Pages

Tuesday, April 10, 2012

The Way Back [2010]


Satu cerita pengembaraan yang paling extreme penah aku tengok, dari sebuah buku bertajuk The Long Walk yang bersandarkan kisah benar. Menakjubkan cerita yang mengisahkan perjalanan banduan yang mahu melarikan diri dari tawanan pihak komunis Rusia di Kem Gulag, Siberia. Perjalanan sejauh 4000 batu yang memakan masa berbulan-bulan merentasi Rusia, Mongolia hingga ke Tibet kemudiannya sampai di India, pelbagai rintangan mereka hadapi. Bermula dengan 7 orang dan berakhir hanya 3 yang betul-betul sampai di India.

Ujian yang dihadapi pula bermacam-macam, dari kesejukan melampau bersalji, keperitan pergunungan Himalaya hinggalah melalui padang pasir yang kering kontang semua mereka tempuhi. Dari muka kemerahan menahan panahan mentari padang pasir, bibir merekah kerana kekurangan air hingga kaki melecet dan cedera kerana jauh berjalan, semuanya sangat memeritkan. Yang paling menarik minat aku adalah cara mereka survive selama berbulan-bulan itu. Macamana mereka hidup dengan makan ular berbisa, menggunakan simpanan air yang terhad, mengetahui arah berpandukan kedudukan matahari dan berlindung dari ribut salji serta ribut padang pasir.


Watak utama dan bertindak sebagai ketua pelarian adalah seorang askar Poland yang telah dikhianati isterinya sendiri. Sepanjang perjalanan mereka juga menghadapi persoalan setiakawan dan kemanusiaan dalam keadaan terdesak. Walau terselit kisah sedih dengan 3 orang berakhir dengan kematian, namun semangat mereka masih utuh untuk pastikan perjalanan mereka berjaya sampai ke destinasi yang selamat, dan mereka berjaya. Di pengakhiran cerita, watak utama kembali ke rumah setelah hampir setengah abad untuk berjumpa isterinya, dan dia memaafkannya atas apa yang telah dilakukannya dulu.

Sebuah pengisisan hujung minggu yang berbaloi bagi aku di sebalik kesibukan hari-hari kebiasaan!

No comments:

Post a Comment