Pages

Friday, April 8, 2011

Siri Expedisi: Gunung Stong #2 (Part III: Waterfall Panorama)


sambungan dari SINI

Sampai je di resort setelah balik dari penerokaan gua, kami terus bersiap untuk mendaki ke tempat bermalam kami pada malam tersebut iaitu di Kem Baha. Jam 0900 kami mulakan pendakian. 

Rancangan awal kami adalah untuk mendaki melalui laluan air terjun namun terpakse dibatalkan kerana kelihatan awan hitam sedang berarak yang berkemungkinan hujan lebat akan turun. Sekiranya hujan, laluan kami akan sangat berbahaye untuk dilalui akibat kemungkinan air besar akan melanda sepanjang laluan air terjun ke Kem Baha. Jadi kami pon terpakse melalui trek hutan sahaje.

Namun di pertengahan pendakian, iaitu ketika kami di checkpoint Wakaf, kami mengambil keputusan untuk turun jugak ke kaki air terjun tertinggi di Asia Tenggara itu yang setinggi 303 meter. Terdapat trek yang menghala ke situ dengan mengambil masa sekitar 15 minit. Air terjun tertinggi daripada 7 tingkat air terjun di sini ini dinamakan Air terjun Jelawang dan boleh dilihat dari pekan Dabong lagi, jauhnya dalam beberape kilometer tu...


Sampai sahaje di kaki air terjun, kami terpegun dengan keindahan serta ketinggian air terjunnya. Bayangkan kami berada di bawah air terjun setinggi lebih kurang banggunan 30 tingkat dengan airnya yang mengalir deras. Betape kerdilnya kami di situ.




Setelah seketika kami pon menjamu selera dengan bekalan makanan nasi kerabu yang dibungkus dari kedai makan pagi tadi. Kami juga sempat bergambar dan mandi-manda sebelom tetibe rintis-rintis hujan menerpa . Semakin lama hujan semakin lebat memakse kami berkemas dan beredar naik kembali ke atas dan teruskan perjalanan ke Kem Baha. 

Jam 3.30 petang kami sampai di Kem Baha dan terus dirikan khemah di situ. Sebelom malam menjelma, masa kami diisi dengan persiapan kendiri dan ade juga yang pergi memancing di sungai bersebelahan bersame dengan guide kami. Malamnya setelah kekenyakan, kami terus terlelap sambil berharap dapat melihat panorama matahari terbit pada keesokan harinya.




akan bersambung..

5 comments:

  1. cantik tempatnya...
    rasa tenang dan seronok kalau dapat habiskan masa kat tempat2 macam tu...

    ReplyDelete
  2. mmg jiwa akn tenang
    smp satu thp kita x mmpu berkate spatah pon, trus hnyut ngn perasaannya...

    ReplyDelete
  3. Al, ada tak sesiapa beritahu ada sesuatu yang istimewa kat air terjun nih :)
    perasan tak ada kalimah Allah di tengah-tengah limpahan air?? :)

    ReplyDelete
  4. Oohh ade!
    kt tgh2 batu air terjun tu nmpk je kalimah Allah tu
    dan guide ade ckp ade sorg penah jatuh dlu tp slamat lps berlindung kt tempt tu..

    kt dlm gua pon ade gk kalimah Allah kan..:)

    ReplyDelete