Pantai Morib, apa yang best kat sana? Entah sebab aku pon tak pernah pergi lagi sebelum ni melainkan yang julung kali aku pergi ni. Ni pon sebab aku kena hadir untuk urusan kerja selama dua hari di Morib Gold Coast Resort pada Isnin dan Selasa lalu.
Namun penginapan kami bukanlah di sana tapi di Villa Morib yang terletak berdekatan tempat tersebut. Kos punya pasal tapi biliknya ok lah dengan bayaran kurang RM100 untuk satu malam.
Manakala di pantainya pula disediakan gazebo untuk santai dan minum-minum. Mula dibuka pada jam 5 petang, ia juga disediakan dengan tempat menjual minuman dan stage untuk karok atau persembahan band. Mungkin untuk parti atau function seumpamanya. Bila kami duk berehat di salah satu gazebo tu, datang pelayan bagi menu minuman dan bila ditenung lama menu tu, kami kata tak nak, sebab banyak arak je. Lagipun kami tak rasa haus. Lepastu pelayan tu pon kata, "sorry sir no free sitting". Zzzzzzzz
Setelah habis program di sana, pada keesokannya kami menuju pula ke Bukit Jugra. Dengarnya kat sana ada makam bekas Sultan Selangor selain rumah api. Dalam perjalanan tu terlihat oleh kami rumah keluarga Haji Sidek yang terkenal dengan rekod anak-anaknya pemain badminton negara.
Lepastu sampailah pula kami di Bukit Jugra. Selain terdapat rumah api, kat sini juga dijadikan sebagai pusat mencerap anak bulan oleh Majlis Mufti . Selain tu yang paling menarik ialah tempat ni merupakan basecamp untuk aktiviti para gliding! Malangnya masa kami datang tiada apa-apa aktiviti yang berlangsung kat situ:(