Thursday, June 30, 2011

Siri Rekreasi: Waterfall Abseiling


Masa: 26 Jun 2011
Lokasi: Hutan Lipur Kanching, Rawang


Waterfall abseiling atau umumnya dipanggil canyoning, adalah satu aktiviti rekreasi di kawasan air. Tidak seperti abseiling yang menuruni banggunan, waterfall abseiling pula adalah menuruni air terjun berpijakkan dinding batu yang licin, dengan langkah perlahan sambil menikmati deruan air sungai yang sejuk menghempap diri.

Antara tempat yang sesuai untuk melakukan waterfall abseiling adalah di Sungai Kanching, Rawang. Di sini terdapat 7 tingkat air terjun semuanya namun hanya di air terjun tingkat 6 paling sesuai untuk lakukan aktiviti ini.

Dalam jam 10 pagi Ahad yang lalu, kami ke sini untuk melakukan aktiviti waterfall abseiling tersebut. Pada mulanya air adalah tidak begitu deras dan kami boleh menurun air terjun tersebut dengan lancar. Namun pada tengaharinya, hujan mula turun dengan lebat walaupon sekejap. Apabila kami sambung semula aktiviti kami, air terjunnya lebih deras dan kami banyak kali tergelincir. Namun ia tetap mengujakan dapat merasai air deras tersebut membadai badan. Nikmati aktiviti kami.















Tuesday, June 28, 2011

Menjelajah Tanah Tinggi Cameron


Masa: 23 - 24 Jun 2011
Lokasi: Cameron Highlands, Pahang


Mengunjungi Cameron Highlands adalah aktiviti yang berbaloi dan patut dilakukan oleh penggemar mengembara atau suka bercuti. Ini kerana Cameron Highlands menawarkan suasana alam dan iklim yang cukup berbeza jika dibandingkan dengan kawasan kota di seluruh Malaysia. Jika ada kelapangan dan bajet yang mencukupi, anda patut meluangkan masa di sini tanpa teragak-agak, pastinya berbaloi.

Hari pertama kami di Cameron Highlands ialah melawat ke MARDI. Selepas sahaja check-in di Hotel Cool Point di Tanah Rata, petangnya kami terus ke sini. Di sini selain terdapat pelbagai versi bungaan dan buahan yang sejuk mata memandang, juga terdapat taman mini yang dihias cantik untuk diteroka pengunjung. Selain itu anda juga boleh menikmati produk strawberi seperti aiskrim, jus, dadih dan semestinya buah strawberi segar dengan harga berpatutan.















Sesudah melawat MARDI, kami cuba cari tempat rekreasi di sekitar bandar Tanah Rata sehinggalah kami jumpa signboard ke Air Terjun Robinson. Namun kami yang siap dengan pakaian mandi hampa kerana di sini airnya tercemar dan hanya boleh bergambar berlatarbelakangkan air terjun tersebut. Di sini terdapat jungle walk yang akan membawa ke Gunung Beremban.

Pada malamya tiada aktiviti khusus untuk kami lakukan. Selepas menikmati makan malam secara bufet, kami keluar ke bandar dan singgah di restoran mamak sambil melayan game bola di kaca tv. Selepas itu kami balik semula ke hotel penginapan dan terus lelap dalam kedinginan malam dalam bilik yang tidak dilengkapi aircond mahupun kipas itu.

Pagi keesokan harinya kami melawat pula ke kilang strawberi KHM. Terdapat pelbagai produk strawberi yang dibuat seperti jem, aiskrim, halwa serta gula-gula. Kilang ini juga mempunya ladang strawberinya sendiri dan sebahagian daripada buah tersebut  dipasarkan ke pasaraya. Selain dapat merasa aiskrim strawberi percuma, kami juga membeli buah strawberi segar dari ladang tersebut.






Sebelum balik semula ke hotel, kami ke Kea Farm Walk di Brinchang. Di sini terdapat pelbagai hasil tanaman dari ladang yang dijual secara borong. Walaupon ramai antara kami yang membeli banyak buahan dan sayuran di sini, namun aku hanya merasa madu lebah dan jagung manis sahaja selain melihat pemandangan serta gelagat peniaga di sini.




Di waktu petangnya kami ke tapak semaian tanaman water crest. Dengan bayaran masuk RM1, kami meneroka dan bergambar di sekitar kolam tapak semaian tanaman yang tidak pernah kami kenal ini.





Kunjungan terakhir kami di Cameron Highlands tentulah ke tempat paling tersohor di sini iaitu ladang teh. Kami singgah di Cameron Bharat Plantations di laluan balik ke Shah Alam melalui Simpang Pulai. Di sini tiada yang lebih bermakna untuk dilakukan selain bergambar di ladang teh yang luas mata memandang. Setelah hampir sejam di sini kami pun beransur pulang. Kenangan di sini pastinya amat berharga untuk dilupakan begitu sahaja.






Related Posts with Thumbnails