Thursday, May 26, 2011

The Famous BROGA



Masa: 22 Mei 2011
Lokasi: Semenyih, Selangor

Tak perlu kata apa lagi pasal Bukit Broga ni, semua sudah maklum akan betapa menariknya pemandangan di atas bukit ini. Ditambah dengan pendakian yang santai dan jika bernasib baik, dapat merasai suasana matahari terbitnya..fuuuuh. Dan atas sebab itu juga betapa ramainya yang tertarik untuk datang ke sini termasuklah kami. Melihat suasana kehijauan terbentang luas dengan lalang tingginya yang meliuk lintuk dibuai angin adalah berbaloi buat pendakian anda ke sini.

Tuesday, May 24, 2011

Siri Expedisi: Bukit Kutu



Masa: 21 Mei 2011
Lokasi: Kuala Kubu Baru, Selangor 

Pengembaraan ke Bukit Kutu adalah rare skali. Selain namanya masih bukit walaupun lagi tinggi dari sebahagian gunung di Malaysia, di sini juga terdapat tapak tinggalan bangunan pada zaman kolonial British, selain fenomena yang tidak dirancang semasa kami mendakinya iaitu hujan yang berterusan. Namun ia tetap berbaloi dapat melawat tapak bersejarah walaupun ianya sekadar satu bangunan cerobong asap dan sebuah perigi lama. Pendakian juga sedikit mencabar dengan treknya yang mudah terkeliru.

Monday, May 23, 2011

Siri Expedisi: Gunung Liang



Masa: 14 - 15 Mei 2011
Lokasi: Tanjung Malim, Perak

Aku ke sini setelah diajak seorang rakan. Tanpa fikir banyak aku terus saja katakan ya memandangkan Gunung Liang belum pernah lagi aku daki. Ketinggiannya yang hampir 2000 meter dari aras laut juga merupakan salah satu penarik aku ke sini selain dapat menawan dua puncak berkembar sekaligus iaitu Liang Timur dan Liang Barat.

Friday, May 20, 2011

Cerita Hari Jumaat: Barang Baru



Nah, pagi tadi aku ke Taman Melawati, KL untuk amik barang hiking yang baru beli..hehe, macam dalam gambar tu. Setelah pikir semasak-masak seranum-ranum, akhirnya aku beli jugak benda alah ni. Walaupon banyak jugak ku perhabis fulus, kata orang pelaburan masa depan kan. So..xpdc mane aku nak rasmi ko ek..hmmm, Benum mungkin bulan 6 ni...

Thursday, May 19, 2011

Siri Expedisi: Sungai Batang Kali



Masa: 7 Februari 2010
Lokasi: Batang Kali, Selangor.

Yang Sungai Batang Kali ni gi ngan geng serumah sewa dan sekuliah. Tapi kisah dah lame so layan gambar je lah ye.

Monday, May 16, 2011

Siri Expedisi: Gunung Datuk #3



Masa: 8 Mei 2011
Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan

Lagi skali aku berkunjung ke gunung pertama yang aku daki ini. Gunung Datuk boleh dikira popular untuk first timer mahupon otai gunung disebabkan oleh pendakiannya yang mencabar dan masa yang singkat untuk menawannya. Di samping itu kewujudan batu-batu besar dan tinggi di puncak dengan pendakian menggunakan tangga besi merupakan satu keunikan yang tidak terdapat di gunung lain.

Wednesday, May 11, 2011

Siri Expedisi: Jeram Pasu



Masa: 2 Mei 2011
Lokasi: Pasir Puteh, Kelantan

Bagi penduduk sekitar Kelantan khususnya di Pasir Puteh, Jeram Pasu merupakan tempat yang tidak asing lagi sebagai tempat perkelahan keluarga mahupun rekreasi bersama kawan-kawan. Malahan di sekitar Kota Bharu, hanya Jeram Pasu dan Jeram Linang yang paling menjadi tumpuan untuk mereka mandi-manda di hujung minggu.Tarikan utama di Jeram Pasu tentulah gelongsor air buatan yang dibuat khas untuk dewasa serta kanak-kanak. Selain itu terdapat juga sebuah air terjun serta sungai di tingkat atasnya yang pastinya dapat menyegarkan badan dengan air bukit sejuknya.

Monday, May 9, 2011

Siri Expedisi: Bukit Tabur #3 ( East Side)



Masa: 23 Mac 2011
Lokasi: Taman Melawati, KL

Kali ke 2 aku ke Tabur East, namun kali ni join ngan geng luar. Seperti diramal, walaupon hujung minggu, hanya sedikit yang naik East Side, mereka lebih suka memilih West Side yang mungkin sedikit memudahkan. Tapi bagi aku, kali ke 2 ke sini adalah untuk melunaskan pendakian yang terbantut separuh masa first time aritu, yang aku datang sensorang. Dan kali ni misi berjaya dengan jayanya.

Saturday, May 7, 2011

Gunung-gunung di Malaysia



Nah, senarai gunung di Malaysia. Dilistkan mengikut negeri dan ketinggian masing2. Dan mungkin masih ade lagi gunung yang blom masuk list, yang pasti Malaysia mempunyai banyak gunung untuk diteroka. Ada yang tinggi ade yang rendah, ade yang sukar ade yang senang, ade yang keras ade yang lembut, ade yang sejuk ade yang panas, sumenya mempunyai identiti masing2, hanya yang telah pergi saje yang tau perasaannya.

Friday, May 6, 2011

Cerita Hari Jumaat: Misi Ke KLIA



Hari jumaat yang lalu sungguh nyaman, suasana redup dari pagi lagi, hari rahmat katekan. Pada hari tu aku ade misi sebenarnya; ke KLIA mencari sesuatu yang berharga. Ingat nak gerak dalam kol 8 pagi gitu, tapi masa tu tengah ujan. Tunggu punya tunggu, ingat tak jadi nak pegi dah, tapi last2 gerak gak kol 10.30.

Wednesday, May 4, 2011

Siri Expedisi: Pulau Perhentian



Masa: 30 April - 2 Mei 2011
Lokasi: Besut, Terengganu

Sempena cuti Hari Buruh yang lalu kami mengambil kesempatan mengembara ke Pulau Perhentian yang dikatakan mempunyai pantai tercantik di Malaysia. Daripada pengalaman kami di sana, jolokan itu adalah tepat sekali diberikan kepada tempat tersebut. Di samping menghayati pemandangan sekitar pulau berkenaan yang sejuk mata memandang dengan air kebiruan dan pantai memutih, kami juga sempat merasai aktiviti2 menarik seperti snorkelling melihat ikan yu serta terumbu karang dan juga bermain dengan penyu di laut.

Related Posts with Thumbnails