Petang Khamis tu kami dah kena gerak ke dari Shah Alam dengan bas. Dalam pukul 1 pagi barulah sampai di Hutan Lipur Chemerong di Dungun ni.
Malam tu takde ape aktiviti pun untuk dibuat sebab taklimat pasal program pun pada pagi besoknya. Jadi kami terus saje pasang khemah untuk tido. Tapi sebelum tido sempat lagi baham 2 paket maggi, nampak sangat kami kelaparan.
Pagi Jumaatnya kami diberikan taklimat pasal checkpoint (CP) yang perlu kami jaga sepanjang acara besoknya. Oleh sebab ni bukan acara larian merentas desa biase yang setiap checkpointnya boleh diakses dengan naik motor je, kami perlu gerak ke CP yang kami jaga tu pagi tu jugak. Ingat kejap ke nak sampai ke setiap CP tu? paling awal pun 3 jam jugak nak kena daki gunung tu.
Dalam 12 tengahari kami mula mendaki. Awal-awal lagi trek dia dan mencongak, siap pakai tali. Belom pon sampai ke CP 1, iaiti Kem Balak, ramai dan mula semput. Akhirnya dekat pukul 3 petang sampai jugak di Kem Balak. Tapi aku kena mendaki lagi untuk sampai di Lata Lansir..huhu. Beruntung sape yang jaga kat sini.
Dekat pukul 4 petang grup yang jaga di CP lain pon mula mendaki semula termasuklah aku. Dalam setengah jam mendaki, kami sampai di simpang yang mana grup aku akan melalui trek ke Lata Lansir dan terpaksa berpecah dari grup lain yang jaga di CP Kem Y dan CP puncak Gunung Berembun.
Grup aku yang terdiri dari 4 orang pun teruskan perjalanan dengan mendaki Bukit Chemerong. Pendakian kami sedikit perlahan sebab dalam masa yang sama kami perlu buat marking sepanjang trek untuk kemudahan peserta. Setelah bersusah payah mendaki, kami lalui pula trek menurun yang disangkakan panas ke petang dengan sampai di sebuah sungai bernama Sungai Bangang. Tapi selepas itu kami terpaksa mendaki lagi dengan trek yang mencongak ditambah pula hari yang sudah malam, tapi lebih menyeksakan hujan gerimis mula turun membasah bumi.
Setelah sekian lama berjalan dalam kegelapan malam bertemankan cahaya headlamp, kami pun sampai jugak di Lata Lansir pada jam 8.30 malam. Dalam kesejukan, kami terus siapkan tempat untuk tidur dan memasak makan malam ala kadar sebelum masing-masing lena diulit mimpi dalan kesejukan malam. Besok kami perlu bangkit awal pagi untuk siapkan tempat CP dan menunggu pesertayang akan melalui tempat kami.
akan bersambung....
huuuu giler best ni, happening tul..!!
ReplyDeleteteringin nk join next expedisi.,huhu
ReplyDeleteLittle Diary,
ReplyDeletehappening la sgt, blk je terus demam..huhu
kemang,
skrg ni byk je xpdc nek gunung, try g kt gunung online..
rajin mendaki ye? macam tengok katun jepun.. boleh join Pers. Kembara tu ke?
ReplyDeleteade kaitan ngn katun jepun plk ke?cmane tu..haha
ReplyDeletextaula cmne nk join persatuan tu,yg tau dorg tu sume da master dlm xtvt hiking ni..
membuat trek baru sekalipun untuk memendekkan jarak masih melambatkan pergerakkan.
ReplyDeletedalam keadaan letih kadang2 nak makan pun takde selera,biasanya lebih suka makanan ringan selepas mandi sebelum tidur.awal pagi baru makan,sebagai tenaga.
tapi ia memang suatu yang menyeronokkan.
mcm menakutkan je pic paling bawah..
ReplyDeleteghost,
ReplyDeletepengalaman sndiri ke ghost? ak hampir lupe yg ko pon slalu msuk utan kn..
ubi,
xde apelah,tu mse wktu maghrib, dgn ujan rintik2 dan kabus d skeliling..menarik sbnarnye ms tu