Pages

Wednesday, October 12, 2011

Trip Gunung Besar Hantu


Dengar saja namanya dah cukup untuk orang melabelkannya sebagai tempat yang seram, menakutkan atau berkemungkinan akan terjumpa hantu. Sekurang-kurangnya itulah respon kawan-kawan bila aku bagitau nama gunung yang aku pergi hujung minggu lepas ni. Namun bila saja melangkah ke sana, hanya kegembiraan dan keriangan yang terbit dari kami seramai 34 orang peserta ke Gunung Besar Hantu di Jelebu, Negeri Sembilan.

Kami yang kebanyakannya dari KL berkumpul di Masjid Pekan Batu 14, Hulu Langat sekitar 12 pagi dan jam 2 pagi mula bergerak ke Kg Chennah di Titi, Jelebu. Konvoi kami sampai jam 3 pagi dan terus ke masjid kampung tersebut untuk berehat dan simpan tenaga untuk pendakian esoknya. 

Paginya setelah bersarapan di gerai berhampiran, jam 9 kami mula bergerak ke starting point Gunung Besar Hantu dengan menaiki 3 buah kenderaan 4x4. Kami melalui jalan yang sedang dalam pembinaan yang hanya boleh diakses oleh pacuan 4 roda.







Mula trekking pada 10.30 pagi, kami mengambil masa sejam melalui jalan balak untuk sampai di checkpoint 1 iaitu Sg Kering. Di sini kami masak untuk makan tengahari sebelum meneruskan pendakian pada pukul 2 petang ke Campsite kami, Kem Orkid.

Dari Sg Kering, pendakian masih tidak terlalu memenatkan kecuali terpaksa melalui trek yang sempit dan simpang yang boleh mengelirukan. Kami bernasib baik kerana guide kami membawa sekali gps sebagai petunjuk kepada jalan yang akan kami lalui. Dalam masa sejam setengah, kumpulan pertama sampai di Kem Orkid dan terus menyiapkan tempat bermalam masing-masing sementara menunggu kesemua peserta sampai. Ada yang memasang fly, ada yang mendirikan khemah dan ada juga yang menggantung hammock walaupun tempatnya tidak begitu sesuai, itulah aku:) Pukul 6.30 petang barulah peserta terakhir sampai kerana telah tercedera semasa pendakian tersebut.




Malam kami di Kem Orkid dipenuhi dengan aktiviti masing-masing sebelum diakhiri dengan sesi ice breaking antara peserta.Jam 12 malam kami mula tidur setelah sebulat suara bersetuju untuk mula mendaki ke puncak pada 6.00 pagi gara-gara mahu melihat matahari terbit. Sekitar 1 pagi hujan rintik-rintik beserta angin kencang melanda campsite kami namun hanya untuk seketika dan membolehkan kami tidur lena sampai terlajak di paginya.

Tidak seperti dirancang, pukul 7.30 pagi barulah kami mula mendaki ke puncak. Pendakian dari sini ke puncak sedikit mencabar dengan skali skala terdapat tempat yang sedikit pacak, tapi kami masih boleh tersenyum sebab hanya membawa daypack malah ada yang bertangan kosong mendaki. 9.00 pagi kami sampai di puncak disambut hembusan angin pagi yang sejuk. Dari puncak boleh tengok pemandangan 360, siap boleh nampak genting Highlands lagi.




Setelah bergambar bagai, kami mula turun dan terus packing barang di Kem Orkid untuk turun ke Lata Kijang. Untuk ke sini, kami perlu lalui tangga besi 365 yang simpangnya bermula di pertengahan jalan balak. Walaupun kelihatan sudah usang, namun ia masih mampu menampung kami untuk turun ke Lata Kijang yang sangat cantik pemandangan air terjunnya.



Ketika sedang meneroka air terjun tersebut kami terjumpa penemuan yang menydihkan. Terdapat 2 ekor ular yang besar sedang terapung di gigi air dan telahpun mati berkemingkinan jatuh dari air terjun tersebut. Seekor merupakan tedung selar  dan seekor lagi sawa. Salah seorang peserta kami yang mencintai spesis ini telah membedah organ haiwan tersebut sebagai sebahagian daripada kajian pengajiannya.


Namun bagi kami yang lain tidak segan silu bermain air terjun di situ yang terasa begitu nikmat sekali. Sungguh indah Lata Kijang seperti diperkatakan. Sepertinya trip kami ke sini amatlah berbaloi.






Info trek: Dari starting point ke checkpoint 1 iaitu Sg Kering, terdapat simpang ke Lata Kijang yg ditandai dengan satu signboard di sebelah kiri. Namun jika mula dari Lata Kijang, perlu naik melalui tangga 365 sampai ke jalan balak dan hala ke kiri. Di Sg Kering, hala ke simpang kanan. Selepas itu terdapat lagi 3 simpang yang boleh mengelirukan. Tipsnya ialah, simpang 1 ambik kanan, simpang 2 ambik kiri dan simpang last ambik kanan kemudian akan sampai di Kem Orkid. Antara Kem Orkid ke puncak terdapat lagi 1 simpang. Kanan menghala ke puncak Besar Hantu manakala kiri hala ke puncak Hantu/Anak Hantu.

8 comments:

  1. Replies
    1. KRU UMK pon ada buad event gk... KELAB REKREASI UNIVERSITI(umk)

      Delete
  2. Wassalam..
    blog sy ni hny mnceritakan kembali pengalaman turut serta xtvt2 outdoor ni, sbg knangan dn jg panduan masa depan..sy x organise sndiri pn

    tp klo nk join xtvt camni, blh join grup2 outdoor di fb. Ada sy listkn sbhagian drpdnya kt fb page sy http://www.facebook.com/pages/Ekspedisi-Kembara-Si-Ali/192679437462751 ...silakan

    ReplyDelete
  3. cantik pemandangan gunung2 tu...lata kijang pernah gak tracking dulu.tp just takat area dkt2 je sbb bwk budak.

    ReplyDelete
  4. cantik kn..air terjun dier tinggi woo..cme xde tmpt dlm je

    ReplyDelete
  5. as salam bro..nak tanya untuk area sungai kering..apa yang ada dekat area situ dan kelebihan sungai kering termasuk hutan keliling..bantu untuk study saya,terima kasih.

    ReplyDelete
  6. dekat kem orkid tu ade coverage x?
    hehe

    ReplyDelete