Tuesday, March 29, 2011
Siri Rekreasi: Cabaran Orienteering
Masa: 25 - 27 Mac 2011
Lokasi: Pagoh, Muar, Johor
Percaya atau tidak ini kali pertama aku masuk pertandingan orienteering. Selama ni hanya tahu dan praktis sket2 je, real competition tak penah masuk. Tenyata cabaran pertandingan sebenar tak seperti yang kita jangkakan. Bukan stakat stamina yang slack, benda basic pon boleh terlepas pandang bila sudah kelam kabut pada hari pertandingan. Nak kata apelagi, experience tu sangat penting.
Friday, March 25, 2011
Video Paling Gempak Di Klate Minggu Ni
Cubaan bunuh diri di KB Mall, 24 Mac 2011, 4.00 pm.
Pengakhirannya gadis tersebut selamat.
*video ni bukan bermaksud untuk menghina mahupun membuka aib sesiapa, sekadar berkongsi. Terserah kepada anda bagaimana mentafsirkannya.
* Amacam commentator tu, agak2 ade bakat jd pengulas game bola sepak x?haha
sumber fesbuk, trimas kpd Haniff Adzhan

Thursday, March 24, 2011
Siri Rekreasi: Abseiling
Masa: 19 Mac 2011
Lokasi: Menara S&T, UiTM Shah Alam, Selangor.
Yeahh dah lame aku tunggu nak wat abseiling ni. Kali ni aku join sebagai sebahagian daripada technical team yang menganjurkan aktiviti abseiling untuk students di sini. Dari tingkat 10, kami handle para students yang ingin cuba alami aktiviti ini. Pelbagai ragam kami temui sehingga ade yang dah nak turun tapi tetibe je tak jadi, punyala takut bila nak start turun tu.Tu tak kira lagi yang siap menangis, tapi bila da sampai kat bawah, boleh plak gelak kemain lagi, haih macam2. So tak nak celoteh banyak, layan je lah gambar yang tak seberapa ni.
Monday, March 21, 2011
Siri Expedisi: Air Terjun Chiling #2
Masa: 13 Mac 2011
Lokasi: Kuala Kubu Bharu, Selangor
Kali ni aku ke Sungai Chiling ngan geng K-recT plak. Dan tempat air terjun yang aku gi ni bukan lagi kat tingkat bawah yang dulu tu, yang ni aku naik ke tingkat atas plak. Lagi best bukan saje sebab tak ramai orang, tapi jugak sebab tempatnya yang redup dan airnya yang berombak kuat macam kat pantai dah. Memang puas hati wa kata lu.
Kami sampai di sini sedikit lewat dalam pukul 11 pagi. Pada mulanya kami sampai di air terjun pertama dulu, tapi disebabkan kat situ sudah dipenuhi orang, kami pon bersepakat naik ke air terjun atas je. Lagipon yang trip haritu aku tak sempat nak merasa tingkat atas. So kami berpatah balik ke lintasan sungai ke-6 dan melalui trek mendaki di sebelah lintasan sungai tersebut.
Trek yang mencongak sedikit meletihkan tapi nasib baik kejap je da sampai di air terjun tingkat 2. Namun air terjun ni tidak dapat dimasuki pengunjung kerana dikelilingi oleh gaung curam. Stakat amik gambar je la.
Dalam seminit perjalanan lagi ke depan, barulah kami jumpa air terjun tingkat 3. Seperti yang diperkatakan, sini sangat kurang orang mungkin kerana ramai yang tidak ketahui. Pada masa kami sampai, hanya satu grup saje yang ade sedang mandi di bawah air terjun tersebut.
Tidak lama kemudian grup tersebut balik dan tinggal kami yang conquer. So tanpa buang masa kami mandi sepuasnya. Berdekatan air terjun, walaupon airnya cetek namun arusnya yang kuat berombak sangat menguji ketahanan kami untuk terus mendekati bawah air terjun, satu keadaan yang blom pernah aku jumpa di tempat air terjun lain.
Kemudian kami pon mula lakukan aksi kegemaran iaitu aktiviti terjun dalam air dengan aksi tersendiri kami. Apa yang boleh dikata, kami puas hati dapat lepaskan segala kemahuan kami di sini.
Setelah puas menikmati segala aksi dan panorama di sini, lebih kurang pukul 2 petang barulah kami beredar. Ternyata Sungai Chiling berjaya menambat hati kami pada kali ini. Langkah pihak pengurusan yang mengenakan kawalan ketat terutamanya pembukaan yang pada hujung minggu sahaja berjaya mengekalkan kawasan ini dari sebarang pencemaran dan diharap dapat terus menjadikan Sungai Chiling sebagai tempat perkhelahan terbaik di Selangor.
Lokasi: Kuala Kubu Bharu, Selangor
Kali ni aku ke Sungai Chiling ngan geng K-recT plak. Dan tempat air terjun yang aku gi ni bukan lagi kat tingkat bawah yang dulu tu, yang ni aku naik ke tingkat atas plak. Lagi best bukan saje sebab tak ramai orang, tapi jugak sebab tempatnya yang redup dan airnya yang berombak kuat macam kat pantai dah. Memang puas hati wa kata lu.
Kami sampai di sini sedikit lewat dalam pukul 11 pagi. Pada mulanya kami sampai di air terjun pertama dulu, tapi disebabkan kat situ sudah dipenuhi orang, kami pon bersepakat naik ke air terjun atas je. Lagipon yang trip haritu aku tak sempat nak merasa tingkat atas. So kami berpatah balik ke lintasan sungai ke-6 dan melalui trek mendaki di sebelah lintasan sungai tersebut.
lintasan sungai ke-6 |
air terjun tingkat 2 |
Tidak lama kemudian grup tersebut balik dan tinggal kami yang conquer. So tanpa buang masa kami mandi sepuasnya. Berdekatan air terjun, walaupon airnya cetek namun arusnya yang kuat berombak sangat menguji ketahanan kami untuk terus mendekati bawah air terjun, satu keadaan yang blom pernah aku jumpa di tempat air terjun lain.
Kemudian kami pon mula lakukan aksi kegemaran iaitu aktiviti terjun dalam air dengan aksi tersendiri kami. Apa yang boleh dikata, kami puas hati dapat lepaskan segala kemahuan kami di sini.
Setelah puas menikmati segala aksi dan panorama di sini, lebih kurang pukul 2 petang barulah kami beredar. Ternyata Sungai Chiling berjaya menambat hati kami pada kali ini. Langkah pihak pengurusan yang mengenakan kawalan ketat terutamanya pembukaan yang pada hujung minggu sahaja berjaya mengekalkan kawasan ini dari sebarang pencemaran dan diharap dapat terus menjadikan Sungai Chiling sebagai tempat perkhelahan terbaik di Selangor.
Akan kami ke sini lagi di masa akan datang! |
Friday, March 18, 2011
Tip: Hindari kahwin wanita yang enam
Jangan engkau kahwini wanita yang enam (6). Jangan yang ANANAH, yang MANANAH, dan yang HANANAH. Jangan engkau kahwini juga wanita yang HADAQAH, yang BARAQAH dan yang SYADAQAH.
Wanita Ananah:- Banyak mengeluh dan mengadu. Tiap saat mengolok-olokkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:- Suka membangkit-bangkitkan sesuatu perkara terhadap suami. Wanita jenis ini sering mengatakan, "Aku melakukan itu keranamu".
Wanita Hananah:- Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain. Yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya daripada suami yang lain.
Wanita Hadaqah:- Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap-tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:- Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari megilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan sebahagiannya.
Wanita Syadaqah:- Banyak mengatakan sesuatu yang tidak menentu.
Dicatat oleh Imam Ghazali...
sumber: Bjue Corner
Wednesday, March 16, 2011
Siri Expedisi: Gunung Angsi #2
Masa: 12 Mac 2011
Lokasi: Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Kali ni aku ke Gunung Angsi atas dasar sukarela sertai sebagai guide untuk program pendakian amal oleh bekas fakulti aku dulu bersama Timbalan Naib Canselor HEPA. Nak lagi menarik, kami juga secara kebetulan disertai pelatih2 bekas persatuan aku iaitu Kembara yang membawa pelatih seramai 50 orang lebih. Namun skuad Kembara ke sana untuk perkhemahan mereka di Hutan Rekreasi Ulu Bendul tersebut sedangkan kami dari FKE hanya untuk pendakian hari sahaja.

Friday, March 11, 2011
Siri Rekreasi: WhiteWater Rafting
Masa: 15 Januari 2011
Lokasi: Sungai Kampar, Gopeng, Perak
sambungan dari sini
Akhirnya aktiviti yang ditunggu selame ni tiba jua. White water rafting, apelagi yang boleh dikata, memang best! Aktiviti yang menjanjikan pengalaman yang mendebarkan. Anda tidak akan mampu memastikan ape yang bakal berlaku, bila-bila masa anda boleh jatuh dalam air, bila-bila mase bot anda boleh terbalik. Tapi dengan setiap langkah keselamatan diri yang diaplikasi, anda mampu merasai pengalaman yang akan anda kenangi sepanjang zaman.

Wednesday, March 9, 2011
Itu Dulu, Kini Dah Lain, Masa Depan?
Dari kiri: Siti, Saf, Wan, Ayie, Syafiqa, Izma, Naguib, dan Aku |
Ok aku da mula nampak blog ni akan update skali sminggu je lepas ni, atau mungkin lebih teruk, sebulan skali.haha. Kalo dulu bukan main nak maintain paling kurang 2 hari satu entri, skrang? Da xde makna dah sume tu. Sume gara-gara kehidupan yang makin membizikan diri ni, tambah lagi ngan mood blogging yang makin hari makin rendah kapasitinya. Jadi aku hanya akan ikut naluri sedia ada, nak tulis aku tulis, xnak tulis xyah gatal tangan. Nak plan macam ade sorang tu penah cakap?haha aku bukannya ade komitmen sangat dalam blogging. Tapi seb bek aktiviti luar masih berjalan macam dolu2 so boleh la nak update skali skala tu. Ok tq kepada yang sudi membaca coretan drastik ni. Jap lagi nak lepak mamak tengok bola 'Clash of the brotherhood' plak, sempat lagi tu. Chao..
Labels:
blogosphere,
dilema diri,
insan yang lemah
Monday, March 7, 2011
Siri Rekreasi: Berkayak
Tarikh: 4 - 6 Mac 2011
Lokasi: Tasik Biru Kundang, Kuang, Selangor
Kalo 4 tahun dulu aku datang ke Tasik Biru ni sebagai peserta, tapi kali ni sebagai alumni plak. Tujuan utama join kali ni; reunion ngan geng UV. Walaupon beberape kerat je yang datang, tapi cukup untuk mengembalikan memori2 lame bergelar penuntut suatu tika dahulu.
Dalam 4 tahun ni tak banyak yang berubah rupanya kat tasik ni, sumenya masih sama; keadaan pulaunya, aktiviti riadah waktu petangnya, dan karaoke di gerai sekitar pada malamnya. Cume satu yang aku prasan, kat pulau tu dah ade ayam hutan plak dah!

Aktiviti-aktiviti
Tuesday, March 1, 2011
Siri Expedisi: Bukit Tabur
Masa: 27 Februari 2011
Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur
Ini baru btol2 panjat bukit. Bukan setakat hiking je, nak daki Bukit Tabur ni jugak perlu pakai tangan untuk panjat batuan kapur yang kebiasaanya berada pada kedudukan 90 darjah. Sangat sesuai untuk penggemar rock climbing. Bagi aku yang pertama kali ke sini, satu pengalaman baru dapat panjat batu-batu tersebut yang kadangkala disediakan dengan tali untuk kemudahan pendaki. Ditambah dengan suasana hening waktu matahari terbit, tempat ini sangat tepat untuk menikmati keindahan syurga dunia walaupon dikelilingi pembangunan material dengan hutan-hutan batu di sekelilingnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)