Pages

Thursday, July 7, 2011

Trip Berempat Ke Rajah


Masa: 2 - 3 Julai 2011
Lokasi: Bentong, Pahang

Akhirnya trip yang hampir sebulan dirancang ini hanya 4 orang yang follow, sebabnya ramai yang tarik diri pada last minute. Walaupun 4 orang je, tapi trip tetap diteruskan, klo tak,sia-sia aku gi riki aritu.

Ok, kami mula bertolak dari Shah Alam dalam 7.00 pagi 2hb. Janji ngan sorang member dari Jengka untuk kumpul di depan pasar Bentong pada 8.30 pagi untuk sarapan pagi.

Lepas sarapan, kami mula gerak ke Air Terjun Chamang. Tempat ni dekat je ngan bandar Bentong, ikut je signboard, dalam 20 minit sampai. Lepas bersiap-siap packing sume barang, 9.45 baru kami mula mendaki bukit di belakang tandas di Air Terjun Chamang untuk mulakan perjalanan melalui jalan balak. Dan hampir pukul 1 tengahari baru kami sampai di Kem Lata Naning. Kat sini kami rehat untuk makan nasi yang tapau dari kedai tadi. Lepastu tetiba hujan turun so kami terus pasang fly ngan ground dan rehat jap, sambil masak air. Bila hujan berenti pon kami malas-malas lagi untuk gerak. Tengok jam, dah 3.30 petang. Aku pon dah malas sebab macam dah lewat, tapi last-last dorang paksa jugak gerak sebab nak sampai puncak jugak. So kami pon mula packing balik barang-barang dan gerak dah dekat pukul 4 petang.

Sampai di Kem Hijau dalam pukul 5 petang, kami isi bekalan air sebab perlu mendaki selama 2 jam lagi tanpa tempat air sebelum sampai ke Last Waterpoint. Di Kem Permatang, sempat bergambar atas pokok sambil tengok puncang Gunung Rajah kat sebelah.


Sebelum sampai Last Waterpoint, ada sorang geng sangkut kat tempat panjat batu yang pakai tali tu, sampai terketar-ketar katenya. Dan seperti dijangka, pukul 7 malam baru sampai Last Waterpoint, tapi hari masih cerah lagi. Kami terus pasang fly dan ground untuk tido malam ni. Kat sini sempat juga aku mandi dengan air yang jatuh kat celah-celah batu, macam mandi kat rumah je rasanya, tapi sejuk tu takyah katala. Then lepas masak dan makan, kami pon tido..

Pukul 6 pagi kami mula bangun sebab nak tengok sunrise kat puncak. Lepas siap-siap, dekat pukul 7 baru gerak. Sampai dalam 7.30 pagi kat puncak tapi sikit pon tak nampak matahari, kabus je banyak, tak nampak langsung kat keliling. Jadi kami pon bergambar je lah seadanya. 






Kat puncak jugak kami sarapan dan turun semula dalam pukul 9 pagi. Dan akhirnya pukul 3 petang barulah kami sampai semula di Air Terjun Chamang. Overall, trip ni ok lah, walau kat puncak tak nampak ape, tapi tetap ok sebab pendakian kami barjalan lancar.

3 comments:

  1. ni dah boleh update entri ni dah kira selamat lah kan? hihihi~

    ReplyDelete
  2. - best nyer...adventure betol lah hidup Ali...

    ReplyDelete
  3. gB,
    save and sound..haha

    Ai,
    slagi ade kesempatan..hihi

    ReplyDelete