Hujung minggu lepas barulah dapat merasa kembali betapa indahnya berhujung minggu di rumah dengan aktiviti-aktiviti rilek dan santai. Nak buat macamana, sejak berbulan-bulan lepas, setiap kali masuk hujung minggu je akan masuk hutan, sampai lupa dah macamana perasaan pagi-pagi layan cerita kartun kat tv, pergi pasar minggu dan pastinya lepak-lepak dengan geng serumah yang semua pun sedang bercuti. Minggu lepas baru dapat rasa kembali nikmatnya..huhh. Selain tu dapat jugak buat aktiviti-aktiviti sampingan, macam memanjat a.k.a climb yang dah lama aku tinggalkan.
Petang sabtu tu pergi teman member pasang route baru untuk wall di Shah Alam Ektreme Park, Seksyen 13. Masa tu jugak sepatutnya ada geng nak wat competition tapi tak jadi sebab hujan. So petang tu aku sekadar teman geng yang nak tukar route ni je lah sambil tolong tengok-tengok.
Ahad pula ingat nak duk rumah je. Tapi bila buka je fb, ada geng ajak pergi rock climb, apalagi terus on la. Tapi semua pakat lengai nak gerak pagi tu, last-last petang pukul 3 baru gerak. Kami ke Gua Damai je, ok juga untuk beginner macam aku ni, takkan terus nak try Nanyang, Nyamuk, Volleyball, Red Rock, Comic, White Wall, Roadshow semua tu kan..hah. Yang lain tu lain hari la pula.
Sampai je sana ramai sangat dah orang, route pun banyak yang orang dah conquer. So kami pasang je lah route yang ada tu. Dan sempatlah juga merasa main lead satu round, lepas tu terus lenguh-lenguh tangan.
Sampai je sana ramai sangat dah orang, route pun banyak yang orang dah conquer. So kami pasang je lah route yang ada tu. Dan sempatlah juga merasa main lead satu round, lepas tu terus lenguh-lenguh tangan.
hebat2~~
ReplyDeletehahah
ReplyDeletewoih giler kentang lom tdo lg
ko la hebat sifu climb
Beb, jom climb sama-sama..!!! :-D
ReplyDeletemacam syok je, aku tak try lagi kat damai tu..
ReplyDeleteTakatoo,
ReplyDeletejommm! tp skrg tgh bz la plk..
Aie,
haha ko ptot try skali skala