Pages

Monday, June 20, 2011

Menyusuri Sungai Jeram Pasu

Di bahagian hadapan, Jeram Pasu adalah sebuah kawasan rekreasi tumpuan ramai. Terdapat kolam gelongsor untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Menjadi kebiasaan penduduk datang mandi di sini terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti. Aku datang ke sini lagi pada cuti sekolah yang lepas. Namun tujuan kali ini bukan setakat untuk mandi-manda tapi juga untuk meneroka sungai dan bukit di belakangnya.

Ramai yang tidak tahu bahawa terdapat tempat gelongsor semulajadi di atas bukit tersebut. Walaupun airnya adalah tohor sahaja, namun perjalanan selama 15 minit adalah berbaloi untuk bermain gelongsor tersebut.




Aku tidak berhenti setakat situ saja. Makin naik ke atas menyusuri sungai, keadaan semakin gelap dengan hutan yang semakin tebal. Sungai juga semakin cetek dan kecil berbanding di bawah. Di tebing sungai kelihatan bekas laluan kepala air yang melanda semasa hujan di hulu. Namun tempat di kawasan atas tersebut juga cantik pemandangannya.




Aku teruskan penjelajahan sehinggalah terjumpa bekas tapak kaki binatang setelah hampir satu jam berjalan. Apa yang menakutkan aku menjelma juga. Terdapat 2 jenis tapak kaki haiwan tersebut. Satu yang kecil dan satu yang besar. Yang besar tu cukup menggerunkan jika terserempak dengan pemiliknya. Aummmm!





Lalu misi pun diberhentikan setakat itu saja. Walaupun sedikit kecewa penerokaan terbantut, namun ia sudah cukup untuk mengenali tempat ini.

4 comments:

  1. semakin tebal hutan semakin banyak yang kita temui...kebiasaan aku kalau masuk hutan,pasti itu suatu yang aku elakkan..terutama sekali binatang yang menyusur.tanpa apa-apa senjata,ia bukan suatu yang boleh diredah macam tuh saja dengan senjata tajam yang lain.

    ReplyDelete
  2. owh ak sgt faham ghost, sbb tu ak pun x brani melangkah lbh jauh.

    kbiasaannya pon ak hny meneroka tmpt yg blh dkatakan slamat aje,lgpon ak hny manusia biasa,yg psti punyai kelemahan..

    ReplyDelete
  3. walaweh. kalau tapak kaki pun dah besar tu...badan dia besar mana pulak?


    baik cabut cepat!

    ReplyDelete
  4. haha

    mmg trus cabut pon,sape x kecut jmp tapak besar tu..kompem badan dia besar

    ReplyDelete