Pages

Friday, November 18, 2011

Misi 111111 Puncak Chamah: Day 0


Pada tarikh yang dikatakan begitu 'special' 111111 yang lalu, aku telah mengikut sekumpulan 30 orang pelajar UiTM Shah Alam ke Gunung Chamah di Gua Musang, Kelantan. Program ini merupakan sebahagian daripada Misi 30 Puncak UiTM seluruh Malaysia, yang mana sebanyak 30 kelab/persatuan/pasukan beruniform diberikan sebuah gunung untuk ditawan pada tarikh tersebut. Bagi kelab kami, kami dapat Gunung Chamah.

Ya misi kami hanya ke Chamah sahaja, tidak sekali dengan Gunung Ulu Sepat yang kebiasaannya didaki bersama kerana kedua-duanya berada berdekatan dan kedua-duanya jugak adalah di kalangan G7; antara 7 gunung tertinggi di Semenanjung dan melebihi 7000 kaki.

Jadi pada hari sifar pendakian kami 8/11 bermula di UiTM Shah Alam mengemas barang-barang keperluan ke dalam haversack masing-masing sebelum bertolak pada 5.30 petang. Sekitar 12 tengahmalam kami sampai di Stesen Ketapi Gua Musang dan bermalam di sini sementara menunggu pacuan 4 roda mengambil kami keesokan harinya. Mungkin masih tiada apa yang menarik kecuali gelagak kami bergelandangan tidur; dalam bas, atas jalan tar dan juga di stesen ketapi sendiri. 










Keesokan harinya...


akan bersambung...

sumber gambar: Zaki, Wei, Abu, Dodot, Aie

4 comments:

  1. salam dr komander uitm sabah ^^ xpdc 111111 kami di gunung trus madi =D

    ReplyDelete
  2. Wassalam komander..

    Wahhh mantap tu dpt trusmadi,kedua ttinggi d malaysia slps kinabalu. tahniah utk team anda!

    ReplyDelete
  3. seronoknya lah kalau dpt join..

    btw..syabas!

    ReplyDelete