Secara amnya Hulu Langat Adventure Race (HULAR 2011) ni diadakan sekitar kawasan Hulu Langat, Selangor meliputi jarak sejauh 77km. Ia dianjurkan oleh Persatuan Kembara Negara dengan melibatkan 5 disiplin iaitu berlari, berbasikal, berkayak, rempuh halangan, dan tali tinggi. Tempat permulaan/penamat pula ialah di IKBN Dusun Tua.
Tapi aku jadi kru untuk disiplin tali tinggi, iaitu aktiviti abseiling. Checpointnya ialah di Air Terjun Perlus. Lagi sekali aku ke Perlus lepas pertama kali datang untuk suka-suka sebelum ni. Berbanding kali pertama haritu, kali ni aku lebih bersedia dari serangan pacat dengan berbekalkan semburan bygon dan juga air tembakau. Hasilnya aku tidak lagi dikerumuni berpuluh-puluh pacat seperti sebelum ni, tapi sekor masih mampu melekat sehinggalah aku sedar ketika sampai di destinasi. Masa treking kali ni juga lebih singkat iaitu 2 jam 45 minit mungkin sebab disertai geng yang telah biasa treking, walaupun beban sudah bertambah. Yalah, kena bawa tali dan equipment tu semua, naye la jugak kami.
Bila kunjungan kedua ni baru aku tau di sini pernah dibuat aktiviti abseiling. Tempatnya ialah bersebelahan air terjun dengan ketinggian kira-kira 40m. Dan untuk setup anchoring jugak tidaklah rumit sebab telah tersedia nat yang telah ditanam di batu disambing pokok berdekatan. Sekurang-kurangnya dua route boleh dipasang. Kerja setup anchoring semua ambil masa 2 jam, dari pukul 5 sampai 7 malam.
Pagi 27hb 11, kami pun mula ke tempat pembahagian kerja masing-masing. Ada yang jadi dispatcher kat atas, ada yang jadi stopper dalam air dan yang lain sebagai penyambut peserta.
|
Penyambut peserta. Tugas: mengisi kehadiran peserta, menyediakan harness dan belay device, dan membahagikan reben. |
|
Salah satu team yang menyertai sedang memakai harness. |
|
Stopper sedang bersedia |
|
Itudia, peserta sedang turun dengan lajunya |
|
Akibat permukaan batu yang licin, ada juga peserta yang tergelincir..memang sangat perlu berhati-hati |
|
mandur sedang mengawasi anak buah bekerja |
|
Bila semakin siang, kelibat orang ramai yang datang untuk mandi-manda pun mula kelihatan |
|
dan semakin bertambah ramai... |
|
sehinggalah kelihatan seperti tempat perkhelahan yang biasa dilihat |
|
|
***************
Pukul 2 petang checkpoint kami pun ditutup dan kami mula berkemas untuk kembali ke IKBN. Pada 4.14 petang barulah kami mula treking pulang dan sampai kembali di perkampungan orang asli pada 2 jam kemudian. Masa balik laju je..siap lari lagi masa turun bukit walaupun tanah licin sebab hujan. Ramai je yang terjatuh dan tergelincir. Namun alhamdulillah semua selamat sampai dan kemudian kami dibawa kembali ke IKBN dengan van MPKj sebelum ramai-ramai ke Kajang menikmati hidangan sate sampai kenyang. Lepastu barulah kami bertolak pulang ke Shah Alam.
.
BESTNYER...!!!
ReplyDeleteAda member yang rajin buat abseiling tak kt c2..!!?? Nak join gak....!!!
Al,
ReplyDeleteDah berapa kali teringin nak pg Perlus ni tapi tak sampai-sampai jugak!!! Asyik musim hujan jer.... Penat membayang pacat meloncat-loncat minta darah tu..... Hehehe.... Rindu tul dengan bau hutan, bunyi air terhun bagai nih...
Takatoo,
ReplyDeletexde plk tau member yg slalu gi citu
anchor yg pasang tu pun xtau sape wat
yg gi ni pon sbb ade event, klo x xdenya nk bwk tali sume
mas,
haha
biasela pacat mlekat sekor dua tu
da mmg tmpt dia,ape slhnye derma darah sket..hehe
untung la..sape yg leh pacat pling byk??hehe
ReplyDeletentah..dak pompuan kot
ReplyDeletepacat pon pndai pilih mangsa tauu