Pages

Monday, November 21, 2011

Misi 111111 Puncak Chamah: Day 1


sambungan dari SINI

Pagi 9/11 kami diisi dengan berkeliaran sekitar stesen ketapi mencari jamban, surau dan tak lupa aktiviti makan pagi di kedai berdekatan stesen...pagi-pagi pun dah makan berat;nasi berlaukkan ayam masak lemak...hmmm. Sedang kami bersiap, datanglah 3 buah pacuan 4 roda yang akan membawa kami ke starting point melalui jalan balak yang dikatakan mampu mencecah 4 jam itu. Abislah semua kebas bontot nanti...

Log perjalanan kami;

8 am - Bertolak dengan menaiki pacuan 4 roda
8.30am - Sampai Kuala Betis, bermula laluan jalan balak
9.30am - Melalui SK Tohoi, sebuah sekolah berasrama untuk anak orang asli
10.30am - Melalui Kg Dangdut, sebuah kampung kecil orang asli
11am - Turun dari pacuan 4 roda setelah jalan tidak lagi boleh dilalui kenderaan tersebut
11.45am - Start trekking melalui jalan balak
1pm - Bermula trekking melalui trek hutan pula
2pm - Lunch 20 minit di sebuah sungai
2.30pm - Sampai di kampung orang asli Rekom (kami ambil masa lebih kurang 30 minit di sini mengagih pakaian terpakai dan bergambar dengan orang asli)
3.30pm - Sampai di Kem Pakma dan perjalanan diteruskan
4.20pm -  Sampai pula di Kem Tengah dan mula memasang fly untuk bermalam di sini.


Pemandangan klasik di depan Stesen Ketapi Gua Musang

Tak kira di mana jua, gaya itu pasti

Group lengai??

Group gay!!!
Pemandangan yang sedikit janggal: mengangkut PATI di tengah2 bandar

Akibat kebosanan terlampau, inilah jadinya

Namun masih ada yang kekal aktif walau berjam-jam di atas powil

Dah nama pun jalan balak..


Singgah Kg Dangdut untuk buang air

"Sampai sini jah dik, keta abe tokleh rukah doh, adik rukah sendiri lah pulak deh", kata abang driver powil

Maka bermulalah pendakian di bawah bahang panas mentari
Urghhh..urgghhh
Uishhhh...bahaye nih

Yang hebat saje mampu meniti, yang tak hebat turun bawah

Take rest dan lepak lunch kat sini

Kg Rekom!
Serta makhluk comelnya...

Sampai sudah Kem Tengah..cepat sket setup campsite nak,hari da gelap...

Ape motif pon tak tau yang sorang tu

Sesi beramas mesra sebelum tidur beramai-ramai di bawah fly



akan bersambung...

sumber gambar: Zaki, Wei, Abu, Dodot, Aie

No comments:

Post a Comment