Pages

Thursday, January 27, 2011

Siri Expedisi: Air Terjun Chiling

Masa: 1 Ogos 2009
Lokasi: Kuala Kubu Bharu, Selangor


Tarikan utama di Sungai Chiling tentulah dengan kelibat ikan kelahnya yang banyak menyusur di sepanjang sungai. Sungai Chiling merupakan tempat pemeliharaan ikan kelah di Selangor dan dijaga oleh Jabatan Perikanan Selangor. Selain ikan kelah, di sini juga terdapat air terjun yang dikatakan tercantik di Selangor.

Dari pekan KKB, anda perlu menghala ke arah Bukit Fraser dan akan melalui empangan Sungai Selangor yang luas dek pandangan mata. Pintu gerbang Sungai Chiling pula terletak beberapa meter selepas sebuah jambatan kecil setelah anda melepasi empangan tersebut (dalam 20 km dari KKB). Dari pintu gerbang utama, anda perlu pula berjalan kaki untuk kira-kira 15 minit sebelom sampai di tapak perkhemahan. Dan untuk pengetahuan anda, santuari ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

Di tapak perkhemahan terdapat kemudahan surau, tandas dan juga wakaf istirehat selain pejabat perhutanan. Untuk berkhemah di sini, bayaran rm3 dikenakan seorang untuk satu malam. Kami yang tidak pernah datang ke sini telah membawa skali portable stove untuk membakar ikan di tempat air terjun, malangnya kami tidak dibenarkan berbuat demikian. Maka kami pon terpaksa membakar ikan di tapak perkhemahan saje kemudian dibawa ke tempat air terjun.


 Untuk ke tempat air terjun, kami perlu melintasi sungai sebanyak enam kali. Lintasan pertama adalah melalui jambatan gantung dan lima lintasan seterusnya perlu meredah sungai tersebut. Ketika itulah anda akan nampak kelibat ikan kelah yang banyak sedang melawan arus. Perjalanan jungle trekking ini mengambil masa kira-kira satu jam.


Seperti disangka, air terjunnya yang tinggi itu sangat cantik. Namun bagi aku, tempatnya sedikit terhad mungkin kerana telah ramai orang pada masa kami sampai. Aku yang sedikit bosan telah memanjat tebing air terjun tersebut. Secara personal, aku lebih suka air terjun Lepoh kerana boleh merasai aktiviti ekstrem menggelongsor.


Namun baru-baru ni aku baru saje tahu bahawa terdapat dua lagi tingkat air terjun di atas air terjun pertama itu. Dan di situ dikatakan tidak ramai pengunjung yang tahu. Maka mungkin aku akan kembali ke sini semula pada masa akan datang untuk merasai air terjun tingkat dua dan tiga plak. Hanya masa yang menentukan,hakss

12 comments:

  1. haha. detail. saya dah pegi dua kali tak tak buat entry detail. ingat next time nak pegi yang air terjun lagi atas tu pulak. ada baca air terjun tu bahaya sikit trek dia.

    ReplyDelete
  2. Owh da pegi ek.

    itula,len kli nak pegi tgk yg kat ats plak.lagi bahaya lg nak try.haha

    ReplyDelete
  3. kat area cni la ade tpt utk water rafting tu. mmg aliran sungai yg sama.

    ReplyDelete
  4. Oh yeke
    so sg. tu ade kelah x..haha
    tp xtau plak area tu ade wat water rafting..hmmm

    ReplyDelete
  5. salam bro

    TQ for sharing. Hmmm sebenarnya aku tataipon kewujudan sungai ni di selangor. Pernah dengar tapi ingatkan kat negeri lain.. anyway nice place.

    ReplyDelete
  6. wassalam,

    try la pegi.tempat ni mmg lawa,dijaga 24 jam la katekan.

    ReplyDelete
  7. berjalan sakan ko kan ali.. bagus2.. nanti jangan lupa ajak aku.. hahha..

    ReplyDelete
  8. haha
    ko saje ilang ntah kmane
    xpe,klo ade rezki blh je g skali mane2

    ReplyDelete
  9. penerangan yg ringkas dan padat. senang ingat kalau nak terjah tempat ni

    waaa..cik chirpy penah pegi tempat ni gak ke?

    ReplyDelete
  10. miggu dpan nk p chiling, nk wat family day n bbq..hooo bley ke nk bakar ayam dkat c2?jarak taak perkemahan dgan air terjun jauh x AL??

    ReplyDelete
  11. Dark,
    ak xreti nk wat ayat bunga2..haha

    cik chirpy x penah g sini, cume dia ckp maybe area sini yg dia buat water rafting dlu
    tp ak xtau plak tmpt mane..huhu

    miss luna,
    sori lmbt reply,de camping aritu

    owh bestnya wat family day
    blh je nk bakar ayam kat tapak khemah tu
    lg best klo psg khemah skali kat situ
    sungai plak sblh je,so nk mandi situ pon leh gak
    cume kat air terjun xbleh psg khemah atau wat bbq,blh mandi je
    jarak dr tapak khemah lak dkt 2.5km tp bbaloi ltih sket je pon

    try tgk sini
    http://www.waterfallsofmalaysia.com/51chiling.php

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum.. slmt pg..
    nk minx cadangan n idea.. hihi..
    kami plan nk g perkhemahan y simple2 je, n bermalam. area selangor. so mana tempat y agak bes ye mr ali?.. sory for disturbing u

    ReplyDelete