Pages

Thursday, June 16, 2011

Mengelilingi Puncak Gunung Tebu

sambungan dari SINI

Nak citer sket je apa yang kami buat pada hari kedua kat puncak Gunung Tebu. Misi kami hari tu adalah menakluki puncak Gunung Cukai, tak  tau betul atau tidak tapi itulah nama yang diberitahu pendaki lain. Gunung ni terletak berhadapan dengan tapak perkhemahan di puncak Gunung Tebu. Dari tapak perkhemahan, gunung tu nampak memanjang dan lebih tinggi sedikit. Pada pandangan kami, melalui Gunung Cukai seterusnya kami mungkin boleh mengelilingi puncak-puncak di situ melalui pula Taman Bonsai yang kami telah pergi pada hari pertama dan kemudian balik semula ke tapak perkhemahan. Itulah harapan kami.





Jadi pada pagi tersebut, setelah menikmati suasana pagi yang nyaman dan bersarapan ala kadar, kami terus menyusun langkah. Tempat pertama yang kami lalui ialah turun ke kawasan punca air di puncak tersebut. Seterusnya dari situ kami mula mendaki kawasan berhadapan kami. Untuk membuka jalan baru adalah amat sulit dengan pelbagai pokok berduri yang terpaksa kami hindari dan sedikit sebanyak menjejaskan perjalanan kami. Untuk mengelakkan tersesat, kami tandakan jejak dengan mengikat tali rafia di pokok-pokok sepanjang laluan kami. Akhirnya setelah hampir sejam mendaki, barulah kami sampai di puncak dan terdapat denai di situ yang menandakan tempat tersebut pernah dilalui orang.

Mula-mula kami mengikut denai yang menghala ke kiri. Setelah lama berjalan, kami sedar yang perjalanan kami semakin menurun. Oleh sebab tidak mahu membuang masa turun ke tempat yang tidak diketahui, maka kami pun berpatah balik dan cuba teruskan melalui denai yang di sebelah kanan pula. Laluan yang seakan permatang itu cukup jelas  dan setelah hampir sejam berjalan, kami tiba di satu tempat yang tidak asing lagi iaitu Taman Bonsai. Dan ini menandakan misi kami mengelilingi puncak Gunung Tebu telah berjaya!




Petang itu kami turun dengan gembira sekali. Nampaknya mungkin kami boleh membawa orang melalui laluan tersebut jika kami datang lagi pada lain kali.

9 comments:

  1. seronoknya dapat tgk matahari dari atas bukit.mesti pemandangannya sgt indah dan cantik kan. =)

    ReplyDelete
  2. - wahhh...dimana kah gunung tebu ini?

    - baik2 jgn sesat ye...hehe

    ReplyDelete
  3. - oh ye...semesti nya kite bukan org yg sama...hahaha...

    ReplyDelete
  4. rose,
    lain dr yg biase..hehe
    nk tau kne rase sndiri la

    Al,
    tmpt ni kat ganu, besut

    apepon slmt dtg Al

    ReplyDelete
  5. mesti kau nih betul2 fit nak redah semua gunung kat malaysia nih...rasa macam nak join ko jer lain kali.

    ReplyDelete
  6. pekabar Al? lama aku tak bw. pose depa tangan tu dah jadi trademark kau kan

    ~psst...ada org serik panjat gunung dah kot. dia blaja berenang lak skrg. kikiki

    ReplyDelete
  7. ghost,
    ak x fit spanjang mse pon
    bl ade event br nk jog sket2..huhu

    klo ade pluang blh aje nk join..

    dark,
    ak ok je mcm dolu2..hehe
    samela ak pon krg dah bw

    ~ok la org tu try bende lain plk,asik pnjt gnung bosan kot

    ReplyDelete
  8. aih,ain memang teringin btul panjat2 bukit panjat gunung nih.nak naik broga tah bile2 tah.hu3

    ReplyDelete
  9. kompol la geng2,naik broga pon best gak
    lawa ats tuu..

    ReplyDelete