Pages

Monday, October 17, 2011

Indahkah Tubing?

 

Nah akhirnya dapat jugak merasa aktiviti tubing ni. Da lama dah nak buat tapi sebab tak berkesempatan, tertangguh sampailah Sabtu lepas baru dapat realisasikan impian ni..hehe. Tu pun sebab ada offer, kalau tak mungkin kena fikir banyak kali jugak.

Kami buat aktiviti ni di Janda Baik, Pahang. Meeting point di Mc D Genting Sempah. Lepastu kami dibawa masuk ke kawasan di Janda Baik untuk ke starting point aktiviti ni. Sampai saja di starting point, kami terus tukar pakaian, pakai semua safety equipment dan kemudian diberikan taklimat ringkas sebelum dibenarkan merasa pengalaman bermain tubing ni.






























Secara keseluruhan, aku berpuas hati dapat merasa duk atas tiub mengembara mengikut arus sungai dalam masa lebih kurang sejam ni. Tapi sayang, air sungai kat sini tak kuat, jeram pun kecil-kecil buatkan aku sedikit kecewa, sampaikan aku terpaksa turun dan berjalan menarik tiub dalam sungai di tempat yang airnya sangat cetek, dan tiub asyik tersangkut kat batu sungai. Tapi walaupun arus tak kuat, sempat jugak aku jatuh sekali masa lalu kat salah satu jeram kat situ..haha. Mungkin kalau ada peluang aku akan cuba tubing ni kat tempat lain yang sungainya berarus kuat, mesti syok.

7 comments:

  1. Uish best ni bro. sejam eh atas menda tiub tu? kalo bawak kemera ok tak? eh jap ada gambo ko atas tiub tu maksudnya bleh la bawak kemera kan.

    ReplyDelete
  2. tau xpe..air cetek n x kuat. batu plak banyak.. letih angkat badan + tube je time lekat kt batu tu..ekekek

    xpe la..pengalaman..nx tym org tny, da bley kata 'pernah'. heh!

    ReplyDelete
  3. ala...bestnya! nak cuba, berapa harganya yea?

    ReplyDelete
  4. Janggel,
    aah sejam duk ats tu,lenguh gk badan duk mcm tu je..
    camera klo waterproof x ksh nk bwk pn, tp klo yg biasenya kna pndai2 la jaga..hehe..skali msuk air kang naye

    Chummy,
    yeah..blh eksen sbb da penah buat

    Azham n Takatoo,
    sptutnya around rm150..tp yg ni dpt offer rm88,tu yg rebut jgk tu..klo nk byr harga biasa xtau bl la gamaknya

    ReplyDelete
  5. Al,
    Dulu kat taman negara diorang de main benda nih... masa tanya dengan guide, diorang kata ada tempat yang dalam.... fiu fiuuuuu terus takut nak buat.... hahaha....

    ReplyDelete
  6. tmpt dlm pastu jeram bsr..terbaekk..haha
    tp klo da jatuh nk naik blk konfem ssh..kna pegi tebing dlu..

    ReplyDelete