Masa: 3-4 Mac 2007
Lokasi: Kuang, Selangor
Tasik Biru Kundang merupakan sebuah tasik buatan dari sebuah bekas lombong. Buat masa ini tasik ini digunakan sebagai tempat rekreasi dimana pelbagai aktiviti dilakukan di sini seperti berkelah, memancing, berenang, bermain jet ski dan sebagainya. Apa yang menarik mengenai tasik ini ialah terdapat sebuah pulau di tengah tasik tersebut. Di pulau itulah kami berkhemah sepanjang aktiviti kami di situ.
Mula-mula sampai di tasik tersebut, kami dikehendaki menyeberangi tasik untuk ke pulau di tengahnya dan mendirikan pengkalan hutan mnggunakan poncho dan hammock. Ade juga yang mendirikan khemah.
Aktiviti utama kami di Tasik Biru Kundang tentulah menjurus kepada aktiviti air. Aktiviti kami lebih kepada pembelajaran berkayak dan water confident selain aktiviti sampingan seperti asas ikhtiar hidup (survival), peta dan kompas serta beberapa game berkumpulan.
Aksi-aksi menyelamat kayak yang karam (capsized).
Aktiviti muktamad sepanjang perkhemahan itu adalah satu permainan yang dipanggil 'game bola api', dimana dua kumpulan akan sedaya upaya meniup lilin anggota kumpulan lawan tapi dengan hanya berjalan itik. Mane-mane grup yang berjaya menghidupkan lilin di hujung gelanggang akan memenangi game tersebut.
Tidak dilupakan upacara minum 'air adik-beradik' yang dibuat khas untuk anggota baru skuad kami. Rasanya sangatlah menarik skali.
aku harap takde org buat dajal kat air adik-badik tu dalam menghasilkan rasa yg menarik itu..wakaka
ReplyDeletehmmm..ko ckp mcm penah rase je...
ReplyDeleteheheh