Pages

Monday, October 31, 2011

Sebentar Di Sungai Gabai

 

sambungan dari SINI

Oleh sebab Sungai Gabai di Hulu Langat ni dekat je dengan laluan kami dari Air Terjun Perlus haritu, maka dalam perjalanan pulang kami singgah dulu di sini untuk membersihkan badan dan menukar pakaian. Hari pun sudah lewat dan kami langsung tidak merancang untuk mandi lagi di sini. Cuma aku je yang terhegeh-hegeh masuk ke dalam tengok tempat dia dan amik gambar sikit. Masa tu hujung minggu memang ramai orang datang sini termasuk family datang picnic dan pelancong Timur Tengah pun ada.Cayalah..



Air terjun dalam gambar tu adalah di tingkat paling bawah. Di sebelahnya terdapat tangga yang membawa ke tingkat lagi tinggi tapi aku tak tau camana keadaannya kat atas tu. Yang kat bawah ni pun tak pasti boleh menggelongsor atau tak walau pada aku batunya yang sebegitu mungkin boleh dibuat aktiviti gelongsor. Tapi airnya pulak nampak cetek semacam je. Mungkin anda boleh cuba datang sendiri ke sini untuk tahu lebih lanjut.

Wednesday, October 26, 2011

Monday, October 24, 2011

Perlus Yang Hardcore


Dari namanya yang bermaksud 'ke dalam' memang tepat sekali menggambarkan lokasi Air Terjun Perlus di Kg Gabai, Hulu Langat yang aku pergi Sabtu lepas ini. Apa lagi boleh dikata, dari starting point, masa trekking selama 3 jam diperlukan untuk sampai ke sini, membuatkan ia sebagai air terjun yang paling jauh treknya aku pernah pergi. Mujurlah trekking hanya naik dan turun bukit saja, bukannya seperti  mendaki gunung yang pacak, tapi keletihan tetap dirasa.

Tambah menyeksakan bila dikerumi si pacat yang tak lekang di tanah dari mula sampailah akhir. Spesis pacat sangat banyak, aku sendiri berpuluh-puluh ekor melekat kat kaki, nak wat camana pakai sandal je sebab ingat trekking kejap, so terpaksalah jadi perderma yang baik hati haritu.

berkumpul di Masjid Batu 18 Hulu Langat..berkenalan dengan peserta lain

Sampai di starting point surau kg orang asli. Parking kereta kat sini dengan bayaran RM10 untuk bermalam dan RM5 untuk sehari

Permulaan trekking melalui kg orang asli
3 jam trekking boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, sejam pertama melalui kebun orang asli, sejam berikutnya melalui pula kawasan pokok-pokok buluh dan sedikit mencabar di sejam terakhir yang mana akan melalui kawasan berbukit tinggi serta trek yang banyak diliputi semak mungkin sebab sudah lama tidak dikunjungi orang. Namun di sini boleh melihat panorama di empangan Hulu Langat yang sejuk mata memandang. 

Sampai saja di air terjun, kami terus setup camping site sebelum menuju ke kolam utama untuk melepaskan gian mandi air terjun yang sejuk itu. Tidak dilupa aktiviti tiruk-meniruk dan urutan air terjun turut dijalankan. treking 3 jam sambil membuang pacat di kaki berbaloi-baloi bila dapat rasai air terjun dari ketinggian lebih kurang 40m ni.


 









Pagi besoknya kami mandi lagi buat kali terakhir sebelum mula bergerak pulang pada tengaharinya. Perjalanan pulang lebih cepat berbanding masa datang sebab banyak melalui trek yang menurun.







Selepas semua selamat sampai di parking kereta, kami pun mula bergerak untuk ke Air Terjun Gabai pula yang terletak di kawasan berhampiran.


akan bersambung..

Wednesday, October 19, 2011

Monday, October 17, 2011

Indahkah Tubing?

 

Nah akhirnya dapat jugak merasa aktiviti tubing ni. Da lama dah nak buat tapi sebab tak berkesempatan, tertangguh sampailah Sabtu lepas baru dapat realisasikan impian ni..hehe. Tu pun sebab ada offer, kalau tak mungkin kena fikir banyak kali jugak.

Kami buat aktiviti ni di Janda Baik, Pahang. Meeting point di Mc D Genting Sempah. Lepastu kami dibawa masuk ke kawasan di Janda Baik untuk ke starting point aktiviti ni. Sampai saja di starting point, kami terus tukar pakaian, pakai semua safety equipment dan kemudian diberikan taklimat ringkas sebelum dibenarkan merasa pengalaman bermain tubing ni.






























Secara keseluruhan, aku berpuas hati dapat merasa duk atas tiub mengembara mengikut arus sungai dalam masa lebih kurang sejam ni. Tapi sayang, air sungai kat sini tak kuat, jeram pun kecil-kecil buatkan aku sedikit kecewa, sampaikan aku terpaksa turun dan berjalan menarik tiub dalam sungai di tempat yang airnya sangat cetek, dan tiub asyik tersangkut kat batu sungai. Tapi walaupun arus tak kuat, sempat jugak aku jatuh sekali masa lalu kat salah satu jeram kat situ..haha. Mungkin kalau ada peluang aku akan cuba tubing ni kat tempat lain yang sungainya berarus kuat, mesti syok.