Pages

Monday, October 24, 2011

Perlus Yang Hardcore


Dari namanya yang bermaksud 'ke dalam' memang tepat sekali menggambarkan lokasi Air Terjun Perlus di Kg Gabai, Hulu Langat yang aku pergi Sabtu lepas ini. Apa lagi boleh dikata, dari starting point, masa trekking selama 3 jam diperlukan untuk sampai ke sini, membuatkan ia sebagai air terjun yang paling jauh treknya aku pernah pergi. Mujurlah trekking hanya naik dan turun bukit saja, bukannya seperti  mendaki gunung yang pacak, tapi keletihan tetap dirasa.

Tambah menyeksakan bila dikerumi si pacat yang tak lekang di tanah dari mula sampailah akhir. Spesis pacat sangat banyak, aku sendiri berpuluh-puluh ekor melekat kat kaki, nak wat camana pakai sandal je sebab ingat trekking kejap, so terpaksalah jadi perderma yang baik hati haritu.

berkumpul di Masjid Batu 18 Hulu Langat..berkenalan dengan peserta lain

Sampai di starting point surau kg orang asli. Parking kereta kat sini dengan bayaran RM10 untuk bermalam dan RM5 untuk sehari

Permulaan trekking melalui kg orang asli
3 jam trekking boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, sejam pertama melalui kebun orang asli, sejam berikutnya melalui pula kawasan pokok-pokok buluh dan sedikit mencabar di sejam terakhir yang mana akan melalui kawasan berbukit tinggi serta trek yang banyak diliputi semak mungkin sebab sudah lama tidak dikunjungi orang. Namun di sini boleh melihat panorama di empangan Hulu Langat yang sejuk mata memandang. 

Sampai saja di air terjun, kami terus setup camping site sebelum menuju ke kolam utama untuk melepaskan gian mandi air terjun yang sejuk itu. Tidak dilupa aktiviti tiruk-meniruk dan urutan air terjun turut dijalankan. treking 3 jam sambil membuang pacat di kaki berbaloi-baloi bila dapat rasai air terjun dari ketinggian lebih kurang 40m ni.


 









Pagi besoknya kami mandi lagi buat kali terakhir sebelum mula bergerak pulang pada tengaharinya. Perjalanan pulang lebih cepat berbanding masa datang sebab banyak melalui trek yang menurun.







Selepas semua selamat sampai di parking kereta, kami pun mula bergerak untuk ke Air Terjun Gabai pula yang terletak di kawasan berhampiran.


akan bersambung..

No comments:

Post a Comment