Pages

Wednesday, June 20, 2012

Ronda-Ronda Cameron Highlands


Sabtu 17hb yang lalu sekali lagi aku berkunjung ke tempat yang dikatakan paling sejuk dan famous di Malaysia ni. Kali ini aku bertindak sebagai tour guide kepada geng2 serumah seramai 5 orang. Kami ke sini pun sebab mahu ke Temerloh pada esoknya untuk ke kenduri kahwin sorang lagi housemate. Jadi akhirnya kata putus diambil untuk singgah di Cameron Highlands buat semalaman sebelom ke Temerloh melalui Kuala Lipis.

Maka sekitar 8 pagi bertolaklah kami dari Shah Alam dengan Myvi baru yang sarat dengan 5 orang jejaka bujang. Sampai saja di sana kami terus ke Brinchang untuk membeli aka melihat suasana pasar Kea Farm. Namun disebabkan tiada tempat parking yang sesuai kami teruskan lagi perjalanan sehinggalah aku memberi idea bernas untuk ke puncak Gunung Brinchang. Kawan-kawan lain yang tidak pernah ke sini hanya mengangguk saja dan Myvi kami mulalah mendaki sedikit demi sedikit Gunung Brinchang melalui ladang-ladang teh di sekelilingnya. Sampai di pertengahan jalan, barulah terasa beban yang terpaksa Myvi tanggung dengan hanya bergerak perlahan-lahan mendaki laluan berbukit bertar tersebut. Sehinggalah di suatu ketika sebuah pacuan empat roda Hilux di belakang kami bunyikan hon sebab Myvi auto kami yang terlalu slow walaupun pedal minyaknya telah ditekan habis. Akhirnya kami beri saja Hilux tersebut laluan untuk pergi dahulu. 

Setelah sekian lama berhempas pulas mendaki, akhirnya kami sampai di puncak Gunung Brinchang. Kelihatan beberapa buah van yang membawa pelancong datang ke tempat tersebut. Tanpa membuang masa kami terus menuju ke tempat paling strategik di situ iaitu menara tinjau.

Masa mendaki menara tersebut, mulalah kedengaran suara-suara yang takutkan gayat. Suasana di puncak gunung dengan gumpalan awan yang bergerak laju yang dapat dilihat dengan jelas memang mudah membuatkan seseorang gayat jika tidak biasa. Namun yang lebih menarik ialah bila angin sejuk menghembus seluruh badan hingga terketar-ketar walaupun waktu sudahpun tengahari. Selain itu pemandangan bandar Brinchang dan hutan-hutan sekelilingnya juga dapat didapati dari menara ni. Kami ambil masa seketika sambil makan makanan yang dibeli di tengah jalan sebelum turun kembali.


Di pertengahan jalan turun, kami singgah di kebun strawberi dan memetik sendiri strawberi segar dari kebun. Kami juga sempat merasa milkshake strawberi yang memang jelas terasa kesedapannya.





Selain itu kami juga melakukan aktiviti normal yang biasa orang buat bila berkunjung ke sini; bergambar di ladang teh, walaupun kami kurang pasti motif di sebaliknya. Layan aje.



Setelah itu barulah kamu pulang semula ke pekan Brinchang untuk check in penginapan kami dan berehat. Petangnya kami keluar berjalan kaki ke pasar malam yang terletak tidak jauh dari hotel. Pada malamnya tiada apa-apa aktiviti khusus selain makan dan tidur.

Manakala pagi besoknya selepas check out dan sarapan, kami mula menghala ke Ringlet dan menuju ke Temerloh pula yang mengambil masa sekitar 4 jam. Sedikit memenatkan namun tidak mengecewakan.

5 comments:

  1. apelah sgt entri seorg amatur, x sbagus entri blog gB kan..ehehe~

    ReplyDelete
  2. oh kemeren..... atas rumahku je hehe.

    ReplyDelete
  3. tiap2 ari berjoging je pon blh smp kat atas tu ye dak..kehkeh

    ReplyDelete
  4. berjalan sokmo :p ehem! myvi bau kedai.

    ReplyDelete