Wednesday, January 26, 2011
Ustaz Azhar Idrus Dan Hukum Meminang Tunangan Orang
Sape tak kenal Uztaz Azhar Idrus? Erk..ade lagi yang tak kenal? Sebab skarang ni dialah yang popular samada kat facebook, you tube ataupon madrasah dan surau yang telah dikunjunginya. Dengan cara ceramah yang sempoi dan diselitkan dengan unsur lawak, aku ingat cara ni juga berkesan lebih-lebih lagi kepada golongan muda mudi untuk meminati ilmu dalam Islam.
Namun ade gak yang tak suke dengan pendekatan ustaz ni, dikatakan dia adalah ustaz celup, sekadar cari populariti. Wallahuallam...
Okeh, kite pergi kepada tajuk utama entri ni, iaitu Hukum Meminang Tunangan Orang.
HUKUM MEMINANG TUNANGAN ORANG
Haram meminang atas pinangan orang, iaitu meminang perempuan yang telah diikat dengan tali pertunangan. Hukum ini adalah berdasarkan sabdaan Rasulullahs.a.w. yang pernah menyatakan mengenai larangan ini:
Ertinya: Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan. (Riwayat Bukhari)
Hadis di atas melarang seorang muslim meminang pinangan saudara muslimnya yang lain. Larangan ini dikecualikan jika peminang pertama telah meninggalkan perempuan itu atau jika lelaki pertama telah memberi izin kepada peminang kedua.
Larangan yang terdapat di dalam hadis di atas membawa maksud haram.Dan pengharaman ini bertujuan untuk melindungi hak lelaki pertama.
SYARAT-SYARAT PENGHARAMAN
Menurut al-Khatib al-Syarbini di dalam kitabnya al-Mughni al-Muhtaj bahawa pengharaman meminang atas pinangan orang hanya berlaku dengan syarat-syarat di bawah ini:
Pertama: Peminang yang kedua telah mengetahui bahawa perempuan yang dipinangnya itu telah dipinang oleh lelaki pertama. Atau dengan erti kata yang mudah, lelaki tersebut telah mengetahui bahawa perempuan yang dipinangnya itu adalah tunangan orang.
Kedua: Seseorang perempuan telah dianggap sebagai tunangan orang secara syarak dengan jawapan setuju menerima yang diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki yang meminang.
Jawapan terima boleh diambil kira oleh syarak bagi pihak perempuan melalui salah seorang sebagaimana dibawah ini:
a) Perempuan itu sendiri, seandainya pengizinannya boleh diambil kira.
b) Wali perempuan yang dipinang seandainya pengizinan perempuan tersebut tidak boleh diambil kira.
c) Perempuan dan walinya jika peminang tidak kufu
d) Sultan, jika perempuan tersebut gila, telah baligh dan ketiadaan bapa serta datuk.
sumber : http://eforum6.cari.com.my/mobile/?tid-309858.html
Ok skarang kita tengok plak penjelasan Ustaz Azhar.
Jadi rasenya sume sudah jelas akan istilah pinang meminang dan hukum meminang tunangan orang ni kan. Sudah dijelaskan bahawa kalau lelaki itu tidak tahu bahawa perempuan yang ingin dipinangnya sudah bertunang, maka tidak jatuh hukum haram itu.
Sekian, sekadar berkongsi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
owh
bertambah ilmu aku
thanks oit kongsi pengetahuan nih
Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen
kenapa tetiba timbul isu ni? mahu bertunang da ke? tetapi dgn org yg x blh d pinang??? jeng jeng jeng..
hans,
bguslah bertambah ilmu kan..huhu
Chummy,
Haha mne ade
sje amik isu ni,mne tau rmai yg blom tau psl ni kan
Apa kemende lah nak pegi pinang jugak setelah tau orang tu tunang orang?
pergi je lah jejauh membawa diri. ikut cam Al. Daki bukit ke, camping kat pantai ke. Mandi jeram ke...
Al, naper kau post entry camni?
Erk..yg pasti xde kaitan dgn diri ak
xde sbb kukuh pon,skadar berkongsi ilmu..hakss
hrp blh jd panduan kpd yg sdg mcari jawapan...
tu pasal orang sanggup tunang lama2 kot..? cop siap2, nak kawen x cukup duit lagi
hmmm...ye kot
salah satu kaedah la kan
Post a Comment