, ni cadangan aku
a) Satu-satunya blog pujaan pemandu-pemandu di Malaysia
b) Apabila pemandu mula kreatif, kenderaan menjadi mangsa
b) Apabila pemandu mula kreatif, kenderaan menjadi mangsa
c) Pelbagai ragam pemandu yang mampu buat anda tidak kering gusi
Akhir sekali pada sape-sape yang nak join, sile ke http://ohpemandu.com/2010/07/peraduan-mencari-tagline-untuk-ohpemandu/ . Masih sempat lagi ni..
Akhir sekali pada sape-sape yang nak join, sile ke http://ohpemandu.com/2010/07/peraduan-mencari-tagline-untuk-ohpemandu/ . Masih sempat lagi ni..
Tuesday, September 28, 2010
Contest Bersama Si Kecil
Buat julung-julung kalinya aku nak merasa join contest.
Tapi contest ni bukan contest yang biasa seorang lelaki macam aku masuk, sebab ni contest baby, haha. Aku sendiri pun nak pening pikir patut tak join, tp last2 join gak..huhu. Okeh, korang tolong jangan gelak plak. Walaupun aku laki, tapi dalam hati ada taman, dalam taman ada dot..dot..dot..hehe.
Ni dia gambar aku pertaruhkan.
Ni anak sedare aku ye.harap maklum. |
Lupa plak, contest ni dianjur oleh Cik Gayah ye. Segala butiran contest ade dekat blog beliau. Klo korang berminat gak, pegi je sane terus.
Di sini aku nak tag jejaka-jejaka ensem berikut;
Sunday, September 26, 2010
Kisah Benar Di Tanah Suci
Buat kali ini aku ingin kongsi kisah benar dari seorang kawan seislam di facebook iaitu Mia Nursofiya Abdul Rahman. Aku hanya copy paste sahaja kisah beliau supaya keaslian kisah asalnya dijaga dan tiada ditokok tambah. Kepada yang sudah membaca kisah ini, harap dapat disebarkan lagi manakala yang pertama kali baca bolehlah jadikan iktibar sepanjang hidup anda sebagai seorang muslim.
Pramugari Koma di tanah suci... MESTI BACA!!
Untuk renungan bersama ......
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit..
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa \nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."
"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Saturday, September 25, 2010
Lawak Politik Indonesia
Kiranya anda ada masa terluang dan tak tahu nak buat ape di hari minggu ni moga video ni dapat menceriakan hari anda...
sumber youtube
Tuesday, September 21, 2010
Journey of a Life
Hargai kehidupan kita...
Dilahirkan tanpa secalit dosa |
Membesar penuh keperluan |
Belasan tahun dalam keriangan |
Muda remaja dipenuhi gelak tawa |
Kegemilangan yang menjadi perhatian ramai |
Semakin meniti usia semakin dibiarkan |
Mengerah sisa-sisa kudrat terakhir |
Tidak lagi berguna hanya membawa beban |
Tiada di dunia terus sahaja dilupakan |
Subscribe to:
Posts (Atom)