Pages

Thursday, April 28, 2011

Siri Expedisi: The Secret Yong Waterfall


sambungan dari SINI

Hari terakhir kami di Kluang ialah ke Air Terjun Rahsia Yong. Air terjun yang mencapai sehingga 32 tingkat ini mampu memukau sesiape saje dengan keindahannya. Oleh sebab ramai yang tidak tahu akan kewujudannya, air terjun ini mempunyai keunikannya tersendiri dan masih belom tercemar oleh sebarang aktiviti manusia. Geng kami yang mampu menjelajah hanya separuh daripadanya pon sudah begitu terpesona akan keindahannya dan pastinya kami akan kembali lagi ke sini pada satu hari nanti. Nikmati pengembaraan kami.

Wednesday, April 27, 2011

Peristiwa Bukit Kepong


sambungan dari SINI

Aku pasti ramai yang tahu pasal peristiwa Bukit Kepong kan. Atau paling tidak pon penah dengar dolu2 masa sekolah menengah. Tapi jika aku tanya tau tak kat mane Bukit Kepong ni? Kompem ramai yang geleng kepale. Bahkan aku sendiri pon tak sangka Bukit Kepong ni terletak kat Muar. Sehinggalah kami yang join pertandingan orienteering aritu dibawa ke sini untuk program khidmat masyarakat.

Sunday, April 24, 2011

Siri Expedisi: Lata Naning dan Air Terjun Chamang


Masa: 16 - 17 April 2011
Lokasi: Bentong, Pahang

Pada mulanya kami ke sini untuk hiking ke Gunung Rajah namun ketentuan Ilahi membataskan hasrat kami. Kami mula trekking dari Air Terjun Chamang pada pukul 4 pagi dalam keadaan hujan sedang mencurah-curah. Berbekalkan cahaya headlamp, kami mulakan trekking melalui trek basah dan lopak-lopak air sepanjang perjalanan. Setelah 3 jam trekking, kami akhirnya sampai di sungai besar yang perlu kami seberang namun apakan daya, arus sungai sangat besar dan deras yang memaksa kami tunggu sehinggalah arus sungai ok semula.

Thursday, April 21, 2011

Siri Expedisi: Gunung Tebu #3


Masa: 15 Feb 2010
Lokasi: Besut, Terengganu

Hmmm...kalo kire trip ni dah agak lame dah. Aku pon dah lupe dier punya details. Yang pasti kitorang pegi sesaje setelah sume balik kampong untuk cuti sem. Setelah sekian lame tinggalkan aktiviti gunung dan tetibe naik Tebu, macam yang aku jangka abis satu badan lenguh2. Kaki tak payah cakap lah. Ade satu ketika masa di tengah2 pendakian tu, menyesal pon ade ade ikut dorang. Tapi bila da sampai puncak, sume perasaan tu hilang begitu saje. Hanya nikmat yang dirasai.

Wednesday, April 20, 2011

Siri Expedisi: Bukit Tabur (East Side)


Masa: 30 Mac 2011
Lokasi: Taman Melawati, KL

Ni dia hasil dari keboringan yang melanda, aku ke Bukit Tabur sorang-sorang. Sebenarnya da try ajak member2 tapi sume ade hal, last2 aku proceed je sorang2. Kalo aritu aku gi hiking Bukit Tabur West Side, yang ni plak aku nak try East plak. Orang cakap lagi mencabar. Berbekalkan hasil selongkar blog2 orang yang penah datang sini ngan tanya member, aku beranikan diri datang pada hari biase di suatu petang, tujuannya hanya satu - nak tengok matahari terbenam.

Monday, April 18, 2011

Karnival Belia


Tarikh: 9 - 11 April 2011
Lokasi: Kluang, Johor

Pada hujung 2 minggu yang lepas aku sesaje tawarkan diri sertai karnival himpunan sejuta belia di Kluang ni. Grup kami ade bukak booth kat sane dan oleh sebab aku free mase tu, so join je lah. Tujuan kami kat sane adalah untuk memperkenalkan grup kami serta aktiviti-aktiviti outdoor yang kami handle selain menjual barang2 outdoor. Walaopon kami kat sane slame 2 hari je, tapi macam2 aktiviti kami buat blom lagi termasuk menyaksikan aktiviti2 dari grup lain lagi. Memang best, name pon karnival belia kan.

Friday, April 15, 2011

Siri Rekreasi: Flying Fox


Tarikh: 7 April 2011
Lokasi: Bulatan Wall Climbing, UiTM Shah Alam

Flying fox ni adalah aktiviti luar terakhir sebelom berakhirnya semester ni. Dan aktiviti ini adalah secara suka-suka untuk kami bergembira sebelom menjelangya peperiksaan dalaman dalam mase terdekat. Walaupon masa hanyalah sekejap je di satu petang, tapi aktiviti ni berjaya merapatkan hubungan kami dengan pelbagai gurau senda dan lawak jenaka sepanjang aktiviti.

Monday, April 11, 2011

Siri Expedisi: Gunung Stong #2 (Part V: Peak of Stong)


sambungan dari SINI

Setelah selesai melihat matahari terbit dan menyediakan sarapan pagi, jam 0930 kami mula mendaki ke puncak. Sepanjang perjalanan selame 3 jam setengah itu kami sempat mengisi air di checkpoint Batu Sakumbar yang merupakan punca air terakhir sebelom puncak.

Saturday, April 9, 2011

Siri Expedisi: Gunung Stong #2 (Part IV: Sunrise Watching)


sambungan dari SINI

Hari terakhir kami di Gunung Stong dimulakan dengan aktiviti melihat matahari terbit di puncak Air Terjun Jelawang. Sekitar 7.00 pagi sinar mentari mula menampakkan bayangnya yang lama-kelamaan semakin menceriakan suasana di situ dengan cahaya silaunya. Sinarnya yang kelihatan di atas lapisan awan dan kabus sungguh menggamit perasaan. Layan saje gambarnya...

Friday, April 8, 2011

Siri Expedisi: Gunung Stong #2 (Part III: Waterfall Panorama)


sambungan dari SINI

Sampai je di resort setelah balik dari penerokaan gua, kami terus bersiap untuk mendaki ke tempat bermalam kami pada malam tersebut iaitu di Kem Baha. Jam 0900 kami mulakan pendakian. 

Thursday, April 7, 2011

Siri Expedisi: Gunung Stong #2 (Part II: Caving)


sambungan dari SINI

Hari pertama kami di Dabong dimulakan dengan penjelajahan gua di sekitar Taman Negeri Gunung Stong. Di Taman Rekreasi Gua Ikan, kami dibawa melawat 3 buah gua iaitu Gua Gelap, Gua Keris dan Gua Pagar.

Wednesday, April 6, 2011

Siri Expedisi: Gunung Stong #2 (Part I: In The Train)


Masa: 2-3 April 2011
Lokasi: Dabong, Kuala Krai, Kelantan

Walaupon ekspedisi ini hanya selame 2 hari, namun banyak yang kami terokai dan atas sebab itu aku bahagikan ekspedisi Gunung Stong kali ini kepada 5 bahagian. Setiap satunya menceritakan pengalaman berlainan sepanjang kami dalam ekspedisi ini.