Pages

Friday, June 22, 2012

Ke Morib dan Sekitarnya


Pantai Morib, apa yang best kat sana? Entah sebab aku pon tak pernah pergi lagi sebelum ni melainkan yang julung kali aku pergi ni. Ni pon sebab aku kena hadir untuk urusan kerja selama dua hari di Morib Gold Coast Resort pada Isnin dan Selasa lalu.


Namun penginapan kami bukanlah di sana tapi di Villa Morib yang terletak berdekatan tempat tersebut. Kos punya pasal tapi biliknya ok lah dengan bayaran kurang RM100 untuk satu malam.

Pada Isnin tu bila ada masa terluang sempatlah jugak berjalan-jalan sekitar resort tu. Tempat ni ideal jugaklah sebagai tempat bercuti sekeluarga sebab selain tepi pantai, ia jugak ada Water Theme Park. Aku tak masuk pun, sekadar melihat dari luar. Walaupun tempatnya takde lah sebegitu besar macam Sunway Lagoon, tapi dah dikira ok untuk anak-anak mahupun ibubapa main air.


Manakala di pantainya pula disediakan gazebo untuk santai dan minum-minum. Mula dibuka pada jam 5 petang, ia juga disediakan dengan tempat menjual minuman dan stage untuk karok atau persembahan band. Mungkin untuk parti atau function seumpamanya. Bila kami duk berehat di salah satu gazebo tu, datang pelayan bagi menu minuman dan bila ditenung lama menu tu, kami kata tak nak, sebab banyak arak je. Lagipun kami tak rasa haus. Lepastu pelayan tu pon kata, "sorry sir no free sitting". Zzzzzzzz



Setelah habis program di sana, pada keesokannya kami menuju pula ke Bukit Jugra. Dengarnya kat sana ada makam bekas Sultan Selangor selain rumah api. Dalam perjalanan tu terlihat oleh kami rumah keluarga Haji Sidek yang terkenal dengan rekod anak-anaknya pemain badminton negara.


Lepastu sampailah pula kami di Bukit Jugra. Selain terdapat rumah api, kat sini juga dijadikan sebagai pusat mencerap anak bulan oleh Majlis Mufti . Selain tu yang paling menarik ialah tempat ni merupakan basecamp untuk aktiviti para gliding! Malangnya masa kami datang tiada apa-apa aktiviti yang berlangsung kat situ:(







5 comments:

  1. Ok memang menarik. aku pon belom pernah sampai. Thanks for the info

    ReplyDelete
  2. Salam ali...saya nak komen sket tp jgn marah ye... apa kata awak alihkan nufnang ads tu ke sebelah sinun..pasal susah la nak baca entry dan nak nengok gambar... sorry ya... saya pon x penah ke morib..ingatkan x da pape yg best..tp bile nengok gambar2 ni, teruja plak...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Janggel,
    blh tahan la tmpt ni..apepun pegi sndiri br btol2 tau cmane kn

    Farikica,
    Wassalam, tq sudi bkunjung n sudi tegur juga:)

    Sbnarnya ads tu mmg da ltk kat tepi sinun pon tp bl bkk pkai IE dia jd duk tgh2 xtau nape,kite bkn reti sgt pon main html ni. Biase kite bkk blog pkai Mozilla atau Chrome ok je dia duk tepi. Apepun nnt sy try ejas klo x dpt jgk kita kasi buang je slesai mslh.

    Mar,
    Aik siap 2 kali komen lg igtkn byk yg nk tlis,ngupenye tu je..hehe. seb baik da del.

    Layan ajela bos suh kuar skali skala..

    ReplyDelete