Pages

Wednesday, November 3, 2010

Siri Expedisi: Gunung Tebu (#2)

Masa: 19-20 Jan 2008
Lokasi: Besut, Terengganu

Pendakian kali ini adalah kesinambungan dari Siri Expedisi Gunung Tebu yang lalu. Expedisi ini dianggotai oleh hampir semua geng UV dengan kekuatan anggota seramai 12 orang.



Silalah nikmati pengembaraan kami yang penuh mendebarkan ini. Hehe


Kami bertolak dari Shah Alam pada 18hb dengan menaiki bas ekspres pada pukul 8.30 malam. Pukul 5.30 pagi besoknya kami
sampai di pekan Jertih, Besut. Kami sempat berehat di surau di pekan tersebut. 

Di surau, kami bersiap untuk memulakan perjalanan ke Lata Belatan pula. Namun ade jugak yang sempat terlelap di situ.

Setelah bersarapan di pekan Jertih, kami menaiki teksi ke Lata Belatan. Apabila sampai saja di sana, tanpa membuang masa kami terus bersiap untuk mendaki.

Sebelum mula mendaki, sempat lagi bergambar.

Tepat 9.35 pagi, dalam suasana hujan rintik-rintik kami memulakan perjalanan mendaki Gunung Tebu.

Di kala merentasi sungai.

10.10 pagi, sampai di checkpoint pertama, Sungai Cakah Dua.
Sepanjang perjalanan ke checkpoint ini, kami hanya melalui permukaan landai dengan hanya menyusuri sungai.

 


 
Selepas itu kami melalui permukaan yang sedikit mendaki.

Pukul 12 tengahari, sampai pula di checkpoint ke 2, Batu Mat Hasan. Di sini kami ambil masa untuk berehat serta menjamu selera.

 




 Setengah jam selepas checkpoint ke 2 kami sampai pula di checkpoint Jendela Pandang.

Pemandangan di Jendela Pandang.

Berhampiran Jendela Pandang adalah Punca Air namun kami tidak turun kerana sudah mempunyai bekalan air yang mencukupi.

Selepas itu barulah kami melalui permukaan mencongak hinggalah sampai ke puncak. Bermula dari sinilah part yang paling banyak menggunakan tenaga.

2.30 petang, kami sampai di pucak Gunung Tebu. Terus saja ambil peluang bergambar di sekitar puncak.





 Selepas seketika di puncak, kami teruskan perjalanan ke tapak perkhemahan pula yang mengambil masa setengah jam dari puncak.
Suasana di tapak perkhemahan sangat sejuk walaupun hari masih siang.

Batu yang diukir di sekitar tapak perkhemahan kami.

 
Dan juga tapak kubur.

 
Menjamu selera di waktu petang.

 
Aktiviti pemanasan.




 Suasana berkabus dan dingin seperti berada di negara beriklim sejuk.

 

 

 
Anda boleh bayangkan betapa banyaknya kabus pada masa ini dan betapa sejuknya hanya kami yang tahu. Sungguh indah menikmati suasana sebegini. Malamnya kami nyenyak dibuai mimpi dalam kedinginan.

Keesokan pagi kami ke punca air berhampiran tapak khemah. Tidak lama selepas itu kami bergerak turun.

Bergambar di puncak sebelum turun kembali.

Pukul 3 petang kami sampai di bawah. Seperti biasa, diteruskan dengan acara mandi manda di sungai.

Para gadis bergambar riang.

Para jejaka pula bergambar posing tak habis2.

Selepas asar, kami bergerak balik ke pekan Jertih seterusnya menaiki bas balik ke Shah Alam.

Secara keseluruhan, kami amat berpuas hati dengan ekspedisi kali ini.Pengalaman yang sungguh indah sehingga tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

2 comments:

  1. da lame na pegi sini...tp cam bese....terbantut jgk...huhu

    ReplyDelete
  2. haha rugi tau x g sini
    antara gng yg penah naik,
    yg ni ade pmandangan pling lawa
    klau hri cerah, blh nmpak laut ngn plau skali
    suasana kat ats pun best

    ReplyDelete