Hari khamis lepas pergi rumah sedara kat Kluang, Johor sebab rasa dah lama tak ziarah menziarahi..haha percayalah ya. Tahukan anda sekarang sedang musim durian?
Ok, dua ayat diatas ade kaitan sebenarnya. Aku ke Kluang sebab nak merasa durian free je, maklumlah aku ni memang antu durian, sebab kalo duk Shah Alam ni kena beli sendiri, mahal plak tu. Jadi demi merasa durian free, aku masih sanggup keluarkan duit untuk beli tiket pergi balik. Dan habuannya tersangatlah lumayan. Ummmmphh..
Lepas dapat merasa durian 2 hari tanpa henti dan terasa tersangatlah puas hati ini, tibalah masa untuk balik semula ke tempat asal. Oleh sebab aku ade hal nak kena setel, terpaksa balik hari sabtu, 9hb Julai. Dan aku hampir lupa aritu kota KL sedang berlaku sesuatu yang besar. Namun nak wat camana, redah je lah.
Pagi nak bertolak tu, bila naik atas bas, hanya dua orang je penumpang termasuk aku. Sah! ni sume penangan BERSIH. Sume takut nak masuk KL. Lepastu driver bas leh plak bagitau semalamnya jalan jam sampai 2 jam..lagila aku mengurut dahi..
Apepun perjalanan tetap diteruskan. Seperti disangka, banyak roadblock dibuat, tak silap aku sampai 4 roadblock sepanjang ke KL tu. Nasib baik sume tak jam sangat.
Akhirnya sampai jugak di KL. Bas terus masuk Terminal Bandar Tasik Selatan. Kat sini ok je keadaan walaupun boleh nampak pakcik-pakcik polis kat mana-mana.
Lepastu aku terus amik komuter ke Shah Alam. Malas lah nak layan sume demonstrasi tu. Kang tak pasal-pasal kena tangkap. Apepon kat KL Sentral, keadaan macam biasa, komuter masih dengan trademark 'tin sardin'nya.
p/s:dengar-dengar ade yg mati sebab kena water cannon ngan gas pemedih mata, eyh?