Setelah beberapa kali mendaki Gunung Tebu, kali ni aku cuba sesuatu yang baru ->jelajah sekitar puncaknya pula. Berdasarkan cerita kawan aku, sekitar puncak Tebu terdapat 7 lagi puncak2 yang lain. Mendengarkan khabar itu sudah menarik perhatian aku lantas aku syorkan kami redah semua puncak tersebut.
Maka pada tanggal 29 mei 2011 kami pon mulakan eksplorasi kami. Perjalanan kami ke puncak Gunung Tebu adalah biasa saje, ambil masa selama 4 jam. Dan hanya kami berdua yang mendaki dan bermalam di puncak pada masa tu.
Setelah sampai, terus saje didirikan fly dan dibentangkan ground. Juga sempat turun ke tempat punca air untuk bersihkan badan dan solat. Selepas itu, kami terus saje melangkah meneroka hutan belantara, berbekalkan sebotol air,kompas,barang2 peribadi, dan headlamp.
Setelah seketika, kami sampai di satu puncak yang terdapat batu besar di atasnya. Kata kawan aku itu adalah batu mahkamah, sebuah tempat perbicaraan. Tidak diketahui betape benarnya cerita itu. Di atas batu tersebut terukir lambang persatuan silat, mungkin mereka pernah bertapa di sini.
Setelah itu kami melalui taman bonsai. Dah nama pon taman bonsai, so banyakla pokok bonsai kat sini. Tapi pemandangan tempat tu yang dikelilingi pokok berselirat cukup menarik bagi aku.
Kami jelajah ke dua lagi puncak yang lain, tapi kawasan tu tak berapa menarik, hanya hutan gelap dilindungi pokok2 besar. Dan sebab matahari pun hampir terbenam, kami terus bergerak pulang.
Di tengah perjalanan pulang kami singgah di satu batu besar untuk nikmati suasana menjelang maghrib. Pada masa tu, terdapat segerombolan kabus bergerak laju melintasi kami ditiup angin kencang. Suasananya pula sunyi sepi, hanya tiupan angin yang berdesing di telinga. Setelah masuk waktu, kami terus solat dan tinggalkan tempat tersebut untuk balik ke khemah kami semula.
Malamnya tiada yang menarik untuk dibuat. Setelah makan malam 3 bungkus mee maggi, kami terus baring. Namun sesuatu yang tak disangka tiba2 muncul, seekor musang hitam berada berhampiran kami. Matanya yang bersilau semasa disuluh hampir saje menakutkan kami. Mungkin musang tu terbau akan maggi masakan kami itu. Seketika kemudian terdapat pula 2 ekor tikus sedang makan lebihan maggi tadi. Setelah itu barulah kami dapat tidur, walaupun kadang2 tersedar diganggu gigitan nyamuk dan bunyi2 yang tidak dikenali sekitar khemah kami.
cantiknya gunung tebu....
ReplyDeletebestnye jadi macam ko selalu dapat pergi kat tempat2 macam ni kan.
serius lawa tempat ni.. weh, serius terkejut tetiba nampak musang tu.. hati2 weh..
ReplyDeletecanteknye pemandangan kat sana.
ReplyDeletebes plak klu dpt join skali nie.
mmg selalu g aktiviti mcm nie ye.
jemput terjah new entry (>.<) Misi Mencari Limau Purut Jantan (>.<)
rose,
ReplyDeleteblh tahan la view dia
well,stiap org pon ade cara sndiri nk cri kedamaian diri kan..hehe
GC,
hahah
musang je pon
lain la klo tut...hehe
En. Suami,
mnt nk try daki gunung ke?hehe
byk je xtvt cmni yg dibuat geng2 gunung klo nk
Mmg terbaik.. Tahniah.. Sya adalah peserta solo ingin bgaimana kite boleh berhububung sesama kite.. INI talian saya 019 235 4772-adil
ReplyDelete