sambungan dari SINI..
Pagi Sabtu tu lepas semua dah bersiap, pukul 9.00 pagi barulah kami mula mendaki Gunung Irau. Seperti jugak masa aku mula-mula datang sini, suasana pagi dia sangatlah sejuk. Maklumlah kat puncak gunung kan. Kabus pon tak lekang ditiup angin dan jatuh ke bumi macam titisan air hujan..sejukkkk!
Kemudian kami dimaklumkan yang kami harus turun ke pekan Brinchang pada malam tu jugak. Dan setelah ditanya pendapat ramai, kami ambil keputusan untuk turun melalui jalan bertar saje yang jauhnya kira-kira 10 km tu. Sebabnya ramai budak-budak dah serik naik ikut trek malam sebelumnya. Jadi walaupon jauh, terpaksa jugak kami turun ikut jalan bertar melalui ladang teh tu. Perjalanan dalam 2 jam jugak sebelum sampai di jalan besar. Dan malam tu kami semua tidur di masjid Brinchang.Sebelum pukul 5 pagi semua dah bangun sebab orang datang untuk solat..
Pagi tu kami sempat bersiar-siar sekitar pekan Brinchang, ramai jugak yang membeli cenderahati, strawberi mesti beli, dan jugak jagung manis. Berbanding kunjungan aku sebelum ni, inilah kali pertama kawasan pekan dikelilingi kabus tebal dengan airnya yang kadangkala menitis, kalau pakai t-shirt je memang tak memadai..menggigil tahan sejuk nanti. Dahlah sampai tengahari camtu. Memang sesuai dicop tempat paling sejuk di Malaysia.