Friday, January 11, 2013
Menjengah Hutan Simpan Ayer Hitam
Ni trip pada sabtu lalu, 5 Jan yang juga trip pembuka tirai 2013 aku. Trip solo je sebab last minit punya plan. Kalau diikutkan dah lama aku nak pergi tempat ni sebab kata orang kat sini ada tempat cun. So banyak kali juga la aku cari kat internet pasal tempat ni. Memang cun, tambah-tambah kolam rahsianya.
Lepas dapat info sikit-sikit, aku masuklah ke hutan simpan kat Puchong ni buat kali pertama sekitar Julai tahun lepas. Nak tau apa jadi? 6 jam aku kat dalam tu, sesat. Tak jumpa langsung benda yang dicari dan dengan penatnya lagi,
memang kecewa masa tu. Padahal orang kawasan tu yang selalu masuk treking pon amik masa 2 jam je untuk keluar balik.
Then terasa nak pergi lagi. Dengan dapat info lebih sikit dan mungkin agak tepat, berpandukan peta sendiri aku pon kesana lagi sekali petang sabtu tu. Pukul 3 start trekking, 3.30 sampai CP, 4.05 sampai simpang air terjun. Lepastu aku start konfius balik dia punya trek. Tambahan dengan kedua-dua kasut yang tercabut tapak, lagi ternampak bekas tapak kaki haiwan liar, dan kedengaran anjing sedang menyalak dari jauh, aku pon berpatah ke trek yang satu lagi.
Dan 15 minit kemudian jumpalah ini.
Sebenarnya bukanlah kolam ni yang dicari. Sepatutnya kolam yang aku cari tu terdapat air terjun skali dan mungkin lagi dalam airnya. Tapi disebabkan matahari semakin tenggelam, aku port sini je. Dapat mandi-mandi sekejap pastu dalam 5.30 petang aku blah.
7.00 petang sampailah kembali kat starting point.
Tapi takpe, masih banyak masa untuk aku datang lagi ke sini. Mana tau percubaan kali ketiga baru membuahkan hasil kan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
menarik nih Ali. teruskan berekplorasi!
*chegu Tun*
Yeah..i-Allah slagi ade minat & kesempatan, slagi tu akn dteruskn
g sorg2??wahh berani gile...haha..nak ikott..hee..
salam. aku tau kau dah byk panjat gunung. aku ni kira beginner jugak la. boleh share phone number sebab aku nak tau info2 pasal sesetengah gunung yg aku nak naik.
kalau sudi tolong email aku rezal.ishak@gmail.com
thank you
Jana,
blh2 mehla juin..haha
Anon,
Wassalam.Yg dlm blog ni je pun yg aku dh gi dan mybe blh tolong bg info sket2.nnt ak emel or mybe ko blh contact aku kat tempat contact blog ni atau fb pon blh. Apa yg blh tlh i-Allah aku tlg.
Salam. Cmne nk gi kolam tu? laluan die start dr mane??
Wassalam. Laluan dia samada dr taman wawasan puchong ataupon dr tmn equine serdang, tp nk msuk konfim kena ade guide yg penah g klau x akan sesat.
Ye tau dr taman wawasan. saya dh pnah gi sini, mksud sy bile kt dlm hutan tu. Simpang mane, or simpang ke brape, or pape la, yg ke arah tasik tu?
mybe blh rujuk blog ni utk detail
http://smallhiker.blogspot.com/
ak pon rujuk sni sblm g cri sndiri
so amacam bro? jmpa x kolam yg dicari?
sy student upm dah dh biase mandi kolam tu..blue lagoon..cantik,dalam giler bak hang.btw, mmg org biase xleh masuk hutan tu sebb nie bkn tempat rekreasi, sebarang penccerobohan akan didakwa, lebih2 lg yg camping,kalau stakat trecking biasa renjer lepas jer
Post a Comment