Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #007



Tuesday, April 10, 2012

The Way Back [2010]



Satu cerita pengembaraan yang paling extreme penah aku tengok, dari sebuah buku bertajuk The Long Walk yang bersandarkan kisah benar. Menakjubkan cerita yang mengisahkan perjalanan banduan yang mahu melarikan diri dari tawanan pihak komunis Rusia di Kem Gulag, Siberia. Perjalanan sejauh 4000 batu yang memakan masa berbulan-bulan merentasi Rusia, Mongolia hingga ke Tibet kemudiannya sampai di India, pelbagai rintangan mereka hadapi. Bermula dengan 7 orang dan berakhir hanya 3 yang betul-betul sampai di India.

Ujian yang dihadapi pula bermacam-macam, dari kesejukan melampau bersalji, keperitan pergunungan Himalaya hinggalah melalui padang pasir yang kering kontang semua mereka tempuhi. Dari muka kemerahan menahan panahan mentari padang pasir, bibir merekah kerana kekurangan air hingga kaki melecet dan cedera kerana jauh berjalan, semuanya sangat memeritkan. Yang paling menarik minat aku adalah cara mereka survive selama berbulan-bulan itu. Macamana mereka hidup dengan makan ular berbisa, menggunakan simpanan air yang terhad, mengetahui arah berpandukan kedudukan matahari dan berlindung dari ribut salji serta ribut padang pasir.


Watak utama dan bertindak sebagai ketua pelarian adalah seorang askar Poland yang telah dikhianati isterinya sendiri. Sepanjang perjalanan mereka juga menghadapi persoalan setiakawan dan kemanusiaan dalam keadaan terdesak. Walau terselit kisah sedih dengan 3 orang berakhir dengan kematian, namun semangat mereka masih utuh untuk pastikan perjalanan mereka berjaya sampai ke destinasi yang selamat, dan mereka berjaya. Di pengakhiran cerita, watak utama kembali ke rumah setelah hampir setengah abad untuk berjumpa isterinya, dan dia memaafkannya atas apa yang telah dilakukannya dulu.

Sebuah pengisisan hujung minggu yang berbaloi bagi aku di sebalik kesibukan hari-hari kebiasaan!

Sunday, April 1, 2012

Indie Mari



Secara jujurnya kedua-dua buku diatas belum aku khatam lagi walaupun salah satunya sudah hampir sebulan ditinggalkan di ruang bilik rumah sewa tak kala aku keluar bekerja di siang harinya dan terus masuk mati seketika di malam harinya. Maafkan aku wahai buku berdua, korang ternyata bukan pilihan aku tika ini (ya aku suka berterus-terang). Namun hari penghujung minggu ni terdetik untuk aku coret tentang korang berdua di ruangan syok sendiri ini, sekurang-kurangnya ada jugak inisiatif dari aku untuk kalian, ye dak?

Mari mulakan dengan buku bertema kegelapan ini, Kontrol Histeria namanya, terbitan Lejen Press. Terhasil dari berpuluh geng bloggers yang bersatu dalam sebuah blog ini. Merupakan himpunan cerita-cerita fiksyen yang tak perlu aku terang panjang-panjang, cukup korang faham istilah tajuknya itu 'kontrol histeria'. Sekali lagi aku tekankan, "Sila KONTROL HISTERIA anda!".

" Dengan bertemakan pembunuhan dan saikopat, buku ini adalah sebuah buku anti hero, anti kemanusiaan dan secara terus mengangkat kegelapan dalam diri itu sebagai watak utama", bak kata salah seorang penulis di ruangan belakang buku itu.

Namun perlu juga aku ingatkan, sila maximumkan daya imaginasi otak anda jika mahu meresap seluruh kandungannya, jika tidak anda hanya akan mendapati ianya sebuah hasil yang tiada langsung kesan, lantas terus dibuang, mungkin. Jangan kata aku tidak ingatkan.

************


Buku ini pula, IRise: The Chronologies vol 1: IFall menyajikan pembacaan yang lebih releks aku kira. Menyusun kisah kejatuhan seorang bernama insan biasa sehingga mampu berdiri utuh kembali. Ni baru vol. 1, lagi tiga volume untuk di semadikan geng-geng dari Kerat Studio ni. Oh lupa aku mention di sini, ianya bertemakan kisah cintun yang gagal. Mungkin tekanan ke arah isu ini membuatkan para penulis atau lebih tepat kepala geng penulis rasakan ia mampu menarik golongan muda untuk teroka isi kandungannya. Aku sendiri sebagai yang tergolong dari kalangan itu merasakan ianya cukup baik diolah, hatta untuk yang tidak pernah rasai pengalaman serupa. Perlu diingat bahawa, ianya bersandarkan kepada kisah benar atau hampir benar terjadi sebelum dihampar semuanya dalam buku setebal 178 mukasurat ini.

Akhir kata, fall aplenty, rise wholeheartedly!


* trimas sedare bloggers si Sebelah Gelap, Dark Half, Hanif Boey, Dex Morgan etc. untuk sumbangan tak terhingga kalian.
Related Posts with Thumbnails