Pages

Sunday, January 16, 2011

Review Filem: Into The Wild


Mungkin aku agak terlambat untuk kembali bercerita tentang filem yang telah pon keluar pada 2007 lagi ni namun disebabkan filem ni adalah antara filem yang dekat dengan hati aku so aku buat juga reviewnya. Selain 127 Hours yang penah aku review sebelom ni, citer Into The Wild juga adalah kisah benar sebuah pengembaraan yang membuatkan aku cuba melihat diri aku melalui filem tersebut.

Bagi sesiapa yang tiade passion terhadap aktiviti adventure, outdoor atau mungkin travelling, citer ni mungkin akan membuat anda menonton untuk separuh jalan saje sebab selain ceritanya yang boleh dikatakan meleret-leret dan perlu menghayati setiap moment, anda juga perlu menahan diri untuk menghabiskan masa selama 2 jam setengah untuk filem ni! Dan jika anda berusaha juga untuk menonton sampai habis, mungkin anda akan mencemuh citer ni sebab tidak memenuhi selera anda. Tapi tidak bagi aku...

Tika pertama kali aku cuba tengok citer ni, aku tertarik dengan pelakon utamanya iaitu Emile Hirsch yang seakan mirip kepada pelakon kesukaan aku, Leonardo DiCaprio. Tanggapan aku tidak menghampakan bila jalan ceritanya betul2 menarik perhatian walaupon berakhir dengan ending yang sadis. Cerite ni jugak memaparkan kelibat Kristen Stewart (Twilight) ketika usia muda remaja selain Vince Vaughn.

Filem ini mengisahkan tentang impian seorang anak muda berjiwa kental, Christopher McCandless, 21 (Emile Hirsch) yang baru sahaja menghabiskan pengajian untuk mengembara ke suatu tempat yang dianggapnya sebuah ultimate freedom iaitu di Alaska. Keputusan dia untuk keluar mengembara adalah disebabkan sudah fedup dengan kehidupan kota yang dianggapnya penuh kepuraan. Keadaan keluarganya yang tidak sehaluan terutama kedua ibubapanya merupakan pendorong utama yang menyebabkan dia cuba lari dari kehidupan asal dan mahu menikmati nilai kepusannya yang tersendiri di bumi Alaska.

Perkara pertama yang dilakukannya adalah dengan mendermakan hampir semua wang simpanan dan melupuskan segala bende yang memaparkankan identitinya. Kemudian tanpa pengetahuan sesiapapun, dia pon keluar memulakan misi menawan Alaska dengan identiti baru, Alexander Supertramp.

Sebelom betol2 ke Alaska, dia menghabiskan masa hampir 2 tahun membuat persiapan di sepanjang perjalanan. Sepanjang pengembaraannya, pelbagai pelosok tempat telah dituju dan bertemu pelbagai jenis manusia yang kemudiannya mereka berkawan rapat. Pasangan Rainey dan Jan merupakan orang pertama yang membantu dalam pengembaraannya. 
Ketika bersama pasangan tersebut, dia kenal pula Tracy lakonan Kristen Stewart yang kemudiannya terhasil saat manis mereka bersama. 
Seterusnya dia bekerja sementara di ladang gandum milik Wayne (Vince Vaughn) sebelom akhirnya bertemu seorang lelaki tua, Ron yang sangat baik.

Pendakiannya ke Alaska bermula pada musim sejuk. Sementara menunggu musim bunga tiba, dia berteduh sementara di kaki gunung berlindungkan sebuah bas usang yang terbiar. Segalanya berjalan lancar dimana dia mendapat segala keperluan makanan dengan hasil pemburuannya. Apabila datangnya musim bunga, rancangannya tergendala bila laluan pendakian dihalang satu sungai yang berarus deras. Maka dia pun terpakse pulang kembali ke bas usangnya.

Bermula dari situ segalanya menjadi sukar. Tiada lagi haiwan untuk diburu menyebabkan dia terpaksa makan hanya tumbuhan yang terdapat di situ.

Pada suatu pagi dia merasakan dirinya mengalami pening kepala melampau. Apabila merujuk kepada buku yang dibawa, taulah bahawa dia sudah keracunan makanan. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, dia menjadi semakin tidak berdaya sehinggalah suatu hari terserempak pula dengan seekor beruang yang besar. Adakah hidupnya akan berakhir di situ? 

 

Sila lihat trailer di bawah untuk mengetahui lebih mendalam.



Dengan video di bawah plak anda akan dapat tau sinopsis citer ni sampai ke akhir. Aku suke lagunya.

7 comments:

  1. good review... nampaknya semua filem yg aku nak review, ko dah buat.. taste kita mmg sama bro.. hehe..

    ReplyDelete
  2. owh
    igtkn ko blom jmp citer ni

    well,ni yg first cite that inspired me..

    ReplyDelete
  3. a definitely must-see movie
    tapi asal 2jam setgh?jarang film mat saleh lama cam film hindustan. aku dah biasa ngan film yg org lain ckp boring. so, i'm all optimist here. thnx to Al sbb introducekan cter ni

    ReplyDelete
  4. well,citer ni rare sket. even duration 2 jam stengah, ak leh je layan.sbb isi dia mnarik, at least for me..

    ReplyDelete
  5. waiting for 127hour. into the wild make me realize too many things in living life alive. try adopt it smetimes ;p btw, cuba layan

    1. 'The Motorcycle Diaries' (true story of Che Ernesto Guevara's travel trough-out South America. basically why he decide to do a revolution)

    2. 'The Way Back' (true story of prisoners who escaped the Soviet Gulag in 1940 portrayed in the book, "The Long Walk." surviving through Siberia)

    ReplyDelete
  6. Wow
    thanks for the info man
    you just make my day

    ReplyDelete
  7. terbaik.sempoi.dan.sumber.inspirasi.untuk.para.penggiat.outdoor.walaupun.apa.yang.nak.disampaikan.tu.lain.isinya.

    ReplyDelete