Pages

Monday, May 23, 2011

Siri Expedisi: Gunung Liang


Masa: 14 - 15 Mei 2011
Lokasi: Tanjung Malim, Perak

Aku ke sini setelah diajak seorang rakan. Tanpa fikir banyak aku terus saja katakan ya memandangkan Gunung Liang belum pernah lagi aku daki. Ketinggiannya yang hampir 2000 meter dari aras laut juga merupakan salah satu penarik aku ke sini selain dapat menawan dua puncak berkembar sekaligus iaitu Liang Timur dan Liang Barat.

Kami bergerak dari KL pada jam 1230, 14 Mei menggunakan 2 buah kereta. Pada awalnya kami diberitahu hanya 5 kereta yang sertai ekspedisi ini namun bila sume berkumpul di Balai Polis Behrang, sebanyak 13 biji kereta sumenya dengan membawa keseluruhan seramai 39 orang pendaki. Memang tidak disangka seramai ini sehingga organiser sendiri risau ration tak cukup. Inilah hasil penangan ajakan mulut ke mulut.



Dari dam, peserta  melalui laluan mendatar selama 2 jam untuk ke checkpoint 1, Lubuk Antu. Dan sepanjang laluan, semua peserta sibuk berperang dengan golongan pacat yang tak jemu merayap di kaki masing2.








Jam 1230, kami sampai di Lubuk Antu. Sebelom teruskan pendakian, ade yang sempat mandi manda manakala yang lain sibuk menguruskan makan tengahari. Namun pada masa yang sama kami masih lagi berperang dengan si pacat yang sentiase ade di mana-mane. Pukul 2 petang barulah kami mula bergerak kembali.




Aku yang merupakan antara yang terawal sampai di Kem Seven Eleven pada 4.30 petang. Pendakian yang kebanyakannya antara 60 hingga 70 darjah itu sangat meletihkan namun aku tetap bersemangat kerana hujan lebat menemani kami sepanjang pendakian. Di kem 7E, kami mula memasang fly dan ground sementara menunggu peserta lain yang mula sampai seorang demi seorang selepas itu. 

Kem 7E merupakan last waterpoint dan kami akan bermalam di sini sebelom shoot ke puncak keesokan harinya. Pada malamnya, kami dapat merasa ayam golek dan nasi beriani gam yang disediakan khas oleh organiser. Begitu mewah dan menyelerakan.




Keesokan harinya, kami mula gerak ke puncak seawal 8 pagi. Setengah jam pertama adalah begitu menyeksakan dengan laluan pacak berterusan namun aku tetap mendaki walaupon dengan perlahan-lahan. 1 jam 15 minit kemudian sampailah aku di puncak Liang Barat. Kawasannya adalah rata dengan pemandangan 360 darjah dengan terdapat satu beirut yang hampir tumbang di situ.




Kemudian kami terus saje ke puncak Liang Timur pula yang mengambil masa tidak sampai 5 minit. Di sini suasana adalah redup dengan dilitupi banyak pokok di sekeliling.



Setelah itu kami pun patah balik ke puncak Barat untuk bergambar sesama kami. Kelihatan semua peserta gembira sambil berposing dengan pakaian masing2 seperti dirancang organiser.





Selepas puas bergambar, kami pon terus turun. Kami sempat makan tengahari di Kem 7E sebelum turun ke Lubuk Antu. Seperti semasa pendakian, hujan lebat juga menemani kami sepanjang perjalanan turun dan ramai yang terjatuh disebabkan trek berselut yang licin itu. Seperti dijangka, sungai yang perlu kami lintasi di Lubuk Antu sedang dilanda kepala air yang menyebabkan kami terpaksa membina titi untuk menyeberang. Mujurlah kesemua kami dapat seberang dengan selamat.




Sehingga hampir maghrib, barulah kami mula pulang ke KL semula.



notakaki untuk ke lokasi:
Dari lebuhraya PLUS, keluar di tol Tanjung Malim, kemudian ikut arah Behrang. Dalam 10 km perjalanan akan jumpa Balai Polis Behrang Stesen di sebelah kiri jalan. Selepas saje melepasi balai tersebut, masuk simpang ke kanan menghala Behrang Ulu dan teruskan sehingga jumpa traffic light, masuk ke kiri. 5 km perjalanan akan jumpa 2 jambatan, masuk simpang kanan antara 2 jambatan tersebut dan melalui Kg Sg. Ara terus sehingga hampir ke dam untuk parkir kenderaan anda.

4 comments:

  1. Salam Al,
    Ni puncak gunung ke berapa agaknya yang dah didaki..

    ReplyDelete
  2. wassalam,

    brp kerat je pon, sume ade sy citer dlm blog ni

    ReplyDelete
  3. weh..ada ayam bakaq..!!! mantop gilaaaaa...

    ReplyDelete
  4. haha
    br tau ke....(ayat poyo)

    ReplyDelete