Pages

Thursday, June 23, 2011

Memori Praktikal Itu..

Tetiba teringat masa wat praktikal dulu. Aku wat dekat Celcom KB, sebab aku budak electrical engineering major telecommunication. Kira tepat dengan study aku la dapat sini. Masa tu kalo nak kira sekejap je, hanya dua bulan, tapi kejadian dan kenangan tetap banyak, macam tak padan dengan masa 2 bulan je kat situ.

Memula aku masuk tu pertengahan bulan November 2009. Seperti sedia maklum, kalo penghujung tahun kat Pantai Timur adalah musim tengkujuh, musim banjir. So banyak kali jugakla aku basah lencun masa nak pergi office atau masa nak balik rumah. Nak wat camane, dah yang aku ada sebijik motor tu je, yang aku bawak balik dari Shah Alam untuk guna masa praktikal ni.

Ada satu kali tu, kami kena pergi ambik sorang staf yang terperangkap dengan banjir kat Tumpat. Dia tak boleh kuar  nak pegi keje sebab jalan ke rumah dia tu dah tenggelam sampai takat pinggang. So kami dari KBX tanpa segan silu pergi jemput beliau. Dengan guna pacuan 4 roda  Toyota Frontier takde masalah untuk kami redah banjir, tapi boleh pergi setakat air paras lutut je, sebab tak berani. Yang air takat paras pinggang tu, kami redah jalan kaki je, sambil main-main air macam budak kecik.




Di waktu lain, kami kat KBX wat keje macam biase. Kat sini baru aku dapat tau cara keje dorang. Technical team kat sini, selain keje hari-hari biase, dorang juga ade shift pada waktu malam ngan hujung minggu. Macam keje on-call la lebih kurang. Sebab bila mana-mana site down, akan sampai makluman 'docket' kat henpon dorang untuk pergi check. So walau pukul 3 pagi sekalipun, dorang kena check dan report sebab nanti kalo lambat akan mempengaruhi kpi dorang.

Masalah utama yang kami hadapi kat sini biasanya disebabkan kecurian. Memang banyak kabin kat site yang dipecah masuk. Dalam seminggu tu adela dalam 2 hingga 3 kali. Bayangkan kalo takde pencuri ni, relek sket keje dorang. Ni bila ade pencuri pegi potong kabel atau curi bateri, kami terpaksa check dan panggil kontraktor untuk pasang genset. Itu je la keje rutin kami. Nak tangkap pencuri plak tak pernah dapat sebab masa kami pergi dorang dah lesap. Tapi kadang-kadang ade jugak sebab lain site down, macam site takde current, atau masalah biasa dengan equipment macam alarm tak berfungsi. Kadang-kadang ade jugak kena buat reroute atau tukar equipment.





Ada satu masa kat sini dorang buat latihan safety drill. So yang menjadi mangsanya aku la, dah aku je budak suruhan kat sini. Macam-macam kena demo tapi ok je sebenarnya. Best ape..





Seminggu sebelom aku blah tu ade lagi satu kejadian ni. Masa kami bersama kontraktor pergi ke satu site kat atas bukit yang jadi mangsa kecurian. Bukit tu kalo nak kira tinggi la jugak. Kami yang naik powil dah ready awal-awal lagi nak naik bukit tu. Kontraktor plak seramai tiga orang ikut kami naik lori kecil. Bila kami da tiba kat atas depan site tu, tiba-tiba dengar enjin lori menderu kuat. So gi la tengok kat bawah, tengok-tengok lori tu dah terbalik pon kat tebing bukit. Nasib baik tak jatuh dalam gaung yang sebelah sana bukit tu. Dah tu ketiga-tiga dorang pon tersepit la dalam lori tu, tapi sume ok boleh kuar ikut atas lori. Driver lori tu cakap dia tak sempat nak tukar gear masa tengah naik bukit, dan apelagi lori terus menjunam ke belakang. Tapi yang lawaknya sorang kelindan tu tak lepas-lepas nasi ngan air bungkus kat tangan dia masa tu, walaupun lori dah terbalik dan dia plak terhimpit kat bawah sekali.

Lepas siap keje dekat site, kami terpaksa panggil keta tunda untuk angkat lori tu. Lama jugak dia nak usaha angkat dan lepas banyak kali percubaan baru boleh. Pastu kami terpaksa plak tukar tayar lori yang dah pecah tu. Malam baru siap dan boleh balik. Huh..hari tu memang penat.



Masuk bulan Januari 2010 masa aku kat situ pun abis. Sebelom blah tu dapat la satu baju free. Dorang cakap aku paling bertuah sebab dapat banyak pengalaman kat situ dari kejadian-kejadian yang berlaku tu. Rezeki jugak melimpah, dah tu tiap kali makan dorang yang payung. Sememangnya dorang banyak berjasa kat aku sepanjang masa 2 bulan tu. Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada geng FOD di KBX: Ashariman, AA, AJ, Awie, Man, Amir dan yang lain-lain..

4 comments:

  1. wow!!! banjir tu....

    masa safety drill tu nape mamat yang baring telangkup tu senyumm... hehe

    ReplyDelete
  2. banyak juga pengalaman masa ko wat praktikal ek AL...keje tanpa tekanan bagi aku terlalu sukar untuk aku dapatkan,kat mana,apa keje sekalipun pasti ada..

    ReplyDelete
  3. huhu. macam2 ceciter jadik.

    tapi bila baca kes lori tu memang menambahkan fobia nak bawak kete manual. drive oto sajalah!

    ReplyDelete
  4. Little diary,
    ntah ape yg lawaknya mamat tu duk sengih2..hehe

    ghost,
    yg penting tekanan tu dpt dikontrol sebaiknya kan

    kt mna2, bl2 ms pon akan ade tekanan, klo x hendel sbaiknya abislah..hehe

    gadisBunga,
    haha drive keta oto lg slamat kn
    tp biase laki x brape suka sbb x pickup..hehe

    ReplyDelete