Pages

Monday, December 12, 2011

Terbaik! Trip 4X4 Ke Air Terjun Pelangi


Terletak di Sg. Lembing, Kuantan, Air Terjun Pelangi ialah satu tempat yang patut dikunjungi oleh pencinta alam atau sesiapa sahaja yang ingin membebaskan diri dari masalah di kota. Kejadian pelangi yang terdapat di air terjun setinggi 50 meter ini sangat mengasyikkan dan menunjukkan betapa indahnya ciptaan alam ini. Berbekalkan hanya sinaran mentari, cahaya yang terbias melalui air terjun ini akan menghasilkan pelangi yang pelbagai bentuk dan lapisan berdasarkan kedudukan anda. Namun ianya hanya terbentuk pada sebelah pagi sahaja, sekitar 8 pagi hingga 11 pagi.

[Perjalanan kami]

Kami mula berkumpul di Petronas Gombak pada 12 tengah malam 2hb 12. Setelah semua peserta sampai kami pun bertolak ke Kuantan melalui Lebuhraya KL-Karak dan sampai sekitar 5 pagi hari Sabtu. Sementara menunggu siang, kami berehat di sebuah stesen minyak dan kemudiannya sarapan bersama sebelum bertolak pula ke pekan Sg. Lembing. Di sini kami singgah sebentar membeli barang keperluan dan melepas hajat masing-masing sebelum masuk hutan meneruskan kembara pacuan empat roda kami.

Sekitar pekan Sg Lembing;sebuah pekan yang kecil namun begitu aman
Jam 0815 kami pun gerak dari pekan Sg Lembing dan meneruskan perjalanan offroad ke campsite kami iaitu Lubuk Beruk. Perjalanan mendaki bukit, melintas anak sungai dan pelbagai permukaan jalan mengambil masa 1 jam setengah.
Satu-satunya jambatan yang perlu dilalui untuk ke Air Terjun Pelangi, kalau hujan lebat, jambatan boleh tenggelam dan tidak akan boleh dilalui

Melintasi anak sungai
Melalui kawasan chalet terbiar
Setelah sampai di Lubuk Beruk, kami terus sediakan makan tengahari untuk semua peserta. Sementara yang lain pula sibuk memasang khemah yang dibawa, dan kemudian ada juga telah terlelap dek letih mengharungi perjalanan tadi.

Baru sampai; ushar-ushar kawasan sekitar campsite dulu
Terdapat rangka tempat berteduh yang ditinggalkan
Masak nasi pakai unggun api, lagi sedap
Para yang kami bina untuk tempat memasak
Ada yang pasang khemah, ada juga pasang hammock
Berlenang-lenang di tepi sungai..relaxx..
Ada juga yang terus merasai air sungai bersebelahan
Kawasan campsite kami
Pada petangnya kami mulakan aktiviti pertama kami iaitu treking ke Gua Cermin. Perjalan ke Gua Cermin adalah sejauh 1 jam dari campsite melalui trek di tepi sungai. Namun treknya sudah hampir hilang menunjukkan sudah lama orang tidak datang ke sini. Mungkin ramai yang tidak tahu pasal tempat ni. Di Gua Cermin, terdapat air terjun dengan pusaran yang dalam dan lubuknya juga banyak terdapat ikan tengas. Namun kami tidak dapat masuk ke dalam gua disebabkan air yang sedang pasang sehigga mulut gua ditenggelami air.

Sesi membuang pacat yang melekat dalam perjalanan ke Gua Cermin
Aktiviti memancing sepanjang sungai
Lubuk Gua Cermin, banyak terdapat ikan di sini
Air yang deras dan dalam depan gua
Terdapat pusaran air di sini, sangat bahaya bagi yang tidak mahir berenang
Pagi Ahad barulah kami mulakan perjalanan ke Air Terjun Pelangi dengan trekking dalam hutan selama 45 minit. Dalam perjalanan kami bertembung dengan sekumpulan yang lain yang datang ke sini menggunakan teksi yang disediakan warga Sg Lembing. Dengan bayaran RM30 seorang, anda boleh ke sini dari pekan Sg Lembing dengan menaiki pacuan 4 roda yang telah diubahsuai dan dijadikan kenderaan pengangkutan ke tempat ni.

Apabila kami sampai di air terjun, matahari sedang memancar terik dan kami terus dapat melihat pelangi yang terbentuk depan mata kami. Sangat indah fenomena yang berlaku. Di depan air terjun juga, anda akan dapat merasai titisan kecil air terjun yang jatuh bertaburan dan jika mahu menangkap gambar, kamera yang tidak kalis air adalah tidak digalakkan, nanti asyik kena lap kamera je sepanjang masa.








Petangnya barulah kami bertolak pulang kembali. Namun dalam perjalanan sebuah kereta telah mengalami kerosakan dan aktiviti pembaikian pun dilakukan dan berjaya..buat sementara. Bila masuk lebuhraya, tanda kerosakan kembali dikesan dan kami terpaksa berhenti di R&R Gambang, kali ni kami tidak berjaya membaikinya disebabkan ketiadaan alat ganti. Kederaan penunda pun dihubungi dan pukul 3 pagi barulah kami dapat pulang kembali ke Kuala Lumpur. Huhh..hujung minggu yang begitu padat tapi menyeronokkan.








15 comments:

  1. alamak....kenapa best???? pssttt...kalau duduk bawah pelangi tu nampak rupanya macam mana?

    ReplyDelete
  2. Salam kenal..


    masyallahhh cantik nya pelangi tu.. masa akak muda2 dulu suka gak join cam ne. dah tua2 ni tak larat nak extreme cam u..

    ReplyDelete
  3. gB,
    best tu refer kpd seluruh xpdc ni la gB,wlau part kete rosak tu pun bl pikir blk best jgk, kenangan berjam2 tunggu nk baiki kete..

    klo btol2 duk bwh pelangi tu, rupa lbh kurang je, tp kdudukan plangi tu mgkin berubah sbb bentuk pelangi tu berdasarkan kedudukan kita. klo nk tau cmne kena pegi la kan..hehe

    Tikah,
    haa..ni tmpt plg lawa penah ak gi stakat ni

    Yan,
    salam kenal jgk kak

    hehe tula msa ni la nk discover sume, da berusia nnt xtau larat x nk wat sume ni lg..

    ReplyDelete
  4. gambar2 yg sgt cantik!! anyway, salam kenal.. kalau nak baca my experience travel ke 46 buah negara, sila2 la singgah my blog (Aku Sebutir Pasir).. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaya bro..ke kije travel agency? Untong ler..

      Delete
  5. Cantik..!!

    best la blog ko ni, bro.
    Keep it up...!!!

    ReplyDelete
  6. ni tempat paling cantik penah aku pegi stakat ni,mmg marvellous!

    slagi ade minat dan mampu menulis, slagi tu blog ni akn ade update psl xtvt outdoor ni..insyaAllah

    ReplyDelete
  7. Sangat cantik. Kena pergi ni. Terima kasih kongsi pengalaman ya bro. :)

    ReplyDelete
  8. nak ke puncak air terjun tu mmg kena naik 4*4 ke?? ad trek utk jungle traking ambil masa bapa lama eyh???

    ReplyDelete
  9. nak ke puncak air terjun tu mmg kena naik 4*4 ke?? ad trek utk jungle traking ambil masa bapa lama eyh???

    ReplyDelete
  10. Shahrul,

    tq2 moga bermanfaat

    Siti,
    mmg kena pkai 4x4, sendri atau yg pnduduk sg lembing sediakan,dlm ms sejan stengah smp lubuk beruk, tp bkn smp ke puncak air terjun. nk ke situ br kena treking lg 45mnt

    Anon,
    xdelah,student lg ms tu, dah minat katekan

    ReplyDelete
  11. Kelah ada x sana bro?

    ReplyDelete